follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Monday, December 31, 2012

my 2012

ya Allah! dah habis dah 2012? sekejap nya rasa. macam baru je semalam update post 2011, pasal siraj kawin. herm, dah besar dah pun anak dia nye puunn. Umar Rayyan nama nya punn. eh? tiba-tiba pasal siraj pulak kan.

2012- its all about money!

apa aku nak cerita pasal 2012 ni, tak sangka dah habis matrik dan sekarang dah dalam universiti. well, time cuti matrik-universiti 6 bulan tu aku tak kerja. duduk rumah, makan tidur tengok tv online. ambil lesen motor. dah settle pun. tapi sampai sekarang tak berani lagi bawa motor atas jalan besar. sigh.

aku plan 2013 nak ambil lesen kereta pulak. then nak conquer kereta satria yang terperuk dalam rumah tu. dapat jpa je, aku nak renew roadtax, habis kan hutang dia bagai. phew, semoga tercapai. amboi, tinggi cita-cita!

nak tahu something tak? aku rasa tahun ni, aku banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa shopping! ada sale je, shopping. tak ada sale pun shopping. tak kisah la kat mana-mana pun. pasar pagi, pasar tani, pasar raya, shopping complex. semua lah. semua! memang aku rasa tahun ni banyak gila guna duit untuk shopping.

lately, year end sale pun, beli baju, tudung 6 helai, kasut sepasang, selipar sepasang, cardigan. tapi bila total, rm (20 + 36 + 25 + 20 + 10) = rm 111. eh? takde la banyak sangat kan? ekeke. tapi bila tengok almari aku kat UM ni, penuh. duduk dekat-dekat tempat macam ni, dengan Mid Valley nya, Jalan TAR nya, Times Square nya,  memang habis la duit aku.


lepas tu, makan 2012 ni, nak mewah-mewah je. full house, the garden, wonder milk, nandos, kenny rogers, dubu-dubu. snack pula nak subway, chatime je. kfc, mcdonald tu dah macam makanan mingguan dah.





haa, nampak kan bukti-bukti dia? semua ni 2012 punya cerita. terasa dah lama kan? tak. sebenar nya still di tahun yang sama. nak cakap membazirnya aku sampai cover notebook pun aku beli. tak masuk printer, external printer, ink-ink dia lagi. ohhmai. -.-"



2012 juga tahun terakhir aku BELASAN tahun. kecoh pulak kan? dulu nak masuk umur 10 tahun tak bising pun? hahaha. well, dah besar makin mengada. normal. eh?

budak-budak ni betul-betul buat aku rindu. sampai bila-bila aku ingat moment ni. kami meninggalkan kesan yang besar dekat datran KMS tu. penuh tepung! haha. aku bangga je esok nya time datang kelas pagi tu sebab kesan tepung berukuran 10 meter persegi masih kekal. hahaha.


dan 2012 juga la saya menjalinkan hubungan yang baru dengan seseorang. ececey. PADAHAL!! well, dah duduk university, dekat pula dengan dia ni, memang lagi banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak la duit aku jalan kan. btw, dia suka buli aku! mentang-mentang aku kecik dan tidak berdaya. isk isk.


macam bapak orang kan? kehkehkeh. tapi sekarang da macho sikit dah. tough gituw. kauorang, cam muka dia ni betul-betul. kalau dia tinggal kan aku, kita bunuh dia ramai-ramai.

well, dah cukup panjang dah kot? aku harap 2013 menjadi tahun yang lebih baik. lebih banyak memori-memori indah tercipta. tahun kejayaan. tahun keberkatan. aminn.

biasa lah, entry nisa tak pernah pendek, pendek kalau mengada-ngada je. sekian. love you-olls!!


p/s: azwien kata aku dah jauh dari pangkal jalan.

Sunday, December 23, 2012

Tak tahu

assalamualaikum. akhirnya semester 1 di UM sudah berakhir. segala penat lelah jerih perih yang aku lalui, sakit hati, sakit jiwa, berakhir! tetapi masih dipermulaan.

finish all the lectures, tutorials for the first sem in this university is a victory. aku tak tahu la kenapa aku rasa teruk sangat. macam tak belajar. aku faham, tapi masih blur. at the end, apa yang aku belajar ni?

tak tahu kenapa rasa susah sangat. hati aku macam tak sepenuh nya dekat sini. aku tak jumpa lagi kawan2. tak jumpa arah tuju. tak tahu nak jadi apa.

aku rasa hidup kat sini macam robot. bangun pagi, mandi, pergi kelas, balik, makan, online, tidur. bila aku nak join projek, aku tak tahu nak join projek yang macam mana. aku lost.

aku cuba nak join semua program. tapi perasaan dia tak sama.

banyak lagi nak diluahkan, tapi aku tak mampu. sekian.

Saturday, November 17, 2012

Ekspedisi Santai Gunung Bunga Buah

hai again! :) warning, post ni BANYAK gila gambar.

baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je minggu lepas aku join projek kolej. nama projek tu Ekspedisi Santai Gunung Bunga Buah. santai ok. SANTAI. 

hakikat nya, nak menangis naik turun gunung tu weyh! dengan musim hujan nya lagi. sejuuuuukkkkk. masuk hutan. this is my first experience mendaki gunung. 

actually projek ni latihan untuk bebudak projek G12 - 12 puncak pada 12.12.12. dan aku gatal-gatal join. sebab aku nak merasa mendaki gunung. *iyelah, nanti kau da tua, tak larat nak naik gunung, suami tak bagi la, banyak kerja la, dsb.*

tapi serius, time nak balik, ramai gila atuk-atuk pakcik-pakcik naik gunung ni. kuat gila! salute!

let pictures tell the story. 


ni la kasut yang selamat kan aku sepanjang naik turun gunung ni. orang kata ni Adidas Kampung. totally getah. sebenarnya tali dia hitam tapi sebab semua 34 orang pakai kasut yang sama, so to make it different, aku guna tali kasut sport shoes aku. CANTIK kan? :D


from left: aliyah boboy, aku, daria yaya. ambil gambar time berkumpul sebelum bertolak. pukul 12 pagi lebih kurang.


kemas-kemas barang lagi. cara packing sangat la penting, sebab tak nak bagi beg berat.


dah nak naik bas!! excited!


pagi ni dah siap-siap nak naik daahhh!


ambil gambar duluu.


aku atau beg yang lagi besar? serius beg berat gila! walaupun dah packing betul-betul. -.-"



dengar taklimat dulu. track yang kitaorang lalu jauh. ikut kata En. Gate tahap kesukaran nak mendaki ni 5/10. betul ke tak, tengok gambar nanti.


start!

ok, excited sangat, bergoyang gambar. -.-


this is Alex. Sabahan. serius dia bawa gitar naik atas. Alex jadi guide group aku. group depan. laju gila jalan! sambil berjalan/mendaki dia main gitar. nyanyi-nyanyi. serius best. :')


aku panggil ni 2nd part track. sebab lalu jalan lama genting. jalan tar. so, jalan je macam biasa. tapi semput gak, jauh siot. 1st part track, kau kena panjat bukit 75 degree. serius, macam rock climbing! dengan beg berat lagi. ohmai.






yes, this is the next part. time ni dah serabut gila aku rasa. dah la semalam nya hujan, memang lecak. time nak balik lagi la. hujan lebat. memang mandi lumpur la akuuuu.



dah lepas first session, rehat-rehat. take five. then 'angkat sauuuuh' balik.




nampak tak apa yang aku cuba ambil ni? nampak tak? cuba klik kat gambar, tengok betul-betul. sepanjang track kot jumpe. PACAT!




take five lagi. kali ni serius penat. petik gitar dulu Alex. nyanyi satu dua lagu. hilang penat.


muka-muka penat.



makan, tambah tenaga. time ni la nak share-share coklat. sangat sweet time ni. walaupun tak kenal, tapi masing-masing share coklat. rindu time ni. :')



this is En. Sham. penasihat projek G12 - 12 puncak 12.12.12.. sangat tegas, tapi sporting. *bukan bodek ok*


*find me. the cutest one!*



hah! cik Norliyana Suleiman, kalau kau baca ni, mesti kau kenal siapa apek ni. Steven weh! dia satu kolej dengan aku. aktif gila Steven. macam-macam projek dia join. *clapclap*


dah sampai dekat Rock Garden. parallel dengan Genting Highland. 


nice kan? Subhanallah. :)


aku nak ambil gambar Genting Highland sebenar nya, tapi kena tutup dengan awan pulak. -.-"


serius, lapar siot dekat atas gunung. time ni lepak-lepak, makan-makan dulu. sebelum sambung hiking.



muka penat. ada gaya Puteri Gunung Bunga Buah tak? lol! :DD


dah sampai kat atas puncak, ni lah khemah kami! kecik kot tapak dia. tak ada ruang nak lari-lari. *ok, merepek*


achievement!! 



more view. soo nice!!


serius sejuk je mata memandang kan? :')


kemas-kemas nak baliikk!

dalam perjalanan balik, memang tak boleh nak ambil gambar langsung! sebab hujan, track jadi licin. ouh, plus phone aku habis bateri. hah! kat atas puncak tu, coverage celcom full! tapi sekejap ada, sekejap hilang. tu yang makan bateri banyak, sebab nak search line.


last picture bila dah selamat sampai bawah. 

masing-masing dah busuk, kotor dengan lumpur. ada yang turun macam main gelongsor. sebab licin tanah merah tu. hujan lebat, first time main hujan dalam hutan. main mata air. main anak sungai. memang aku menikmati apa yang tak pernah aku buat dalam hutan tu. 

walaupun kena bayar 'sikit', *mula-mula kata rm80, tambah headlamp, kasut, total rm120 jugak lah. sigh* tapi sangat seronok! enjoyable!

walaupun aku dah give up, serius dah nak nangis masa kena tinggal dengan group leader. *dah penat sangat! tak faham-faham pulak. tahu la dia dah pro panjat gunung. huh.* 

Alhamdulillah sihat sepanjang pendakian. terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya.

memasak kat atas puncak, tidur guna plastik sampah. semua tu memori. kenangan. tak mungkin dilupakan.

the end. :)

#3hours to update this post. ohmai. -.-"#


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^