follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Sunday, September 30, 2012

Hidup Baru I

Assalammualaikum. hai readers. :) kauorang semua sihat? aku alhamdulillah sihat. dah lama aku tak cerita pasal diri aku kan? the latest news. *amboi, dah macam retis nak update story. hehe*

pejam celik, hey! dah 4 minggu weh aku kat UM ni. tak sedar langsung. semua benda baru bagi aku. kawan baru, lecturer baru, bahasa komunikasi baru, bilik baru, roomates baru, classmates baru, environment baru, boyfriend baru, makanan baru, semua lah baru. SEMUA.

2 - 7 Sept 2012

hari mendaftar di UM. mula2 masuk kampus, aku rasa macam "serius aku dah masuk UM?". *yelah, lepas spm angan2 nak masuk asasi UM. tapi tak ada kos akaun. so masuk je la matrik tu. setahun jugak.* ok, lupakan cerita lama. daftar untuk kolej kediaman (asrama).

nama kolej aku, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah - Ketiga. bila mula2 jejak masuk bilik B110, aku macam "Allahuakbar." haa, nak tunjuk gambar, kat google pun tak ada. aku pula lupa nak ambil gambar nak tunjuk kat kauorang. sangat berbeza dengan bilik dekat KMS. SANGAT berbeza. macam nak nangis pun ada. tapi aku bersyukur juga la dapat bilik untuk 3 orang, so lebih besar jika nak compare bilik untuk 2 orang. sempit gila.(!) tu baru kira luas, tak kira lain2 lagi. hari pertama masuk asrama, rasa nak nangis.

kemudian, bermula lah minggu orentasi aku. Minggu HaluanSiswa namanya. apa yang aku boleh cakap pasal minggu itu, sangat penat, strict, stress. 3S boleh? *haha* tapi serius, tak tipu. memang itu lah aku rasa. bawa beg sandang yang mempunyai isi kandungan seperti berikut;

telekung
goody bag - bendera, cap, buku nota, buku peraturan, buku kaedah2, buku *apa ntah lagi*
phone
botol air

berat gila weh. lepas tu nak gerak dari satu tempat ke tempat lain kena lari pula. kalau dekat tak apa. jauh kot. setiap hari dalam masa 6 hari tu, ada lah dalam 5km berlari. berat aku? susut mendadak! dari 45kg kepada 40kg-39kg. aku ni dah lah susah nak naik berat badan. haih.

tidur pula memang tak cukup la kan. bangun pukul 4, pukul 530 pagi dah kena kumpul dekat court. balik malam pukul 12. memang satu hari la kau tak mandi. dah busuk2, penat2, kena marah2 lagi. makan 5 minit pun tak sampai. kunyah pun tak sempat. seminggu tak buang air besar, sebab tak cerna kot makanan tu. entah.

dalam minggu tu, cuma ada satu masa je yang kurang stress. time cheers ramai2 dalam Dewan Tunku Canselor. lawan dengan semua kolej kediaman. best lah. tu je yang best bagi aku masa Minggu HaluanSiswa. :)

10 Sept 2012

bermula lah minggu pengkuliahan, pembelajaran, aku. nak pergi fakulti pun, jalan kaki juga. jauh siot. memang tak naik2 la kan berat aku. mula2 masuk kuliah, tak faham apa.(!) why? because all communication and learning medium in English. memang macam ayam dengan itik la kan, tak faham apa. aku bila dah tak faham, pejam la cerita dia.

first lecture marketing pula. 3 jam straight. 9 pagi sampai pukul 12 tgh hari direct. aku tak pandai nak fokus lama2 ni. fokus dalam mimpi, aku pro. tapi lama2, bila dah seminggu belajar, OK la. boleh laa.

21 - 22 Sept 2012

budak2 accounting ada satu kelab yang sangat aktif dekat UM. UMAC nama dia. pada tarikh tersebut, junior2 di'interaksi'kan dengan senior2 melalui program Interaction Week. memang banyak program dia. ada talk dari PWC, ACCA, MICPA. bagusnya I-Week ni, aku baru tahu wujud nya 'the big four' dalam bidang perakaunan ni. 4 accounting firms yang terbesar di dunia.

I-Week ni banyak bagi aku info, tapi memenatkan juga. macam orientasi juga la lebih kurang. orientasi fakulti dan course.

apa lagi aku nak hebohkan kat semua orang? itu je kot setakat ni. ni pun aku rasa dah panjang GILA. maaf entry kali ini tiada gambar. sebab terlalu serabut hidup aku. tak sempat nak ambil gambar. kot. tengok lah kalau ada, aku upload ok?

sekian dahulu. :)

3 comments:

kanda said...

semakin bertambah buzy dan buzy,, haha, go0d luck awk!!

D-SIM said...

haha nasib la. tapi untung hape dpat masuk um

.::nisa::. said...

kanda: thank you! ^.^

D-SIM: syukur je laaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^