follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Sunday, July 8, 2012

shopping complex

assalammualaikum dan selamat sejahtera.

tatkala aku menjejakkan kaki di shopping2 complex yang ada, mesti aku terlihat lelaki perempuan berpasangan, belum berkahwin.

jalan berpegangan tangan.
dulu aku sangkakan, perempuan tu tak mampu nak jalan, so, lelaki dia tolong la pegangkan tangan. tapi tengok muka perempuan tu, tak ada pula kedut2. cantik je. nak kata sakit pun tak juga, sebab boleh gelak2 lagi.
sekarang aku tahu la kenapa mereka berpegangan tangan. nak bagi cinta meresap dalam jiwa. *hamboi ayat*

sebenarnya nak cerita kat sini, aku jealous la tengok couple pegang2 tangan ni. ye la kan. *di sini saya ingin mengaku* Dulu time couple, aku pegang2 tangan dengan boyfreind aku. sekarang single, dah tak ada siapa nak pegang tangan aku lagi da. isk. sedih tahu. T.T kira macam aku rindu la nak dipegang tangan dengan lelaki. *tapi kalau nak lintas jalan tu, pegang juga la tangan member perempuan. itu mesti.*

TAPI jauh disudut hati dan semakin merebak dalam hati kini, aku bersyukur sebab dah tak couple lagi. tiap kali aku tengok budak perempuan yang dipegang tangan nya oleh boyfriend nya, hati aku akan kata,

"bodoh perempuan ni. kejap lagi dia (boyfreind kau) tinggalkan kau."

dan dalam masa yang sama, apa yang aku cakap tujukan kat perempuan tu, aku pun terasa aku bodoh juga la sebab aku pun pernah jadi perempuan yang macam tu.

jadi wahai kaum hawa sekalian, jangan jadikan diri anda bodoh hanya sebab berpegangan tangan. dengan boyfriend.
kalau dah pernah buat, bertaubat lah. sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan menerima taubat. :)

2 comments:

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

dengan Munir pernah buat tak?
HAHA

.::nisa::. said...

muhammad: jumpa munir pun x pernah weh. pfftt. munir baiikk laa. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^