follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 2, 2013

siapa

ketika aku sudah berumur, siapa yang akan..

menjaga aku bila aku sakit?
masih setia?
berjalan berpimpin tangan dengan aku?
suapkan makanan ke mulut?
bantu aku mendirikan solat?
mendengar masalah harian?
membantu mengemas rumah?
tolong memasak?
berborak tentang masa kita yg telah berlalu?
siram bunga, menjaga tanaman?
mencintai. .
dan menyayangi aku?

Tuesday, September 3, 2013

Sum Up My Semester Break!

assalamualaikum
hai guys. semoga sihat sentiasa. :)

cuti semester kali ni paling gila. dah tak rindu kawan-kawan dah. sebab semua dah jumpa. SEMUA. ok, ada laa dua tiga orang yang tak jumpa sebab mereka busy. tak apa. ada rezeki lain kali.

habis semester dua je, aku terus keluar hang out dengan ain, faiqah, faridah. makan, tengok wayang, shopping. nama pun hang out, memang enjoy lah. joli katak.



 dan2 pulak time tu nak dekat bulan puasa, shopping raya sampai pengsan kata kau. shopping dengan faridah RM1000 pun boleh habis.

dah masuk bulan puasa, maka bermula lah plan dan rancangan untuk berbuka bersama-sama.


dan setelah berabad tidak berjumpa, ini lah dia hasil nya. aku dan rakan2 Sekolah Rendah Agama Intergrasi Batu Belah, Klang. hah.


you  know, aku rasa aku ni assabiah sikit. so, this is my gang. ada lagi a few member. tapi ini lah yang sempat muncul time berbuka tu. yang facepalm nya ialah kami berbuka dengan 2 whole chicken nandos and 5 side dishes. bapak banyak okay.

next trip dalam bulan puasa ialah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor, Kuala Selangor. side plan nya ialah saja nak jumpa kawan2 kuala selangor dan aku nak ambil sijil PMR 2008.


berbuka puasa dengan girls ni pula. 1. sebab mereka2 ni tak join iftar batch. 2. nak makan mahal-mahal. 3. sebab da lama tak jumpa diorang ni.



dan ini adalah event teramai yang aku pergi setakat cuti semester ni.
Iftar Jamaei Batch 13 SMKAKS.



kami makan steamboat dekat Sg Buluh, Rawang. sangat jauh okay. sampai sesat-sesat lalu kubur bagai. bila dah sampai bersyukur ya amat. gambar ada banyak lagi bersepah-sepah dekat facebook. boleh usha sendiri la kot.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H! 
MAAF ZAHIR DAN BATIN!



masuk musim beraya, tahun ni lah aku rasa tahun paling gila glamor bagi diri aku. plus dah masuk umur 20 tahun ni, aku macam segan silu nak ambil duit raya. tapi dalam hati, tolong la bagi aku duit raya sampai aku kawin!


habis je beraya dengan family 2 minggu, aku lancarkan Raya Marathon 2013.

first day, 16/8/2013. bersama rakan-rakan A2P6 Kolej Matrikulasi Selangor.

aku, elisa yasmin dengan ain misrin sewa kereta viva, beraya sampai sabak bernam bak ang! lepas tu balik beraya rumah deejah kat shah alam. gila kesian kat elisa yang bawa kereta.


 rumah awin paling jauh! sampai sesat-sesat. nasib baik dia masakkan ketam masak lemak dengan ketam masak cili. hilang penat aku beraya jauh-jauh. 


lepas tu beraya rumah deejah dekat seksyen 7. besar siot rumah dia. betul-betul belakang i-city tu ha.


next day, 17/8/2013. beraya bersama kawan-kawan Kusiss pulak. ramai-ramai pergi open house rumah Nani.

oh, sebelum tu, diorang beraya rumah aku dulu.


bila sampai rumah nani, bising gila. buat macam rumah sendiri. haha. makan sedap! makan pavlova yang mahal tu. nani kan rajin baked-baked ni.

plus raya ni, raya Kusiss - Kisas jugak la sebenar nya. jumpa Mawaddah dengan Iman hamed kat situ.



sepatutnya yang ini adalah hari terakhir. sepatutnya. 18/8/2013.
bersama sahabat-sahabat SraiBBk.


hari tu sepatutnya nak beraya rumah cikgu-cikgu, tapi semua cikgu ada hal masing-masing. so, kami serbu je la rumah kawan-kawan yang ada dekat rumah. pelbagai cara nak contact diorang ni. telefon, twitter. tak kisah la, asalkan apat jumpa dan beraya. dah lama tak jumpa kan.

masing-masing last jumpa masa sekolah rendah. kitorang beraya rumah irsyad- nisa- yani- ainatul- yasmin- huda, hawa- alif- raihana-zahid.

dah banyak-banyak rumah macam ni, ingat kan da habis la raya aku. belum okay.

tengok-tengok minggu depan nya sambung raya rumah cikgu-cikgu pula. sempat la raya rumah cikgu syahzatul- ustazah latipah- teacher alizah- sir fadzil.


lepas tu, minggu lagi satu pulak, beraya rumah cikgu fairuz pula. HAHA. time ni baru lah jumpa cikgu Irma dengan cikgu Fairuz yang memang dah lama nak jumpa, tapi tak jumpa-jumpa.


see? tahun ni raya memang gila. hang out pun, puas! 

nampak tak, aku dah jumpa semua orang. SEMUA ok. aku rasa aku dah hilang rasa rindu kat mereka. lagi-lagi yang susah nak jumpa. macam cikgu-cikgu. kawan-kawan yang belajar dekat oversea tu. rindu sangat. nasib baik berkesempatan nak jumpa.

lepas ni, mungkin lagi dua tiga tahun baru jumpa. seriously, aku terharu bila tengok balik gambar-gambar yang ada. aku sayang kawan-kawan aku, cikgu-cikgu aku. semoga silaturrahim ni takkan terputus.

and yeah. lagi seminggu cuti sem nak habis. dan mungkin ada lagi hang out. haha. aku harap, semester baru ni, semangat aku kembali! semangat belajar! aaaaaaaaaaaa i'm back! 

Wednesday, July 17, 2013

accident

hai. kawe nak ceghito aghi ni.

semenjak kawe bercuti sempena habis sem, kawe mengada-ngada lah menawarkan diri untuk menjadi supir sementara. supir = driver. ambil hantar adik kawe ke sekolah. ambil hantar kakak kawe ke 'transit' tempat kerja. konon nya ingin menajamkan lagi skill menunggang motorsikal.

hendak dijadikan cerita, pada satu hari, 'transit' tempat kerja kakak aku jauh sikit. selalu nya depan sekolah adik aku atau shell depan rumah ni je. tapi hari itu kakak aku kata ambil dekat McDonald Klang Sentral. haaa jauh tak jauh la tapi kena lalu jalan lori.


as you can see, actually aku tak ambil jalan biru tu. kalau korang nampak, aku lalu lorong sungai puloh and then lalu jalan abdul manan tu. jalan yang aku ambil ni, merupakan laluan lori keluar masuk sebab kat situ merupakan area perindustrian. banyak kilang-kilang. tapi tu jalan yang paling dekat. takut ke tak takut rider junior ni nak bawa motor.

pada hari kejadian, perjalanan pergi aku selamat sampai. prengg prengg. tunggu 5 minit dekat mc donald tu barulah kakak aku muncul. jam pukul 5.30 petang. jalan tu sibuk gila. orang balik kerja, nak buka puasa. banyak kereta motor dan juga lori.

aku dah on mode paling berhati-hati dah ni bawa motor dengan membonceng kakak aku kat belakang. sampai satu selekoh, nak masuk jalan besar. kereta vios sebelah kanan aku, sumpah rapat gila. aku wonder, dia nak masuk kanan, apahal rapat gila ke kiri. oleh kerana terlalu rapat, tergesel lah kami dengan kereta itu lalu BANG!!

tahu tahu aku dah jatuh, motor atas kaki, kaki tersepit. kakak aku dengan baju kurung nya. dah tak larat nak bangun. menggeletar. terkesima. aku terdengar orang HOI orang yg bawa kereta tu. baru aku perasan, dia nak blah macam tu je. lepas tu ada pakcik tolong aku angkatkan motor, then dia hidupkan motor.

pakcik: "ok tak dik? ada luka-luka tak?" lepas tu dia blah.

aku: angguk. geleng. "ok je kot."

kakak aku: "weh, dik sorry. kau ok tak? sorry sorry. kesian kau luka."

aku: "eh, aku tak apa-apa laa. sikit je ni."

sumpah aku macam dah tak tahu nak buat apa. then pakcik yang langgar kitorang datang.

pakcik vios: "dik macam mana bawa motor? sepatut nya adik bawa motor tak boleh sebelah kiri macam tu. kalau nak potong sebelah kanan."

aku: *dalam hati* aihh pakcik ni, dah la dia yang langgar kitorang, nak salah-salahkan aku pulak.

kakak aku: "apa pakcik ni?! kitorang nak belok kot, takkan nak masuk kanan. pakcik tu yang rapat sangat ke kiri. takkan tak nampak kitorang kot? blah blah blah......"

panjang lagi la kakak aku bebel kat dia. marah-marah. serius, boleh pulak dia marah orang macam tu. aku pun takut. sepanjang tu aku SENYAP DIAM je. tapi muka tak puas hati la. nak settle, kakak aku ambil nombor telefon pakcik tu.

pakcik vios dah blah. tinggal la aku dan kakak aku disitu bersama motor yang dah hilang cermin kanan kiri dan kesakitan satu badan. tahan je dulu. kakak aku tak habis-habis minta maaf. dia kata sebab ambil dia, so jadi accident ni. kelakar. tak perlu kot minta maaf. bukan salah dia kan.

balik rumah, ayah aku sambung settle dengan pakcik vios. ayah aku pi bagitahu kat uncle aku yang polis, suruh cari pakcik vios. minta pampasan. punyalaaaahh. tak ada report, face to face, jumpa baik-baik je, pakcik vios setuju bayar pampasan.

dapat la cover duit cermin motor, urut and ubat sikit-sikit. ada la lebih rm10 macam tu. nampak tak? rezeki datang dari tempat tak disangka-sangka. haaa macam tu pula. tak kena langsung!

akibat dia, aku phobia lagi sekarang ni nak bawa motor. luka tak baik lagi. lebam dah tak sakit, tapi warna keladi still ada. and yeah, ni pengalaman pertama jatuh motor atas jalan raya. 

can you imagine? what will happen to me if there is another car or lorry dari belakang? sebab aku jatuh ke kanan, ke jalan besar. Alhamdulillah masih bernyawa. 

setiap nafas, bersyukurlah. 

Tuesday, June 25, 2013

Datang dan Pergi

cewah. tajuk tak boleh nak over lagi. HAHA. nak tahu sebab apa? *haaaa, tukar mood happy! excited gila nak cerita*

time aku tengah down gegila, macam-macam jadi kat aku. dan it was like satu pintu tertutup, banyak lagi pintu lain yang terbuka. haaa gittuw. HAHA. start kena ignore, aku kerap makan dekat food court seorang diri, sambil tengok tv. nak tenangkan fikiran sebab down kononnya.

firstly, tengah makan sorang-sorang, tiba-tiba ada budak DQ datang, nak promote barang katanya. tapi awal-awal dia buka cerita je, aku dah tak nak dengar dah. MLM, siapa nak dengar? aku dah la tak minat langsung pasal MLM. tapi lepas tu dia pancing aku,

"kalau kita jadi kawan boleh? tak nak tinggalkan nombor ke? kalau ada promosi ke apa, saya boleh contact awak." -kata budak DQ yang bernama Hafiz itu.

memang tak la tiba-tiba aku nak tinggal nombor kat orang yang baru kenal kan. tapi lama juga la dia teman aku makan. aku pun takut lama-lama, sebab sampai dah tahu nak cakap apa. siap kenalkan diri, aku tanya nama dia siapa, belajar mana. sampai krik krik lah. tapi nasib baik, muka, em, boleh laa. kemas. budak DQ kaannn.

beberapa hari selepas itu, aku dinner dengan Zaim pula. selalu juga la sebenarnya dinner dengan Zaim ni. sama ada saja teman makan, or nak borak-borak lepak-lepak. kalau lepak dengan dia, ada dua nama la yang mesti sebut. Alif dan Liza. Alif laki aku, Liza ni bakal bini Zaim. yang kelakarnya, masing-masing tanya khabar couple masing-masing.

ayat wajib zaim kat aku, "kau dengan Alif macam mana sekarang?". aku ni dah la tengah down, bila ada orang tanya macam tu, em, memang aku cerita semua benda lah. and aku cerita la kejadian yang aku alami time Hafiz datang, promote MLM semua.

rupa-rupanya si zaim ni pun join MLM ni, dan Hafiz tu kawan dia. -.-" dan dan dan Hafiz ni pun cerita benda yang sama kat zaim, pasal dia promote MLM kat budak perempuan yang makan seorang diri di food court. *aku lah tu*

lepas tu Zaim kata, Hafiz kirim salam. time tu, aku macam OMG OMG OMG! dah lah tengah down, ada orang kirim salam. then Zaim kata Hafiz tinggalkan number phone. aku macam OMG lagi. tapi aku tolak. aku cakap kat Zaim, Hafiz tu macam baik sangat la. budak DQ pula kan. kalau ada jodoh, ada lah. muehehehe.

lastly, weChat. baguih weChat ni. lagi-lagi look around. boleh berkenalan dengan orang yang berada berhampiran dengan kita. tengah aku boring-boring tunggu si Alif bagi mesej, yang tak mungkin dia nak bagi, aku main la weChat. jadi, ramai laaaa yang HI kat kita. kalau aku rajin, aku reply lah. tapi tak accept friend. reply HI je.

mula-mula aku accept sorang ja. Metz nama dia. budak UM, fac Alam Bina, umur 21 tahun, asal Sabah. haaa. complete kan? sekejap je chat dengan dia. sebab macam krikkrik ah. contact dia still ada, tapi dah tak chat dah.

secondly, aku TERaccept. mula-mula aku nak reply HI je. entah macam mana, serius tersalah tekan accept. biasanya orang yang HI nidia request friend sekali. jadi sebab aku dah teraccept jadi friend, kalau aku remove balik, kecik hati pula orang yang request tu. memang time ni aku OPEN gila. berhati terbuka untuk menerima rakan-rakan baru. gittuw.

cerita dia bermula chat macam biasa. wechat id Tepung Bungkus. *boleh cari la kot kalau nak tahu siapa. entah* lepas tu dia start bagi gambar dia. haaaaaa, memang comel lah. aku memang suka orang pakai spect ni. dengan muka macam nerd-nerd sikit. mengada la ajak makan.

tup tup, memang keluar makan betul. dah la tengah down, ada orang ajak makan, aku on je la kan. bila depan-depan kau, haaaaa melted gila! sumpah, aku macam nak pandang dia je sepanjang makan tu. tapi malu kot. tunduk-tunduk lagi. tapi rancak la cerita semua. start dari tu, aku paggil dia Hensem.

lepas tu ada keluar makan lagi, dan tengok wayang. 3 kali jumpa, baru tahu details si hensem ni. nama dia Ghazali, budak UM, umur 23 tahun, fac Sains Sukan, asal Port Dickson. dengan birthday semua aku tahu, sebab kantoi ic. haaa, complete lagi kan? hakhakhak.

malangnya, se hensem-hensem diadia dah final year, dan next sem adalah final sem untuk practical. mean, aku dah tak jumpa dia lagi lah! sumpah sedih. dah la mula-mula jumpa time start study week, last jumpa seminggu sebelum aku balik. memang dah tak jumpa lagi la. tapi tapi tapi, dia practical dekat Setia City Mall je. mwahahahahaha *evil laugh* nampak tak apa maksud dia? weh, dekat gila dengan rumah aku weh! kalau boleh, nak je aku suruh dia sewa bilik dekat rumah aku ni.

haa, tu je lah cerita disebalik dan sepanjang tempoh down aku. tak ada lah down sangat bila dah jadi macam-macam kan? kuikuikui. tapi semua datang dan pergi. macam tajuk entry aku lah. tak kekal kek hati den ni haa. *loghat negori sombilan, sebab hensem orang PD* alkisah dia, aku takut aku sakit hati lagi plus aku sayang kek Alip Pahmi tu lagi.

maap la Alip Pahmi eh, den curang. sebab den kena ignore dengan ekau. tapi sekarang, dengan ekau ekau sekali den tak maw serious dah. walaupun sekranag ekau baik jo dongan den, den takut kena ignore lagi. menangis tak berlagu lagi cerita dia. den tengah berwaspada ni.

sekian sahaja cerita Happy saya! apa apa pun, Hensem sangat hensem di mata saya. awwwhh. if he could read this. :') <3 nbsp="" p="">
bye!

No More Serious Relationship

Assalammualaikum W.B.T.
Hai uolls!!

Sihat dok? again. lama tak update. well, hidup ini terlalu busy untuk dikongsikan semua. actually, follower aku bertambah ramai, tapi aku tak tahu exactly siapa yang baca blog aku. sama ada orang randomly search word dekat google then jumpa blog aku, or orang yang bebetul followers aku. dop tahu lah saya.

tapi yang pasti, entry akutak berilmu. entry just saja suka suka cerita. dan memberitahu. ekeke.

recently, aku ada update aku berjalan satu Malaysia, *amboi*, dan salah satu daripadanya aku pergi Genting bersama orang tersayang ketika itu. dan ada la seorang sahabat aku cakap, 

"aku tengok bahagia je kau pergi Genting dengan dia."

of course lah bahagia der, pergi dengan orang yang kau sayang. serious aku dah anggap dia bakal suami aku dah. tapi bahagia tak lama. 

lepas beberapa kejadian seperti ignoring dan delete post, dan secara rationalnya aku fikir balik, aku tak pasti sekarang anggapan aku kat dia macam mana. sumpah sakit hati gila. menangis macam orang hilang suami *well, sebab aku dah anggap dia macam bakal suami aku kan* dengan nak examnya. sumpah down gila. rasa down sampai dah tak tengok kiri kanan time nak lintas jalan. lantaklah kalau ada orang nak langgar pun.

dan sampai satu point, dah relax sikitaku decided, dah tak nak ada serious relationship lagi. pheww. susah nak buat keputusan macam ni sebenarnya. tapi nak buat macam mana. dah banyak kali macam nih. kuikuikui. semua sebab aku berharapan TERlalu tinggi.

boleh tak kalau ada lelaki, datang kat aku, or aku ajak dorang keluar makan, tengok wayang, aku pergi je? tapi semua sebab kawan. boleh tak?


Monday, February 18, 2013

personal diary

Assalamualaikum.

Everyone should have their own personal diary, in my opinion.  http://matcuoi.com

why?

sebab semua orang pasti mempunyai sesuatu yang nak diluahkan, nak diceritakan kepada seseorang, tapi tak semestinya orang yang sedang mendengar tu nak dengar luahan kita.
mungkin juga takut-takut kalau apa yang kita luahkan tu, jadi gossip, fitnah, cakap belakang.
mungkin juga apa yang kita nak bagitahu kat orang lain tu, akan menyakitkan hati orang yang mendengar, or membaca.
mungkin juga, kita ada sesuatu nak bagitahu orang, NAK SANGAT SANGAT bagitahu, tapi TAK BOLEH bagitahu. sebab terlalu rahsia, terlalu aib dsb.

iyalah, sekarang zaman siber, semua benda hujung jari. nak cerai pun boleh guna sms. apatah lagi kalau break up, atau tak puas hati. dengan facebook nya, twitter nya bagai. ada masalah sikit, nak buat status. nak tweet.
kalau dulu ada masalah, jumpa kawan = bagitahu seseorang.
sekarang ada masalah, buka facebook twitter, buat status = bagitahu semua orang.

jadi, cara terbaik untuk mengelakkan perkara-perkara di atas, marilah kita beramai-ramai berubah!

1. luahkan segala suka duka kepada Maha Pencipta.

kalau rasa macam 'nak bagitahu orang juga!!', boleh guna option seterusnya.

2. tulis segala suka duka pengalaman pahit manis dalam sebuah buku!

orang selalu kata, blog ni ibarat diari. tapi still kita tak dedahkan hal peribadi kita kan? jadi, tulis dalam buku. kita tulis, kita baca. rasa release sikit.

3. luahkan la rasa suka duka dengan family atau kawan-kawan rapat. kadang-kadang ini lah function jadi sahabat kan? sahabat dunia akhirat. gittuw. http://matcuoi.com

semua orang boleh buat diari. memang la kita selalu relate kan diari dengan perempuan. tapi aku pernah je dengar orang lelaki pun ada diari. so, tak ada masalah. bukan nya jatuh hukum bapok pun.

nota penting: pastikan buku diari anda TIDAK AKAN TERKANTOI dengan orang sekeliling. kerana sekali ia terkantoi, ia bukan lagi menjadi diari, tetapi menjadi sesuatu yang amat amat menyakitkan hati seseorang atau menjadi real live novel. tak pasal-pasal. http://matcuoi.com

personal diari adalah sesuai untuk orang macam aku, yang macam semua benda nak bagitahu semua orang!

Thursday, January 31, 2013

Bersahaja


assalamualaikum to all readers!
tak ada motif pun nak buat entry inijust sahaja-sahaja.
sebab aku boring gilos.

dah dua minggu aku duduk bertapa dalam rumah. ada la sehari dua keluar dengan kawan-kawan. setelah berakhirnya semester satuthanks to all my lecturers. Ms Ho, Dr Chan, Dr Quah, En Shamsul, Prof Dr Sarjit, En Rizal. harapan saya, saya dah tak nak jumpa lecturers ni lagi. saya tak mahu repeat paper! lagi-lagi paper, , , , paper, , , haaahsemua paper lah!

like seriuosly, dah macam zombie aku duduk rumah ni woihbosan ya amat. aku pun tak tahu la apa bezanya cuti matrik 3 bulan yang aku tak kerja tu, dengan cuti sebulan ni. lagi seksa cuti sebulan. sebab gelabah fikir result kot? ataupun gelabah fikir hari-hari yang mendatang? tak tahu lah. yang pasti, cuti ni semacam tak tenang.

Ya Allah, berikanlah aku ketabahan!

nak kata bosan ya amat, tugas harian aku adalah seperti berikut;

bangun subuh, tidur balik, bangun, mandi, sarapan, tengok tv, tidur, zuhur, buka lappy, lunch, online, asar, mandi, tengok tv lagi, maghrib, makan malam, online/tengok tv, isyak, tidur. 

setiap hari ya kawan-kawan. aku rasa otak aku tak jalan. peluh tak keluar. aku dah cuba menjadikan memasak sebagai hobi, tapi masih tak berjaya. mana tak nya, kalau masak, tak ada siapa nak rasa, tak ada siapa nak komen. *cedih*

last-last, bila dah tak ada kerja sangat, dah dua hari aku main skype dengan Nana. HAHAHA. tak ada kerja seriuosly. bawa laptop jalan-jalan dalam dan keluar rumah. so, at least aku boleh tengok lah jalan dekat Southampton tu macam mana. kan? haha. padahal sama ja jalan dia. jalan tar juga. haihh. ye la, bila lagi aku nak jadi jakun okay?

DAN, sabtu ni, 2/2/2013, 3 orang kawan aku bakal bernikah dan berkawin. haa, sama ke tak? nikah kawin nikah kawin. mana-mana lah

barakallah untuk kawan seKisas, Sufi dan bakal isteri nya. serta Ainisyahira dan bakal suami nya. barakallah juga untuk kawan seKMS, seKuliahhA2 Syafira dan bakal suami nya.

barakallah juga untuk siapa-siapa lah yang kawin. yang sebaya dengan aku, dan akan berkawin. barakallah. semoga sejahtera di alam perkahwinan.

pergh.

sekian saja catatan saya, esok mungkin ada lagi. mungkin juga esok saya telah tiada.

assalamualaikum. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^