follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Wednesday, July 17, 2013

accident

hai. kawe nak ceghito aghi ni.

semenjak kawe bercuti sempena habis sem, kawe mengada-ngada lah menawarkan diri untuk menjadi supir sementara. supir = driver. ambil hantar adik kawe ke sekolah. ambil hantar kakak kawe ke 'transit' tempat kerja. konon nya ingin menajamkan lagi skill menunggang motorsikal.

hendak dijadikan cerita, pada satu hari, 'transit' tempat kerja kakak aku jauh sikit. selalu nya depan sekolah adik aku atau shell depan rumah ni je. tapi hari itu kakak aku kata ambil dekat McDonald Klang Sentral. haaa jauh tak jauh la tapi kena lalu jalan lori.


as you can see, actually aku tak ambil jalan biru tu. kalau korang nampak, aku lalu lorong sungai puloh and then lalu jalan abdul manan tu. jalan yang aku ambil ni, merupakan laluan lori keluar masuk sebab kat situ merupakan area perindustrian. banyak kilang-kilang. tapi tu jalan yang paling dekat. takut ke tak takut rider junior ni nak bawa motor.

pada hari kejadian, perjalanan pergi aku selamat sampai. prengg prengg. tunggu 5 minit dekat mc donald tu barulah kakak aku muncul. jam pukul 5.30 petang. jalan tu sibuk gila. orang balik kerja, nak buka puasa. banyak kereta motor dan juga lori.

aku dah on mode paling berhati-hati dah ni bawa motor dengan membonceng kakak aku kat belakang. sampai satu selekoh, nak masuk jalan besar. kereta vios sebelah kanan aku, sumpah rapat gila. aku wonder, dia nak masuk kanan, apahal rapat gila ke kiri. oleh kerana terlalu rapat, tergesel lah kami dengan kereta itu lalu BANG!!

tahu tahu aku dah jatuh, motor atas kaki, kaki tersepit. kakak aku dengan baju kurung nya. dah tak larat nak bangun. menggeletar. terkesima. aku terdengar orang HOI orang yg bawa kereta tu. baru aku perasan, dia nak blah macam tu je. lepas tu ada pakcik tolong aku angkatkan motor, then dia hidupkan motor.

pakcik: "ok tak dik? ada luka-luka tak?" lepas tu dia blah.

aku: angguk. geleng. "ok je kot."

kakak aku: "weh, dik sorry. kau ok tak? sorry sorry. kesian kau luka."

aku: "eh, aku tak apa-apa laa. sikit je ni."

sumpah aku macam dah tak tahu nak buat apa. then pakcik yang langgar kitorang datang.

pakcik vios: "dik macam mana bawa motor? sepatut nya adik bawa motor tak boleh sebelah kiri macam tu. kalau nak potong sebelah kanan."

aku: *dalam hati* aihh pakcik ni, dah la dia yang langgar kitorang, nak salah-salahkan aku pulak.

kakak aku: "apa pakcik ni?! kitorang nak belok kot, takkan nak masuk kanan. pakcik tu yang rapat sangat ke kiri. takkan tak nampak kitorang kot? blah blah blah......"

panjang lagi la kakak aku bebel kat dia. marah-marah. serius, boleh pulak dia marah orang macam tu. aku pun takut. sepanjang tu aku SENYAP DIAM je. tapi muka tak puas hati la. nak settle, kakak aku ambil nombor telefon pakcik tu.

pakcik vios dah blah. tinggal la aku dan kakak aku disitu bersama motor yang dah hilang cermin kanan kiri dan kesakitan satu badan. tahan je dulu. kakak aku tak habis-habis minta maaf. dia kata sebab ambil dia, so jadi accident ni. kelakar. tak perlu kot minta maaf. bukan salah dia kan.

balik rumah, ayah aku sambung settle dengan pakcik vios. ayah aku pi bagitahu kat uncle aku yang polis, suruh cari pakcik vios. minta pampasan. punyalaaaahh. tak ada report, face to face, jumpa baik-baik je, pakcik vios setuju bayar pampasan.

dapat la cover duit cermin motor, urut and ubat sikit-sikit. ada la lebih rm10 macam tu. nampak tak? rezeki datang dari tempat tak disangka-sangka. haaa macam tu pula. tak kena langsung!

akibat dia, aku phobia lagi sekarang ni nak bawa motor. luka tak baik lagi. lebam dah tak sakit, tapi warna keladi still ada. and yeah, ni pengalaman pertama jatuh motor atas jalan raya. 

can you imagine? what will happen to me if there is another car or lorry dari belakang? sebab aku jatuh ke kanan, ke jalan besar. Alhamdulillah masih bernyawa. 

setiap nafas, bersyukurlah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^