follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Friday, August 31, 2012

Minggu Terakhir di Musim Cuti Panjang.

melihatkan entry naim fital, membuatkan aku juga ingin menumpang tajuk yang sama. awal2 nya aku ingin memohon merayu kepada naim, supaya membenarkan tajuknya di'copy'. tetapi yang pasti isi entrynya berbeza. *adakah ini juga bermaksud aku menciplak hak paten? :O** tolong jangan saman saya encik peguam.

minggu terakhir berada di rumah.

setelah beraya bagai nak gila minggu lepas, jadi minggu terakhir ni, macam2 benda nak kena settle. lagi2 dari hari rabu, agak busy jugak lah. keluar masuk rumah 24 jam. *ouh, melampau.**

hari rabu adalah hari yang memenatkan. hal ini demikian kerana, pagi2 buta dah keluar rumah. mula2 pergi sarapan, then ambil IC baru aku dekat JPN Klang. dah tu, pergi Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang, nak ambil result medical check up. dan2 nurse tu kata kena datang petang juga sebab doktor nak check tu tak ada masa pagi. pfffttt. then terus gerak pergi Mydin Shah Alam, beli barang2 asrama. *macam budak sekolah berasrama penuh dah aku rasa.** banyak gila aku beli barang. tapi masih dalam bajet. RM100. seterus nya pergi PMKK Klang, ambil lesen P motor. dan inilah result nya.


khamis kemas2 barang. baju2. barang2 mandi. dokumen2. semua benda nak duduk asrama lah. tapi aku rasa macam nak pindah rumah. sebab tu lah tak tahu bila nak balik rumah bila dah start masuk kolej.

*********************************************************************************

ok, nak kata nak cerita sekarang, memang hectic la hidup aku nak uruskan masuk universiti ni. TAPI, ada something yang membuatkan aku tak senang hidup.

dia selalu kacau aku tidur malam, tidur pagi2. selalu kacau aku tengok tv. selalu kacau aku makan. selalu suruh reply mesej dia, kalau tak dia akan call banyak2 kali. senang cerita, memang dia suka kacau hidup aku.

tapi aku biarkan, tak marah, dan aku suka! HAHAHA. *evil laugh*

u know what, dia tahu banyak benda pasal aku, selalu cuba faham aku, suka buat aku terharu. dari dulu. tapi entah, aku sedar, tapi buat2 tak nampak. plus, korang pun mesti faham macam mana perasaan kena ignore. 

dia tahu aku macam mana, *maksud aku, dia tahu aku dah couple clash banyak kali, suka bangun lambat, ramai admire, cepat suka kat orang, tak yakin dengan apa yang aku cakap, tak hargai benda penting bagi orang lain.** fuhh.

psstt, *bisik* cuma satu je benda aku tak suka pasal dia. cemburu kuat sangat. 

well, sesuai la dengan sikap aku yang sangat 'peramah'. sighh. but now, i just hope dia jodoh aku. *please! aku dah tak sanggup nak lalui saat2 diminta putus. :'( ** 

walaupun Faiqah pernah marah tegur aku beberapa hari lepas, itu pun selepas aku bagitahu pasal benda ni. dia kata, cinta ni biasa nya bertahan 4 bulan je. selepas 4 bulan, hubungan suami isteri ni kekal sebab ada hubungan ikatan sah. kalau yang couple saja2 tu, faham2 lah. cuaks gak sebenar nye. pheeww. banyak gak la Faiqah bagi peringatan. tapi aku ni keras hati ke apa entah.

apa2 pun, semoga encik A*** F**** ni sabar dengan kerenah, kemengadaan, kegedikan, kemerajukan, ke-minta-penampar-an aku. ngeee.

*********************************************************************************

ok, perasan tak 3 hari berturut-turut ni aku update blog je? sebab aku nak melepas kan gian menaip aku sebelum masuk UM. confirm2 dah mula belajar, jangan harap nak buka blog hari2. 

that's all entry daripada tajuk copy paste aku. sekian. :)





TINGGAL SEHARI JE KAT RUMAH WOIH!!


Thursday, August 30, 2012

random II

yes,
this post is for you.
aku akui,
aku pernah happy dengan kau.
well, 
aku tak pernah hidup macam 'masa' itu.
kita keluar sama2,
makan sama2,
tengok wayang sama2,
mesej tak pernah nak berhenti.
huhu.
then,
sekelip mata benda tu berakhir.
sekelip mata.
sakit.
tapi semua tu dah berlalu.
macam yang kau kata,
semua dah jadi kenangan,
benda dah tak boleh nak ulang balik.
tak tipu lah.
aku pun asyik teringat-ingat je 'masa' kita tu.
a moment,
aku sangat2 happy.
bila dah berakhir,
sebab marah,
aku tuduh kau macam2.
padahal aku pun sama salah.
maaf.
aku harap kau maaf kan aku.
maaf kan aku.
sebab mungkin semua orang dah salah faham kat kau.
semoga kau dan aku,
tak ulang kesilapan kita dulu dekat orang lain.
have a happy life!
:)






p/s: aku masih berusaha menjadi manusia hampir sempurna. 

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya!

halloo. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. tak terlambat lagi kan? hehe. Masa puasa hari tu aku cakap aku feelingless kan? yes, memang tak ada perasaan. tapi bila dah mula raya pertama tu, dah mula makan2, salam2 family, pergi balik kampung, maka bermula lah mood raya aku.


"selamat hari raya kakak nana, maaf zahir batin.." amelin mengada. hewhew


sesi maaf bermaafan. tapi lepas tu gaduh balik. -.-




my little family. :) oleh sebab family kecil and tak ada orang luar nak ambilkan gambar, so gilir2 la kami mengambil gambar.

lepas habis salam2 semua, terus kemas2, gerak balik kg. bukit kuching, jeram. tunggu makcik pakcik saudara saudari che keboom che keboom balik rumah atuk yatim.


aunty watie gigih memotong kek wak mah and farah buat. kek orange dengan kek kelapa.


sesi makan2 bermulaaaaaa. banyak kan bekas2? sebab satu family bawa satu set hidangan raya. set hidangan raya ;
nasi impit/lontong/ketupat/lemang, ayam rendang/ayam kicap, kuah kacang, sayur lodeh.
haa, masing2 makan tak ingat dunia. raya kan?


siang dekat rumah atuk, malam raya pertama dekat rumah uncle anim kat meru. ber-bbq lah kami~. ayam percik, ikan bakar, hotdog, sotong, udang.


memang seronok gila makan2 macam ni kan? makan tak ingat dunia lagi sekali. lepas habis makan2, masing2 dok keluar kan mercun bunga api. segala jenis bunga api ada. beratus-ratus ringgit terbakar macam tu je. haha. nama pun raya kan?

malam tu juga gerak tanjung karang, sampai kampung pukul 1 pagi. fuhh. tamat cerita raya 1 syawal.

pagi 2 syawal, tunggu makcik pakcik che keboom che keboom nak pergi beraya rumah saudara2. tiap2 tahun beraya kat rumah yang sama. bergerak la kami ke sabak bernam, sungai besar, sekinchan. memang pusing beraya la dengan family abah. fuhh. penat wa cakap lu.


dan aku jumpa kuih ni. kenal? kuih batang buruk. yes, nama dia agak buruk. tapi sedap. my fav kuih raya. kat rumah nenek saudara aku je aku jumpa batang buruk yang sedap. yang lain2, em, tak best!


kat rumah nenek saudara aku juga, aku jumpa benda ni. tahu ni apa? tak tahu? ni sebenarnya agar2 sirap tu, tapi dikeringkan. dan rasa dia macam jeli bergula warna warni kat kedai tu. see? nenek2 memang kreatif.


nama budak ni, auliya. kami panggil, yaya. comel kan? sangat comel. tapi nakal. gila. -.-


kakak nana and yaya. posing habis. layan je la yaya, biar dia duduk diam.


ni sepupu aku yang ke......................berapa ntah. yang pasti lepas ni ada lagi sorang. ouh, budak ni nama dia Nur Iman Delisya. "saya duduk kay ell okay."


3  syawal, pagi2 buta, pukul 7, aku ikut ayah aku naik motor pergi sawah. sejuk siot! tenang je bila pagi2 tengok sawah, terusan. balik tu, aku pula bawa motor. baru lepas dapat P la kata kann. haha.

4 syawal, aku dah balik rumah. duduk2, rehat2 kan badan. kemas apa yang patut. sampai raya ke 7, kemas rumah besar-besaran! sebab family aku buat open house. open house family aku yang paling ramai jemputan setakat aku beraya 19 tahun ni.


sampai 3 pagi kot buat apam ni. penat gilaaaaaa! tapi hasil dia memang comel lah. aku sukaaaaa sangat! tapi tak sempat pula nak ambil gambar yang dah siap. -.-


semasa open house, kakak nana bersama anak kawan dia plus anak saudara kawan aku. faham? tak faham tak apa.


ni sebahagian gambar khemah kami. special kan? abang faiz a.k.a boyfriend kakak aku taja. sebab dia memang kerja dekat syarikat canopi, catering, dan yang berkaitan dengan peralatan kenduri. maklumat lanjut, search google, Melor Enterprise from Sijangkang, Banting.


bila dah habis open house, time untuk kemas2. nasib baik ada pakcik makcik che keboom che keboom yang tak balik lagi. terima kasih banyak2 sebab tolong kemas. dan ini lah ayah aku, buat pertama kalinya aku tengok dia menyapu. -.-

ouh ya, terima kasih juga dekat kawan2 yang datang time open house tu. dan minta maaf juga kat kawan2 sebab aku tak dapat datang open house anda semua.

tamat lah cerita raya aku.

3 days more. melangkah ke dunia baru. Universiti Malaya, here I come! Bismillahirrahmannirrahim.

Sunday, August 12, 2012

feelingless

assalammualaikum. :)

sedar tak sedar, hari ini dah 24 Ramadhan! :O bulan puasa kali ni sangat cepat berlalu. siapa yang setuju dengan aku? senyum sekarang! tak gila. jangan risau. aku nampak korang senyum dekat aku. sweet gitu.

hari tu aku ada terbaca somewhere. dalam bulan ramadhan ni, Allah akan uji kita melalui masa. apa yang kita  buat sementara nak tunggu buka, amal ibadah apa yang sempat kita buat pada waktu malam. sebab tu kita rasa macam sekejap je masa tu berlalu.

nak cerita, ramadhan tahun ni, aku tak rasa apa2 pun. sedih tahu. T.T

sebab ramadhan tahun ni, aku first time puasa penuh dekat rumah. before ni, puasa dekat asrama. puasa dekat rumah bila dah dua tiga hari sebelum raya je. so, tahun ni rasa lain macam sikit la.

kat rumah ni, macam2 aku buat. lagi2 bulan puasa ni. entah la. busy juga bulan puasa ni.

ambil lesen motor. complete kan scholarship. pergi interview. pergi shopping raya. iftar dengan kawan2. bulan2 puasa pun aku keluar dating. -.-





ok, nak tahu tak? sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa! aku rasa aku demam sekarang. tak sihat. tak rasa bulan ramadhan. tak rasa nak raya. tak rasa nak masuk U. tak prepare apa2 untuk masuk U. now, i'm feelingless! argh!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^