follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Sunday, November 4, 2012

tak pandai menjerit

hai.

nak disampaikan sebuah cerita pendek. sesuatu yang terjadi kepada diri aku beberapa minggu lepas.

di dalam sebuah cinema-kecil, kami pelajar tahun pertama, dipersembahkan dengan persembahan lakonan daripada rakan-rakan seperjuangan. kebetulan aku duduk dalam kumpulan aku, dan sebelah aku adalah lelaki cina. nama dirahsiakan. 

beliau ni sangat-sangat la excited disepanjang tontonan persembahan daripada rakan-rakan kami. lagi-lagi bila ada scenes kelakar yang dilakonkan. gelak sampai terbangun-bangun, bertepuk tangan rakan cina sebelah aku ni. aku tak kisah lagi. aku layankan je bila dia ajak aku gelak sekali.

kalau rakan-rakan yang berlakon ni ada keluarkan dialog cina, aku minta tolong dia translate kan. dan gelak-gelak lagi. memang persembahan malam tu sangat kelakar. aku pun sampai sakit perut gelak.

sampai la keadaan, bila semua audience dah excited, semua gelak terbahak-bahak, rakan cina aku ni nak tepuk tangan. tapi langkauan tangan dia melepasi pisahan kerusi, dan terpukul sedikit bahagian sensitif aku di bahagian atas.

dan aku macam, krik krik krik.... terkesima. terdiam. terkedu. tak bersuara.

apa yang dah berlaku???

terus rakan cina aku meminta maaf. banyak kali. reaksi luaran aku, "err, ok2. it's ok." kemudian, buat-buat tak tahu, tak terjadi apa-apa. sambung tengok persembahan.

 tapi dalam hati aku "sh*t ahh cina ni! bang*ng! agak2 la nak tepuk tangan tuh! sh*t! sh*t! sh*t!" 

the end.

kesimpulan: aku bukan jenis yang menjerit kalau sudden things happen. aku tak pandai menjerit. sekian.

2 comments:

Liyana said...

hahahaha kepala otak dia -.-'

kanda said...

hurm.. awat x lempang je.. bru r de reti dok senyap sikit.. =.=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^