follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, April 19, 2014

"good things come to those who wait"

assalamualaikum.

tajuk di atas merupakan quote. diberi oleh seseorang. anonymous. macam biasa, dia nak nasihatkan aku pasal searching and looking for a patner. macam biasa, semua sebab meroyan dekat Tuider. *aku kena hentikan benda yang dah terbiasa ni. tapi kadang-kadang termeroyan.*

aku nak relate, quote yang orang tu bagi, dengan kehidupan seharian aku.

lately, aku pergi kelas naik bas. dah lama tak naik kereta. sebab jadual harian tak sama dengan roommate aku. nak dijadikan cerita, kolej aku, kolej 11, kolej hujung sekali. paling dekat dengan terminal bas. jadi kalau bas datang, bas tu kosong, dan kami akan jadi penumpang pertama sebelum pelajar kolej 5, 12 dan 1 naik.

oleh kerana kolej kami jauh terceruk dari fakulti yang berdekatan dengan UM Sentral, makanya, ramailah pelajar-pelajar dari kolej 11 yang menaiki bas untuk ke Fakulti di Sentral. sampai satu tahap, bila kami semua naik, PENUH satu bas. dan masih ada pelajar kolej 11 yang tak dapat naik. apatah lagi kolej 5 dan 12. tapi yang tertinggal tu cuma 6 7 orang lebih kurang.

maka bersesak-sesak lah kami dalam bas yang pertama, sebab pakcik bas tu sumbat selagi boleh. sangat disadvantage. dengan campuran pelbagai wangian minyak wangi. sumpah pening. tambah pulak yang berdiri. pakcik tu bawa macam orang gila. lap dekat selekoh, habis semua penumpang yang berdiri terjerit-jerit. uwoooo~

sampai ke destinasi aku di hadapan Fakulti Kejuruteraan, aku turun je, tak lama lepas tuaku nampak ada lagi satu bas. bas kedua dari arah kolej aku. dan dalam bas tu kosong! means, cuma baki 6 7 orang dari kolej aku dan beberapa pelajar kolej lain. tenang je situasi nya. tak bersesak. semua orang dapat duduk. nampak 'sejuk' je suasana dalam bas tu.

see? nampak tak relation dengan tajuk. 6 7 orang tu sanggup TUNNGU sekejap walaupun semua orang tergesa-gesa, tapi the good thing nya, mereka tenang di dalam bas yang kedua.

dah maghrib. kali ni lain pula ceritanya. solat jangan ditunggu ditangguh. sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^