follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya!

halloo. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. tak terlambat lagi kan? hehe. Masa puasa hari tu aku cakap aku feelingless kan? yes, memang tak ada perasaan. tapi bila dah mula raya pertama tu, dah mula makan2, salam2 family, pergi balik kampung, maka bermula lah mood raya aku.


"selamat hari raya kakak nana, maaf zahir batin.." amelin mengada. hewhew


sesi maaf bermaafan. tapi lepas tu gaduh balik. -.-




my little family. :) oleh sebab family kecil and tak ada orang luar nak ambilkan gambar, so gilir2 la kami mengambil gambar.

lepas habis salam2 semua, terus kemas2, gerak balik kg. bukit kuching, jeram. tunggu makcik pakcik saudara saudari che keboom che keboom balik rumah atuk yatim.


aunty watie gigih memotong kek wak mah and farah buat. kek orange dengan kek kelapa.


sesi makan2 bermulaaaaaa. banyak kan bekas2? sebab satu family bawa satu set hidangan raya. set hidangan raya ;
nasi impit/lontong/ketupat/lemang, ayam rendang/ayam kicap, kuah kacang, sayur lodeh.
haa, masing2 makan tak ingat dunia. raya kan?


siang dekat rumah atuk, malam raya pertama dekat rumah uncle anim kat meru. ber-bbq lah kami~. ayam percik, ikan bakar, hotdog, sotong, udang.


memang seronok gila makan2 macam ni kan? makan tak ingat dunia lagi sekali. lepas habis makan2, masing2 dok keluar kan mercun bunga api. segala jenis bunga api ada. beratus-ratus ringgit terbakar macam tu je. haha. nama pun raya kan?

malam tu juga gerak tanjung karang, sampai kampung pukul 1 pagi. fuhh. tamat cerita raya 1 syawal.

pagi 2 syawal, tunggu makcik pakcik che keboom che keboom nak pergi beraya rumah saudara2. tiap2 tahun beraya kat rumah yang sama. bergerak la kami ke sabak bernam, sungai besar, sekinchan. memang pusing beraya la dengan family abah. fuhh. penat wa cakap lu.


dan aku jumpa kuih ni. kenal? kuih batang buruk. yes, nama dia agak buruk. tapi sedap. my fav kuih raya. kat rumah nenek saudara aku je aku jumpa batang buruk yang sedap. yang lain2, em, tak best!


kat rumah nenek saudara aku juga, aku jumpa benda ni. tahu ni apa? tak tahu? ni sebenarnya agar2 sirap tu, tapi dikeringkan. dan rasa dia macam jeli bergula warna warni kat kedai tu. see? nenek2 memang kreatif.


nama budak ni, auliya. kami panggil, yaya. comel kan? sangat comel. tapi nakal. gila. -.-


kakak nana and yaya. posing habis. layan je la yaya, biar dia duduk diam.


ni sepupu aku yang ke......................berapa ntah. yang pasti lepas ni ada lagi sorang. ouh, budak ni nama dia Nur Iman Delisya. "saya duduk kay ell okay."


3  syawal, pagi2 buta, pukul 7, aku ikut ayah aku naik motor pergi sawah. sejuk siot! tenang je bila pagi2 tengok sawah, terusan. balik tu, aku pula bawa motor. baru lepas dapat P la kata kann. haha.

4 syawal, aku dah balik rumah. duduk2, rehat2 kan badan. kemas apa yang patut. sampai raya ke 7, kemas rumah besar-besaran! sebab family aku buat open house. open house family aku yang paling ramai jemputan setakat aku beraya 19 tahun ni.


sampai 3 pagi kot buat apam ni. penat gilaaaaaa! tapi hasil dia memang comel lah. aku sukaaaaa sangat! tapi tak sempat pula nak ambil gambar yang dah siap. -.-


semasa open house, kakak nana bersama anak kawan dia plus anak saudara kawan aku. faham? tak faham tak apa.


ni sebahagian gambar khemah kami. special kan? abang faiz a.k.a boyfriend kakak aku taja. sebab dia memang kerja dekat syarikat canopi, catering, dan yang berkaitan dengan peralatan kenduri. maklumat lanjut, search google, Melor Enterprise from Sijangkang, Banting.


bila dah habis open house, time untuk kemas2. nasib baik ada pakcik makcik che keboom che keboom yang tak balik lagi. terima kasih banyak2 sebab tolong kemas. dan ini lah ayah aku, buat pertama kalinya aku tengok dia menyapu. -.-

ouh ya, terima kasih juga dekat kawan2 yang datang time open house tu. dan minta maaf juga kat kawan2 sebab aku tak dapat datang open house anda semua.

tamat lah cerita raya aku.

3 days more. melangkah ke dunia baru. Universiti Malaya, here I come! Bismillahirrahmannirrahim.

4 comments:

D-SIM said...

best betul ada BBQ raya -,-

.::nisa::. said...

D-SIM : of coz laa best! btw, raya awak ada fireworks, lagi gempak kot. oh, saya da follow tumblr. :)

Farah Razak said...

nisa! selamat hari raya! have a good day ahead in UM :)

.::nisa::. said...

Thank you farah!! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^