follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Tuesday, February 11, 2014

Dosa

assalammualaikum.

cuti terus berjalan. hampir habis. bakal memulakan semester baru pada minggu hadapan. subjek semakin lama semakin susah. banyak membaca. perlu banyak berfikir. subjek yang perlu difahami. demi masa hadapan.

beberapa hari lepas, aku bersama beberapa orang rakan berkesempatan melawat sahabat kami yang kemalangan. teruk. peha patah. masuk besi, luka dalam, lapan jahitan. semoga kau cepat sembuh sahabat.

kadang kala dia mengeluh sakit. orang kata sakit penghapus dosa. bersabarlah.

bila difikirkan semula, kenapa kita ditimpa bencana? tak kira lah bencana apa. kemalangan ke, kena rompak ke, berlaku kebakaran ke. baru-baru ni, result exam baru keluar. mungkin ada result yang tidak memuaskan.

balasan dari dosa yang mana? apa salah yang kita buat? derhaka kepada ibu bapa, kemungkinan besar mendapat balasan di dunia, malah berdosa besar. buat peringatan.

sakit, wuduk, melakukan kebaikan dengan seikhlas hati, boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. dosa besar, bertaubat lah. sesungguhnya Allah maha pengampun. dosa sesama manusia, rayulah kemaafan daripada kenalan tersebut.

kadang kala, bencana yang menimpa, bukan kerana balasan dosa. sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. ujian dari Allah. tanda Allah sayang. Allah takkan membebankan hambaNya sekiranya hamba tersebut tidak mampu menanggung beban tersebut. jika tidak mampu, bersabar, dan berdoa, dan tawakal. Allah akan membantu mu.

ujian yang datang, sesuatu yang terjadi, mungkin akan mengubah kita menjadi yang lebih baik. dari yang dulu. ada something yang Allah nak tegur, yang Allah nak ubah, untuk kebaikan diri kita.

bersabarlah. tabah. kuatkan iman. bertaubat. Allah Maha Pengampun.

Tuesday, February 4, 2014

nasi minyak nasi minyak nasi minyak

assalammualaikum.

yeah, hai youolls. harap sihat semuanya. lately aku sedar yang aku tweet blogging semua pasal kecewa kena reject la pasal couple la apa semua. kdang-kadang ayat sedih yang tak ada kena-mengena dengan kahwin pun, dorang kata aku sedih sebab hal kecouple ni. then semua orang suruh aku kahwin awal.

'nisa, kahwin je la nisaaaaa'
'ni apa lagi nisa ni? kahwin je laaaa'
'nisa, kau kena kahwin awal weh'
'tak sabar nak makan nasi minyak kau'
'sila belanja aku nasi minyak'
'aku dah bau-bau nasi minyak'
'nisa, aku rasa kau ni dah stage wajib kawin dah ni'

okay, apa lagi ayat suruh kawin kauorang? memang la aku nak sangat sangat sangat kahwin. siapa tak nak kahwin weh?! masalahnya terdapat pelbagai kekangan yang perlu dihadapi malah perlu diselesaikan terlebih dahulu.

antara masalahnya: wang dan matang.

wang.

lately aku suka usha package perkahwinan. dari baju, pelamin, catering, fotografi, cincin, hantaran dan sebagainya. weh, nak buat satu complete majlis, kalau tak ada duit rm10 000 dalam tangan, tak payah beranganlah. tak kisah lah duit sendiri or duit family. okayni kisah untuk family yang hidup sederhana. biasa-biasa je. yang jenis, asalkan ada majlis pun okay.

aku pula jenis nak majlis yang grand-grand! of course la aku nak sanding dalam dewan, tema 'english garden' ke 'arabic night' ke, decoration ada cristal2, baju pengantin berekor panjang dari pintu masuk dewan sampai pelamin, wedding gift gempak2, fresh flowers everywhere, kek lima tingkat!




haa, kau mampu? aku pun tak mampu. dalam mimpi je lah semua ni. HAHA. kalau nak macam ni, sampai bila-bila pun tak kawen. orang lelaki semua lari. padahal sehari je majlis, tak fikir lepas kawen pula. nak rumah 5 bilik tidur, 4 tandas, dapur besar court netball, ruang tamu besar padang bola sepak. kereta nak setiap seorang satu biji kereta audi. mampuhttp://matcuoi.com

sekarang dengan harga barang naik lagi, minyak naik. mahal, semua benda mahal!

matang.

kau dah cukup matang? *tanya diri sendiri* dah boleh jaga anak orang? dah pandai urus masa? urus diri? aih, macam2 bermain dalam fikiran.

tambah2 bila wali belum bagi green light. mungkin aku ni terlalu manja dalam family, so ayah aku tak berani nak lepaskan aku dekat orang lain? mungkin. mana tahu. mungkin juga lelaki di luar sana perlu lebih keberanian untuk minta izin dekat wali macam ayah aku? mungkin. mungkin juga ayah aku tak percaya dekat aku, boleh ke anak aku ni nak bina keluarga? mungkin. mungkin juga sebab kakak aku nak kawen tahun ni, so tak mampu nak buat serentak? mungkinbanyak kemungkinan.

so relax. *mula ayat sedapkan hati. setiap post ada ayat sedapkan hati*

bila tiba masa, tiba orang yang betul, nisa kawen la ye youlls. doakan la jodoh yang terbaik untuk aku. nak tunggu nasi minyak aku? tak tahu la bila.

ouh ye, jemput datang ke majlis akad nikah kakak aku yang tercinta, Rosliyana Ismail dengan pasangannya Faiz Ramdzan. insyaallah tiada aral bulan Ogos nanti. :)

tolonglah datang, sebab nanti aku boleh ambil gambar banyak2 dengan kauorang, fefeeling macam kita yang kawen. okay? and at least kauorang boleh rasa nasi minyak kakak aku dulu. kira macam pre-taste la.

sekian dahulu. merepek merapu. bosan cuti dekat rumah. topik yang sama sebab ni je yang hiburkan hati aku. kahkahkah. kbye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^