follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 17, 2012

Ekspedisi Santai Gunung Bunga Buah

hai again! :) warning, post ni BANYAK gila gambar.

baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je minggu lepas aku join projek kolej. nama projek tu Ekspedisi Santai Gunung Bunga Buah. santai ok. SANTAI. 

hakikat nya, nak menangis naik turun gunung tu weyh! dengan musim hujan nya lagi. sejuuuuukkkkk. masuk hutan. this is my first experience mendaki gunung. 

actually projek ni latihan untuk bebudak projek G12 - 12 puncak pada 12.12.12. dan aku gatal-gatal join. sebab aku nak merasa mendaki gunung. *iyelah, nanti kau da tua, tak larat nak naik gunung, suami tak bagi la, banyak kerja la, dsb.*

tapi serius, time nak balik, ramai gila atuk-atuk pakcik-pakcik naik gunung ni. kuat gila! salute!

let pictures tell the story. 


ni la kasut yang selamat kan aku sepanjang naik turun gunung ni. orang kata ni Adidas Kampung. totally getah. sebenarnya tali dia hitam tapi sebab semua 34 orang pakai kasut yang sama, so to make it different, aku guna tali kasut sport shoes aku. CANTIK kan? :D


from left: aliyah boboy, aku, daria yaya. ambil gambar time berkumpul sebelum bertolak. pukul 12 pagi lebih kurang.


kemas-kemas barang lagi. cara packing sangat la penting, sebab tak nak bagi beg berat.


dah nak naik bas!! excited!


pagi ni dah siap-siap nak naik daahhh!


ambil gambar duluu.


aku atau beg yang lagi besar? serius beg berat gila! walaupun dah packing betul-betul. -.-"



dengar taklimat dulu. track yang kitaorang lalu jauh. ikut kata En. Gate tahap kesukaran nak mendaki ni 5/10. betul ke tak, tengok gambar nanti.


start!

ok, excited sangat, bergoyang gambar. -.-


this is Alex. Sabahan. serius dia bawa gitar naik atas. Alex jadi guide group aku. group depan. laju gila jalan! sambil berjalan/mendaki dia main gitar. nyanyi-nyanyi. serius best. :')


aku panggil ni 2nd part track. sebab lalu jalan lama genting. jalan tar. so, jalan je macam biasa. tapi semput gak, jauh siot. 1st part track, kau kena panjat bukit 75 degree. serius, macam rock climbing! dengan beg berat lagi. ohmai.






yes, this is the next part. time ni dah serabut gila aku rasa. dah la semalam nya hujan, memang lecak. time nak balik lagi la. hujan lebat. memang mandi lumpur la akuuuu.



dah lepas first session, rehat-rehat. take five. then 'angkat sauuuuh' balik.




nampak tak apa yang aku cuba ambil ni? nampak tak? cuba klik kat gambar, tengok betul-betul. sepanjang track kot jumpe. PACAT!




take five lagi. kali ni serius penat. petik gitar dulu Alex. nyanyi satu dua lagu. hilang penat.


muka-muka penat.



makan, tambah tenaga. time ni la nak share-share coklat. sangat sweet time ni. walaupun tak kenal, tapi masing-masing share coklat. rindu time ni. :')



this is En. Sham. penasihat projek G12 - 12 puncak 12.12.12.. sangat tegas, tapi sporting. *bukan bodek ok*


*find me. the cutest one!*



hah! cik Norliyana Suleiman, kalau kau baca ni, mesti kau kenal siapa apek ni. Steven weh! dia satu kolej dengan aku. aktif gila Steven. macam-macam projek dia join. *clapclap*


dah sampai dekat Rock Garden. parallel dengan Genting Highland. 


nice kan? Subhanallah. :)


aku nak ambil gambar Genting Highland sebenar nya, tapi kena tutup dengan awan pulak. -.-"


serius, lapar siot dekat atas gunung. time ni lepak-lepak, makan-makan dulu. sebelum sambung hiking.



muka penat. ada gaya Puteri Gunung Bunga Buah tak? lol! :DD


dah sampai kat atas puncak, ni lah khemah kami! kecik kot tapak dia. tak ada ruang nak lari-lari. *ok, merepek*


achievement!! 



more view. soo nice!!


serius sejuk je mata memandang kan? :')


kemas-kemas nak baliikk!

dalam perjalanan balik, memang tak boleh nak ambil gambar langsung! sebab hujan, track jadi licin. ouh, plus phone aku habis bateri. hah! kat atas puncak tu, coverage celcom full! tapi sekejap ada, sekejap hilang. tu yang makan bateri banyak, sebab nak search line.


last picture bila dah selamat sampai bawah. 

masing-masing dah busuk, kotor dengan lumpur. ada yang turun macam main gelongsor. sebab licin tanah merah tu. hujan lebat, first time main hujan dalam hutan. main mata air. main anak sungai. memang aku menikmati apa yang tak pernah aku buat dalam hutan tu. 

walaupun kena bayar 'sikit', *mula-mula kata rm80, tambah headlamp, kasut, total rm120 jugak lah. sigh* tapi sangat seronok! enjoyable!

walaupun aku dah give up, serius dah nak nangis masa kena tinggal dengan group leader. *dah penat sangat! tak faham-faham pulak. tahu la dia dah pro panjat gunung. huh.* 

Alhamdulillah sihat sepanjang pendakian. terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya.

memasak kat atas puncak, tidur guna plastik sampah. semua tu memori. kenangan. tak mungkin dilupakan.

the end. :)

#3hours to update this post. ohmai. -.-"#


Blind Jogathon 2012

yop!

akhir-akhir ni aku sangat la aktif. aku pun tak tahu la kenapa. aktif semacam. sebab beberapa minggu lepas aku join program fakulti which is BLIND JOGATHON 2012.

nama pun Jogathon, so kena lari la kan. sama macam Marathon juga la. 6KM ok. pusing satu UM tu hah. kumpul kat parking fakulti pukul 630 pagi. dah la tak sempat nak sarapan, serius letih gila! sepanjang lari, dalam otak aku nak cepat sampai, sebab aku nak MAKAN!

ada yang menarik dan peliknya program ni, senang cerita, ada sebab aku nak join sangat program ni. kalau tak, memang TAK la aku nak berlari-lari ni kan. 6KM pulak. dah serupa merentas desa kat sekolah tu ha. yang menarik nya, kitaorang berlari sambil TUTUP MATA!



how can kau nak lari tapi tutup mata? boleh jatuh longkang, kena langgar kereta, langgar pokok. begini alkisah nya, aku berlari dengan couple aku. maksudnya ada la yang pimpin. aku kena blind-folded, kawan aku pimpin. then next checkpoint tukar pulak.

memandangkan aku memegang nombor ganjil, aku orang pertama yang kena blind-folded dan paling jauh track dia. -.-"


well, ini sebahagian track kitaorang. a.k.a laluan UM la. naik turun bukit kot! 


tukar orang pulak. well, saya pemimpin yang baik! *eh, pemimpin orang, bukan pemimpin ketua*


hah! ni la habuan aku lepas berlari 6KM. memang, memang aku nak highlight 6KM ni. jauh kot! rekod. start lari pukul 730 pagi kot. habis lebih kurang pukul 845 pagi. then baru dapat sarapan.
  

and for the first time in my life, isk, i got this medal. isk. so touching. http://matcuoi.com 


ouh, ni nombor aku. tak berapa nak bertuah, sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah pun. dapat iPod kot!

main reason lari blind-folded: merasai pengalaman orang kelainan upaya yang buta. macam mana mereka berjalan tanpa dapat melihat. ni kan pula nak berlari, melintas jalan. 

serius takut masa mula-mula tutup mata, nak berjalan. tak confident. rasa macam ada batu je kat depan. ada longkakng kat depan. tapi sebenar nya jalan clear je.

moral: bersyukur dengan nikmat penglihatan yang kita ada sekarang. bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada. Alhamdulillah. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^