follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Friday, July 4, 2014

underestimate

assalammualaikum.
salam ramadan.

terlihat seorang perempuan menaiki motor bersama seorang lelaki. apa yang kau fikir?
pada aku, makwe pakwe menggedik atas motor.

secara jujurnya, aku sering pandang rendah dekat seseorang. hakimi keseluruhan perangai manusia dengan hanya memerhati beberapa saat.

tengok muka, ouhbukan budak dean list ni. padahal diri sendiri yang kelaut.
bila dah kenal sikit, ouh, islamic budak ni, soleh/solehah tak buat dosa, boleh jadi imam.
dah tahu sekolah mana, ouh, biasa-biasa je budak ni, bukan straight A masa spm agaknya.

bila dah makin lama kenal, semua sangkaan aku salah. ye, salah.

budak muka pecah tu la budak dean list. budak islamic tu la yang hancur *tapi tak semua yang islamic tak boleh pakai*. yang sekolah biasa-biasa ni lah yang perform.

apa yang nak dibanggakan dengan diri sendiri? kadang-kadang menyesal bersekolah di sekolah yang berprestij. ditanam sifat bangga dalam hati, bukan senang nak masuk sekolah, universiti terkenal di malaysia, hanya orang yang terpilih. diri sendiri patut didik diri, sepatutnya bersyukur, bukan bangga, riak dan memandang rendah dekat orang lain.

kadang-kadang terlalu memandang tinggi dekat orang pula. sesungguhnya aku bias hanya pada pandangan pertama.

macam mana nak ubah?

1 comment:

D-SIM said...

belajar ilmu agama setiap hari dengan berguru, hidup terus berubah 180 darjah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^