follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Tuesday, July 17, 2012

di tangan Tuhan

assalammualaikum.

beberapa hari yang lepas, semua pelajar lepasan matrikulasi / asasi / stpm / setaraf, telah mendapat keputusan UPU masing2. dan memandangkan aku merupakan pelajar lepasan matrikulasi, jadi aku juga tidak terlepas daripada serangan debaran jantung yang melampau. debaran untuk mengetahui keputusan upu.

pagi2 jumaat, aku dah ajak mak aku pergi pasar pagi dekat meru. nak shopping baju. tiba2 Maman Abdurrahman mesej.

'kau dapat u mana?'

tanpa salam. terus bertanya. -.-" hilang mood nak shopping. excited nak buka result upu aku. balik2, terus online. biasa lah. server down. jamm. tapi akhirnya dapat buka juga.


Alhamdulillah! aku dapat tawaran. dua2 kos yang aku nak sangat. perakaunan. dua2 universiti pilihan utama! tapi kenapa ada dua universiti? tak tahu. tapi bila diselidiki, aku kena pilih salah satu universiti tersebut. serius. sangat susah nak buat keputusan. *sebab aku memang teringin sangat2 nak jejak kan kaki kat dua2 universiti tu* http://matcuoi.com

setelah mengambil pandangan dari mak ayah, kawan2, makcik pakcik, saudara mara, dan setalah aku memohon petunjuk Allah, maka, aku mengambil keputusan untuk memilih ;

Universiti Malaya - Sarjana Muda Perakaunan http://matcuoi.com

serius. syukur sangat2. universiti dan kursus yang sangat susah orang nak dapat, tapi aku dapat. Alhamdulillah. syukur ya Allah.

tetapi di sebalik kegembiraan dapat belajar di universiti yang aku idam-idamkan tu, terselit jua ke'cuak'kan yang melampau ;

i. aku berada dalam kalangan ribuan pelajar bijak pandai
ii. tatkala aku menjejakkan kaki ke UM, aku kena pandai communicate in english
iii. majoriti bebudak kuliah aku, bukan bumiputera, bukan melayu
iv. dah start masuk U, kena pandai2 bawa diri, takut culture shock, U dekat KL pulak!
v. aku menuntut ilmu yang critical, jadi aku kena buktikan, orang melayu, orang Islam juga boleh bersaing dengan orang bukan melayu dan menjadi lebih berjaya berbanding mereka! aminn!

memang seronok dapat universiti terbilang macam UM, tapi amanah yang aku bawa sangat berat. jadi, di atas adalah perkara2 yang mencuakkan aku. 



"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)


"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."
 (Ash-Syar-h 94:5-8)

dengan ayat2 Allah ni lah, membuatkan aku yakin, yang aku boleh buat! boleh berjaya! boleh hadapi masalah2 yang mendatang!

sebab aku tahu, ALLAH akan sentiasa ada untuk hamba-Nya. tapi kita je yang selalu lupa. Subhanallah.

benar lah. segala-galanya telah tertulis untuk kita. setiap perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. jadi, mengapa perlu merungut? sebab kita tak nampak lagi, apa kebaikan disebalik apa yang terjadi.

*********************************************************************************

dapat apa yang kita nak, sangat2 memuaskan hati kan? tapi kalau kita tak dapat apa yang kita nak?

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah 2:216)

rezeki, jodoh, ajal adalah sebahagian daripada kejutan Allah. korang tak excited ke nak terima surprise dari Allah? ^.^

aku sangat excited! hanya pada Allah aku tawakkal dan meminta pertolongan. semoga Allah memudahkan segala-galanya. semoga Allah memudahkan hidup kau, kau, kau,dan kamu semua. semoga Allah memberkati kita dan meredai kita. amiinn.


p/s: islamik kan? tiba2 datang jiwa islamik. hehe. sekali sekala. :)

3 comments:

Chad Heavenray said...

bittaufiq wannajah~ ^_^

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

dah mcm tazkirah lak aku baca...

.::nisa::. said...

chad heavenray: terima kasih. :')

muhammad: sekali sekala bagi tazkirah. bukan selaluuuu. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^