follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 17, 2012

Blind Jogathon 2012

yop!

akhir-akhir ni aku sangat la aktif. aku pun tak tahu la kenapa. aktif semacam. sebab beberapa minggu lepas aku join program fakulti which is BLIND JOGATHON 2012.

nama pun Jogathon, so kena lari la kan. sama macam Marathon juga la. 6KM ok. pusing satu UM tu hah. kumpul kat parking fakulti pukul 630 pagi. dah la tak sempat nak sarapan, serius letih gila! sepanjang lari, dalam otak aku nak cepat sampai, sebab aku nak MAKAN!

ada yang menarik dan peliknya program ni, senang cerita, ada sebab aku nak join sangat program ni. kalau tak, memang TAK la aku nak berlari-lari ni kan. 6KM pulak. dah serupa merentas desa kat sekolah tu ha. yang menarik nya, kitaorang berlari sambil TUTUP MATA!



how can kau nak lari tapi tutup mata? boleh jatuh longkang, kena langgar kereta, langgar pokok. begini alkisah nya, aku berlari dengan couple aku. maksudnya ada la yang pimpin. aku kena blind-folded, kawan aku pimpin. then next checkpoint tukar pulak.

memandangkan aku memegang nombor ganjil, aku orang pertama yang kena blind-folded dan paling jauh track dia. -.-"


well, ini sebahagian track kitaorang. a.k.a laluan UM la. naik turun bukit kot! 


tukar orang pulak. well, saya pemimpin yang baik! *eh, pemimpin orang, bukan pemimpin ketua*


hah! ni la habuan aku lepas berlari 6KM. memang, memang aku nak highlight 6KM ni. jauh kot! rekod. start lari pukul 730 pagi kot. habis lebih kurang pukul 845 pagi. then baru dapat sarapan.
  

and for the first time in my life, isk, i got this medal. isk. so touching. http://matcuoi.com 


ouh, ni nombor aku. tak berapa nak bertuah, sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah pun. dapat iPod kot!

main reason lari blind-folded: merasai pengalaman orang kelainan upaya yang buta. macam mana mereka berjalan tanpa dapat melihat. ni kan pula nak berlari, melintas jalan. 

serius takut masa mula-mula tutup mata, nak berjalan. tak confident. rasa macam ada batu je kat depan. ada longkakng kat depan. tapi sebenar nya jalan clear je.

moral: bersyukur dengan nikmat penglihatan yang kita ada sekarang. bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada. Alhamdulillah. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^