follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Tuesday, February 11, 2014

Dosa

assalammualaikum.

cuti terus berjalan. hampir habis. bakal memulakan semester baru pada minggu hadapan. subjek semakin lama semakin susah. banyak membaca. perlu banyak berfikir. subjek yang perlu difahami. demi masa hadapan.

beberapa hari lepas, aku bersama beberapa orang rakan berkesempatan melawat sahabat kami yang kemalangan. teruk. peha patah. masuk besi, luka dalam, lapan jahitan. semoga kau cepat sembuh sahabat.

kadang kala dia mengeluh sakit. orang kata sakit penghapus dosa. bersabarlah.

bila difikirkan semula, kenapa kita ditimpa bencana? tak kira lah bencana apa. kemalangan ke, kena rompak ke, berlaku kebakaran ke. baru-baru ni, result exam baru keluar. mungkin ada result yang tidak memuaskan.

balasan dari dosa yang mana? apa salah yang kita buat? derhaka kepada ibu bapa, kemungkinan besar mendapat balasan di dunia, malah berdosa besar. buat peringatan.

sakit, wuduk, melakukan kebaikan dengan seikhlas hati, boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. dosa besar, bertaubat lah. sesungguhnya Allah maha pengampun. dosa sesama manusia, rayulah kemaafan daripada kenalan tersebut.

kadang kala, bencana yang menimpa, bukan kerana balasan dosa. sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. ujian dari Allah. tanda Allah sayang. Allah takkan membebankan hambaNya sekiranya hamba tersebut tidak mampu menanggung beban tersebut. jika tidak mampu, bersabar, dan berdoa, dan tawakal. Allah akan membantu mu.

ujian yang datang, sesuatu yang terjadi, mungkin akan mengubah kita menjadi yang lebih baik. dari yang dulu. ada something yang Allah nak tegur, yang Allah nak ubah, untuk kebaikan diri kita.

bersabarlah. tabah. kuatkan iman. bertaubat. Allah Maha Pengampun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^