follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Thursday, January 31, 2013

Bersahaja


assalamualaikum to all readers!
tak ada motif pun nak buat entry inijust sahaja-sahaja.
sebab aku boring gilos.

dah dua minggu aku duduk bertapa dalam rumah. ada la sehari dua keluar dengan kawan-kawan. setelah berakhirnya semester satuthanks to all my lecturers. Ms Ho, Dr Chan, Dr Quah, En Shamsul, Prof Dr Sarjit, En Rizal. harapan saya, saya dah tak nak jumpa lecturers ni lagi. saya tak mahu repeat paper! lagi-lagi paper, , , , paper, , , haaahsemua paper lah!

like seriuosly, dah macam zombie aku duduk rumah ni woihbosan ya amat. aku pun tak tahu la apa bezanya cuti matrik 3 bulan yang aku tak kerja tu, dengan cuti sebulan ni. lagi seksa cuti sebulan. sebab gelabah fikir result kot? ataupun gelabah fikir hari-hari yang mendatang? tak tahu lah. yang pasti, cuti ni semacam tak tenang.

Ya Allah, berikanlah aku ketabahan!

nak kata bosan ya amat, tugas harian aku adalah seperti berikut;

bangun subuh, tidur balik, bangun, mandi, sarapan, tengok tv, tidur, zuhur, buka lappy, lunch, online, asar, mandi, tengok tv lagi, maghrib, makan malam, online/tengok tv, isyak, tidur. 

setiap hari ya kawan-kawan. aku rasa otak aku tak jalan. peluh tak keluar. aku dah cuba menjadikan memasak sebagai hobi, tapi masih tak berjaya. mana tak nya, kalau masak, tak ada siapa nak rasa, tak ada siapa nak komen. *cedih*

last-last, bila dah tak ada kerja sangat, dah dua hari aku main skype dengan Nana. HAHAHA. tak ada kerja seriuosly. bawa laptop jalan-jalan dalam dan keluar rumah. so, at least aku boleh tengok lah jalan dekat Southampton tu macam mana. kan? haha. padahal sama ja jalan dia. jalan tar juga. haihh. ye la, bila lagi aku nak jadi jakun okay?

DAN, sabtu ni, 2/2/2013, 3 orang kawan aku bakal bernikah dan berkawin. haa, sama ke tak? nikah kawin nikah kawin. mana-mana lah

barakallah untuk kawan seKisas, Sufi dan bakal isteri nya. serta Ainisyahira dan bakal suami nya. barakallah juga untuk kawan seKMS, seKuliahhA2 Syafira dan bakal suami nya.

barakallah juga untuk siapa-siapa lah yang kawin. yang sebaya dengan aku, dan akan berkawin. barakallah. semoga sejahtera di alam perkahwinan.

pergh.

sekian saja catatan saya, esok mungkin ada lagi. mungkin juga esok saya telah tiada.

assalamualaikum. :)

Saturday, January 12, 2013

one plus one equal to three


Attention: this post is strictly not related to any educational purpose.

assalamualaikum! hai kawan-kawan. sihat semuanya? alhamdulillah. seronok main salji yang duduk luar Malaysia tu? untung laa. hari ni aku bukan nak jadi Siti Sifir ok. kira-kira guna jelly. no no.

topik utamanya disini ialah jangan sakitkan hati orang.

well, kalau dah nama orang, manusia, mestilah ada hati dan perasaan. hati dan perasaan ni lah yang cepat sangat sensitifnya. sikit-sikit dah terasa. sikit-sikit dah sayang. benda kecik je, dah benci. bila dah sakit hati, automatik otak manusia ni fikir macam-macam untuk tindakan seterusnya.

kalau sayang, nak tunjuk macam mana sayang tu, kalau benci nak balas dendam macam mana. kadang-kadang bila otak ni dah malas sangat nak fikir, otak akan pilih keputusan yang paling awal terlintas, dan anggota badan kita lah yang menggerakkan idea tu.

haaa, dah nampak macam doktor psikologi pula kan?

aku sebagai perempuan, *nama pun Nisa*, dan kita semua sebagai perempuan ni, kenalah pandai-pandai jaga hati sendiri. hati orang lain. as a women, *ececey* cuba sebaik mungkin jangan sakitkan hati lelaki. tak kisah la, ayah ke, abang ke, kawan lelaki ke, suami ke dan seangkatan dengan nya.

bila si isteri sakitkan hati suami, suami dah tak tahan sangat, mungkin dia akan kawin lain. 

haa, nampak tak kaitan situasi ni dengan tajuk? dah ada isteri seorang, tambah lagi seorang, dapat anak isteri kedua. mungkin. mungkin juga, kawin isteri kedua, dapat bahagia. mungkin. mungkin juga, kawin isteri kedua, dapat sengsara. itulah yang aku maksudkan dengan 'three'. not isthree ok.

orang lelaki ni kadang-kadang bertindak luar kawalan fikiran otak orang perempuan. perempuan kita-kita ni, kalau marah, kecewa, sakit hati, mungkin la buat kerja gila. tapi still atas kemampuan perempuan. paling teruk pun mungkin akan menjerit-jerit di khalayak, menangis meracau-racau, baling pasu, pinggan mangkuk semua. mungkin lah. lelaki? unpredictable. *sebab aku tak tahu lelaki macam mana. HA HA HA*

kesimpulan nya, perempuan mungkin boleh mula practice, macam mana suasana dimadukan suami nanti. Na'uzubillah ya Allah. 

mungkin aku akan bagi boyfriend aku couple dengan orang lain. so, i will be girlfriend pertama, sama macam isteri pertama. mungkinlah. kita tengok boleh hidup ke tak boyfriend aku tu. maybe as preparation dia juga lah nak ada dua bini nanti. mungkin lah.

*tak ada kena mengena kan? entah lah. serabut.*

sekian. peace no war.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^