follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, June 23, 2012

dalam ingatan (part 1)

alhamdulillah. baru sahaja selesai membaca al-maathurat. walaubagaimanapun, dalam khusyuk2 membaca, tiba2 aku teringat satu peristiwa. dah peristiwa itu menyebabkan bulu roma tegak. seram sejuk. *flashback*

smk agama kuala selangor, suatu hari pada 2006, 11 malam.
aku baru sahaja selesai menyidai baju di ampaian depan. habis basah lencun baju yang aku pakai sekali. baju kurung yang di pakai semasa prep tadi, telah selamat dibasuh dan disidai. em, settle. lepas ni dah boleh tidur!

"ARRGGGHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WAAAAAAAAAA!! ISK ISK! WAAA!!"

huh? apa tu? serius kau tengah2 malam ni nak menjerit menangis macam tu?

"SEMUA ORANG MASUK BILIK MASING2. CEPAT CEPAT!"

tiba2 ada kakak senior bagi arahan. aku cepat2 la lari masuk bilik. terus buat bulatan tengah dorm. masing2 bertanya kenapa. muka cuak. aku dah menggigil. sejuk. kedengaran pintu2 bilik dorm dihempas kuat. masing2 takut. dah senyap. semua orang dah masuk bilik la tu.

dari dalam bilik, kami, aku dan roomate aku, tiba2 terdengar orang berlari laju dari arah toilet, memakai selipar. dari rentak lari, sudah tahu yang orang yang berlari juga turut ketakutan. pintu dibuka.

"ouh, kak hanani rupa nya." "kau lambat dari mana?" "hehe. aku gi buang air besar tadi. kasi habis dulu. baru lari. hehe" "haisy, kak hanani ni, orang tengah takut ni, buat lawak pula dia." "nani ni memang. eh, siapa yang menjerit tadi? kat mana?" "tak tahu la. dari kolah tengah kot. tapi tadi dengar bising2 kata budak form 2 yang menjerit tu." "kenapa dia jerit kak hanani?" "kita pun tak tahu la zila."

"assalammualaikum w.b.t. mari kita sama2 membacakan surah al-mulk. a'uzubillahiminassyaitonirrajim, bismillahirrahmannirrahim. . . " suara imam dari speaker kedengaran. pelajar2 aspuri membaca surah al-mulk dengan penuh semangat dan kuat pada malam itu. masing2 khusyuk. baca kuat2. tetapi masih kedengaran orang menjerit jerit histeria dari arah kolah tengah.

makin kuat aya2 suci Al-Quran di baca, makin kuat juga pelajar kat bawah tu meracau. pelajar aspuri semakin menguatkan bacaan ayat2 suci, Kalam Allah. makin menjerit jerit. 'panas' agaknya. saling berlawanan silih berganti jeritan orang meracau dengan alunan bacaan Al-Quran. aku yakin, kakak2 badar sedang berusaha menenangkan mengawal keadaan di bawah.

setelah beberapa minit, pelajar2 aspura aspuri habis membaca ayat2 suci Al-Quran, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., dan membaca doa sebelum tidur.

"ok. budak kat bawah tu tak habis lagi jerit2 tu. kita sambung baca yassin malam ni. lepas baca yassin, kita baca al-maathurat." kata kak bella. masing2 pergi ke loker untuk mengambil senaskhah maathurat masing2.

semasa membaca yassin, serius, aku menggigil. dah la first time duduk asrama, ada pula orang histeria. baca yassin pun menggeletar. nafas aku tercungap cungap. aku pegang tangan zana kuat2. takut!

selesai membaca yassin, maathurat. aspuri dah senyap. sunyi. angin malam je yang kedengaran. langsir pula beterbangan setinggi tinggi nya. kuat pula angin malam ni. nak hujan kot. sedap kan hati. alamak! baju aku kat ampaian. nak keluar takut. daripada nak ambil kat bawah bila dah jatuh nanti, baik aku ambil sidai kat depan katil.

"kat sini, adik2 kena jaga 3 perkara. jangan couple. jangan menjerit jerit kat asrama. jaga kebersihan. jaga 3 benda ni je. kalau tak, 'pagar' keliling sekolah kita ni akan roboh. bukan senang tau nak buat 'pagar' ni. kalau dah roboh, haa, macam budak tadi tu la. meracau2." masing2 khusyuk mendengar kak hanani berkata kata. kami adik2 dorm, mengangguk faham. ingat pesan kak hanani.

"dah, pergi tidur. sebelum tidur, baca 3 Qul. ayat kursi." dengar arahan itu, aku bergegas mengambil baju yang tersidai di ampaian depan bilik. keadaan semakin senyap. sudah pulih agaknya kakak yang meracau tadi.

aku tidur dengan jantung yang masih lagi bergetar hebat. kalah orang dilamun cinta! dup dap dup dap dup dap.

*kembali ke masa kini*

serius. aku ingat lagi peristiwa tu. masa tu baru Form 1. pertama kali mengalami keadaan orang HISTERIA. terasa macam kat mana2 ada makhluk halus. atas loker, dalam loker, bawah katil, atas syiling. kat mana2. takut betul time tu.

lepas peristiwa kali pertama tu, benda tu berlaku berulang ulang. masa aku form 2, form 3. berjangkit jangkit.

sekian dahulu untuk kali ini. bersambung. :)

Tuesday, June 12, 2012

.

dah lama kot aku tak ubah2 mood blog aku ni. kejap eh. masih mencari masa2 yang sesuai nak share benda2 dgn korang. BANYAK gila nak share. wait haaaaaaaa~ :DD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^