follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Sunday, April 13, 2014

Book Review

Assalamualaikum!

keberadaan aku di semester yang kedua di tahun yang kedua ijazah sarjana muda perakaunan sudah sampai ke pertengahan. pejam celik, cepat sungguh masa berlalu, cepat sungguh duit tajaan JPA habis. KAH KAH!

cuti seminggu tak banyak benda aku buat selain tidur, layan twitter, makan, dan tengok tv. arakian masih berbaki rm100 baucer buku 1 malaysia, tak tahu nak buat apa. semasa teman member berdating, aku usha-usha MPH Setia City Mall yang havoc. muncul mentol bercahaya.


bagaikan muncul sinar terang dari rak buku, lalu aku angkat dan baca muka surat tengah sehelai. kelakar. memang kena gaya bahasa yang aku minat. tajuk macam romantik, macam geli-geli pun ada. apa jadahnya baca pasal SPERM. berudu. cover macam cerita seram, thriller. DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER. haaa, baru kena idiom ni.

4 bintang guwa bagi dari 5 bintang. ringan. buku tak berilmutak banyak info. cerita dia boleh bawa aku masuk satu dunia asing penuh imaginasi. ini rupa nya perasaan membaca. aku gelak berdekah secara tiba-tiba masa baca buku ni.

buku ni sebenarnya dah lama publish, tahun 2007, tapi malangnya aku baru discover. kena pula masa aku single, yup, perlu baca bawa imaginasi ke tempat baru daripada teringat terindu dekat si dia.

next, ada lagi 4 novel melayu yang belum sempat dirogol dirabak-rabak. seminggu ni, satu ni je yang sempat aku merasa nikmat. beli pun dah hujung-hujung cuti. tapi baca sehari je habis dah satu buku.

so, kalau korang rasa nak tenangkan fikiran dengan benda kelakar tapi berilmu dari segi susunan bahasa, boleh pinjam buku aku. pastikan kau dalam area UM la kalau nak pinjam. dan pulangkan.

sekian dahulu. peace.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^