follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Tuesday, September 3, 2013

Sum Up My Semester Break!

assalamualaikum
hai guys. semoga sihat sentiasa. :)

cuti semester kali ni paling gila. dah tak rindu kawan-kawan dah. sebab semua dah jumpa. SEMUA. ok, ada laa dua tiga orang yang tak jumpa sebab mereka busy. tak apa. ada rezeki lain kali.

habis semester dua je, aku terus keluar hang out dengan ain, faiqah, faridah. makan, tengok wayang, shopping. nama pun hang out, memang enjoy lah. joli katak.



 dan2 pulak time tu nak dekat bulan puasa, shopping raya sampai pengsan kata kau. shopping dengan faridah RM1000 pun boleh habis.

dah masuk bulan puasa, maka bermula lah plan dan rancangan untuk berbuka bersama-sama.


dan setelah berabad tidak berjumpa, ini lah dia hasil nya. aku dan rakan2 Sekolah Rendah Agama Intergrasi Batu Belah, Klang. hah.


you  know, aku rasa aku ni assabiah sikit. so, this is my gang. ada lagi a few member. tapi ini lah yang sempat muncul time berbuka tu. yang facepalm nya ialah kami berbuka dengan 2 whole chicken nandos and 5 side dishes. bapak banyak okay.

next trip dalam bulan puasa ialah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor, Kuala Selangor. side plan nya ialah saja nak jumpa kawan2 kuala selangor dan aku nak ambil sijil PMR 2008.


berbuka puasa dengan girls ni pula. 1. sebab mereka2 ni tak join iftar batch. 2. nak makan mahal-mahal. 3. sebab da lama tak jumpa diorang ni.



dan ini adalah event teramai yang aku pergi setakat cuti semester ni.
Iftar Jamaei Batch 13 SMKAKS.



kami makan steamboat dekat Sg Buluh, Rawang. sangat jauh okay. sampai sesat-sesat lalu kubur bagai. bila dah sampai bersyukur ya amat. gambar ada banyak lagi bersepah-sepah dekat facebook. boleh usha sendiri la kot.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H! 
MAAF ZAHIR DAN BATIN!



masuk musim beraya, tahun ni lah aku rasa tahun paling gila glamor bagi diri aku. plus dah masuk umur 20 tahun ni, aku macam segan silu nak ambil duit raya. tapi dalam hati, tolong la bagi aku duit raya sampai aku kawin!


habis je beraya dengan family 2 minggu, aku lancarkan Raya Marathon 2013.

first day, 16/8/2013. bersama rakan-rakan A2P6 Kolej Matrikulasi Selangor.

aku, elisa yasmin dengan ain misrin sewa kereta viva, beraya sampai sabak bernam bak ang! lepas tu balik beraya rumah deejah kat shah alam. gila kesian kat elisa yang bawa kereta.


 rumah awin paling jauh! sampai sesat-sesat. nasib baik dia masakkan ketam masak lemak dengan ketam masak cili. hilang penat aku beraya jauh-jauh. 


lepas tu beraya rumah deejah dekat seksyen 7. besar siot rumah dia. betul-betul belakang i-city tu ha.


next day, 17/8/2013. beraya bersama kawan-kawan Kusiss pulak. ramai-ramai pergi open house rumah Nani.

oh, sebelum tu, diorang beraya rumah aku dulu.


bila sampai rumah nani, bising gila. buat macam rumah sendiri. haha. makan sedap! makan pavlova yang mahal tu. nani kan rajin baked-baked ni.

plus raya ni, raya Kusiss - Kisas jugak la sebenar nya. jumpa Mawaddah dengan Iman hamed kat situ.



sepatutnya yang ini adalah hari terakhir. sepatutnya. 18/8/2013.
bersama sahabat-sahabat SraiBBk.


hari tu sepatutnya nak beraya rumah cikgu-cikgu, tapi semua cikgu ada hal masing-masing. so, kami serbu je la rumah kawan-kawan yang ada dekat rumah. pelbagai cara nak contact diorang ni. telefon, twitter. tak kisah la, asalkan apat jumpa dan beraya. dah lama tak jumpa kan.

masing-masing last jumpa masa sekolah rendah. kitorang beraya rumah irsyad- nisa- yani- ainatul- yasmin- huda, hawa- alif- raihana-zahid.

dah banyak-banyak rumah macam ni, ingat kan da habis la raya aku. belum okay.

tengok-tengok minggu depan nya sambung raya rumah cikgu-cikgu pula. sempat la raya rumah cikgu syahzatul- ustazah latipah- teacher alizah- sir fadzil.


lepas tu, minggu lagi satu pulak, beraya rumah cikgu fairuz pula. HAHA. time ni baru lah jumpa cikgu Irma dengan cikgu Fairuz yang memang dah lama nak jumpa, tapi tak jumpa-jumpa.


see? tahun ni raya memang gila. hang out pun, puas! 

nampak tak, aku dah jumpa semua orang. SEMUA ok. aku rasa aku dah hilang rasa rindu kat mereka. lagi-lagi yang susah nak jumpa. macam cikgu-cikgu. kawan-kawan yang belajar dekat oversea tu. rindu sangat. nasib baik berkesempatan nak jumpa.

lepas ni, mungkin lagi dua tiga tahun baru jumpa. seriously, aku terharu bila tengok balik gambar-gambar yang ada. aku sayang kawan-kawan aku, cikgu-cikgu aku. semoga silaturrahim ni takkan terputus.

and yeah. lagi seminggu cuti sem nak habis. dan mungkin ada lagi hang out. haha. aku harap, semester baru ni, semangat aku kembali! semangat belajar! aaaaaaaaaaaa i'm back! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^