follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, January 11, 2014

Memilih

assalammualaikum. hello! happy 2014!

ouh yeah, lama nya masa aku nak ambil sebelum start post ni. aku nak cerita pasal memilih sebenarnya. orang perempuan dan memilih. memang tak dapat nak dipisahkan. kau sangkal la macam mana pun, perempuan memang memilih. aku sebagai perempuan, aku akui.

meh aku bagi situasi. senang je. nak pergi makan.

a: nak makan mana?
b: mana-mana lah. tak kisah.

tipu!

bila kau dah sampai tempat makan tu, mesti keluar ayat-ayat macam ni. 'ei, tempat ni kotor la.' 'makan tak sedap' 'tak banyak lauk la' 'eh ramai orang la'

kata tak kisah nak makan mana. so sepatutnya bila dah sampai satu tempat, redha je la. kan? tapi tengok juga la keadaan tempat makan tu macam mana. kalau dah terang-terang bertikus, bersampah-sarap bagai, kau nak makan situ juga, geli juga la sebenarnyakan.

lepas tu bila nak ambil nasi, pilih pinggan. punya lah lama. pinggan tu kan bertingkat-tingkat, jarang-jarang aku ambil pinggan yang paling atas. sebab aku rasa pinggan yang bawah-bawah tu lagi bersih. kononnyainstinct katanya. bila dah tarik, habis bersepah pinggan atas-atas tu, tengok-tengok pinggan yang dekat bawah tu lagi kotor dari pinggan dekat atas. pilih-pilih lagi, dah ambil masa. padahal nak makan, nak ambil tempat letak nasi je.

seterusnya sesi memilih lauk. pun memilih jugak. ada banyak lauk ni depan mata. lebih 10 jenis. tapi bila orang tanya, 'nak makan apa?' jawapnya, 'entah la. tak ada lauk.' ni dekat depan mata ada 10 jenis lauk ni! tapi cakap tak ada lauk. padaha lboleh je kalau kau nak makan nasi putih dengan telur goreng kuah tomyam kan? belum lagi kalau waiter bagi menu. lagi laaaaaaaaaa. fikir kalori lah. nanti gemuk la. apa la. *okay ni over dibuat buat*

next, nak beli baju. masyaallah lamanya lah nak memilih. aku tak kutuk orang lain, sebab aku nak pilih baju pun berjam-jam, padahal baju tu berlambak-lambak depan mata. contoh lah kalau aku nak beli baju tshirt lengan panjang, corak tribal. kau tahu la, corak tribal ni banyak gila jenis, kalau salah ambil corak, memang tak kena lah dengan kulit, badan kau semua.

kalau ambil corak melintang, nanti nampak gemuk, pendek. kalau ambil corak jalur ke bawah nanti nampak kurus sangat pula. kalau ambil corak yang serabut gila, nanti orang kata wallpaper bergerak pula. macam-macam kan. padahal nak beli satu baju je. plus, padahal boleh je kalau nak beli tshirt lengan panjang yang kosong tak bercorak. tapi nanti nampak plain sangat pula kan? emmm

itu baru pasal nak beli baju. belum nak pilih baju bila nak keluar dating pula. habis satu almari kena selongkar.  bila dah jumpa baju, tak jumpa pula tudung yang sesuai. belum masuk kasut lagi. handbag. accessories pula. gelang la cincin la rantai la what so ever. urghmemilih!

last but not least, suami. nak yang soleh, berjanggut, kelakar, pandai ambil hati, tegas, bertanggungjawab, rajin, hensem, badan tak gemuk tak kurus. haa, sampai macam tu spesific nya. okay, suami tu memang perlu lah memilih. lagi-lagi bab agamanya. yang tu bagi aku sangat perlu memilih.

eh, nak cakap pasal pilih boyfriend sebenarnya. hari tu aku dengan kawan aku sorang ni macam gelabah la, sebab kitorang je yang tak ada boyfriend lagi. kawan-kawan lain semua dah ada boyfriend. lepas tu aku cakap la aku nak yang macam ni macam ni. dan dan kawan aku yang dah berlaki bagi ayat sentap menusuk ke kalbu ku

"kau ni memilih sangat. korang ni boleh je ada boyfriend. pergi je la kenal dengan orang lelaki yang duduk makan sorang-sorang tu haa. biasa nya yang tak hensem, chubby chubby tu. kalau diorang baik, boleh je jadi boyfriend. asalkan tahu jaga hati kita, tahu agama."

gitu. sentap aku.

sebab aku pandang rupa. and yeah, pernah la tertipu. harap muka je comey, tapi emm. ye lah, kalau dah hensem, of course la ramai awek, ramai admire. hot kan. hensem.

so yeah, first post in 2014, pasal memilih. girls, jangan memilih sangat. lelaki sekarang dah berkurang. hiks. tapi bab baju, makan tu, aku akui. sangat memilih.

setelah 4 hari, siap juga post ni. kalah assignment hah!

4 comments:

krolrijal said...

haha..
tu la ko..
memilih sangat..hihi

.::nisa::. said...

Krolrijal: alaa da taubat da. Aku redha je skrg. Even nak pilih baju

KAKhairul's Blog said...

ish3... nisa2... jgn memilih.. smpai bila nk tggu budak2 engine? haha

.::nisa::. said...

KAKhairul's: haha masalah nya aku tak reti lah nak tunggu bebudak kelas sendiri nih. perasaan dia tak sama. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^