follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. Thanks for visiting. :)

Wednesday, February 9, 2011

TIPS: menghilangkan jeragat...

isk3.. ='(
ak ad jeragat..cmne nk hilang~??!! ehem..utk pengetahuan,jeragat X BOLEH hilang..tp kite boleh pudar kn..berikut merupakan petue2 utk mngurangkan jeragat..:

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biar 5 minit dan bersihkan muka dengan air bersih.

Petua 2 : Guna putih telur, rendam tisu dlm putih telur dan tekapkan kat muka .. tekap sehingga tisu menjadi kering, buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air yang bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, Air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman, setelah kembang tumbuk @ kisar dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 15-20 minit kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu, insya-Allah jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu.

Petua 6 : Wapkan muka terlebih dahulu selama 5 minit. Caranya ialah dengan memasak air panas hingga mendidih, angkat dan suakan muka kepermukaan bekas air tersebut agar wap air tersebut mengenai wajah anda. Setelah itu ambil kapas dan sapukan sedikit minyak zaitun ginvera ke muka yang telah diwap tadi. kemudian basuh muka dan letakkan piling St Ives (dapatkan di farmasi) sapu pada muka sehingga kering dan kemudian gosok perlahan sehingga piling terkeluar. cuci muka kemudian letakan cream pemutih muka ikut kesesuaian dibahagian yang ada jeragat @ diseluruh kawasan wajah anda.

Insya-Allah jeragat akan hilang jika lakukan setiap minggu. Lakukan pada sebelah malam sebelum tidur.

Selamat mencuba!!!


sedikit info la pasal jeragat nih..

Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia (chemical peeling ), katanya.

Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi terdapat juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil lebih baik.

Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.


ok, sekarang cara2 penjagaan muke pulak:

  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

sekian tips kali ni~.. (^.^)

p/s: doa2 kn la ak rajin buat semua petua2 nih..huh~..(-_-"")

2 comments:

NIFA said...

kau ade jeragat ke? taktau plk. haha

.::nisa::. said...

sbb ad la ak wat post nih~..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^

TuneList - Make your site Live