follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Wednesday, August 13, 2014

sebenarnya saya...

Anak kedua daripada tiga beradik
Pemalas
Berterus terang
Cepat cemburu (terlalu cepat cemburu)
Noob
Buat kerja ikut arahan
Tak buat kerja kalau tak ada orang suruh
Tegas dengan prinsip
Hanya indah khabar dari rupa
Membosankan
Kurang kasih sayang
Belum matang dari segi pemikiran
Tak pandai masak
Kadang-kadang menipu/hipokrit
Pemalu bila face to face
Susah nak dengar kata
Boros (terlalu boros)
Belum pandai speaking english
Tak ada life selain phone dan internet
Kurang berkeyakinan



Sanggupkah kau jadi sahabat aku sehidup semati? 
Menerima segala kekurangan aku?
Segala kekurangan lain yang tidak tersenarai disini.

Sanggupkah?

Monday, August 4, 2014

Penulis gembira, menulis dengan gembira, pembaca hasil tulisan kegembiraan.

Assalammualaikum w.b.t.. 

Tak terlambat untuk Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Hari ini genap la raya ke-8 bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Yeay.

Panjangnya tajuk post hari ini. beriya nak fikir perkataan yang sesuai.

Aku seronok bila ada orang kata dia tergelak gelak baca tweets aku. kau pernah rasa tak kau happy bila orang lain happy sebab kau? even sekecil kecil perkara? memang la tak semua orang suka dengan apa yang aku tweet, tak semua orang gelak dengan lawak yang aku buat, plus, ada je yang terasa, dia terasa dengan lawak yang aku buat lalu berkecil hati dengan aku. maaf. tapi, at least ada orang rasa benda tu kelakar dan dia tak ambil berat dengan lawak tu.

aku berpendapat, walau serius macam mana pun ayat atau cerita yang kau susun, tapi bila kau happy masa kau menulis, secara tak langsung hasil penulisan kau akan jadi jenaka kepada pembaca. 

contoh macam sekarang, mood aku adalah untuk menyampaikan pendapat, penuh rasa excited untuk menyampaikan tapi sikit pun tak rasa excited sebab happy. jadi kau yang baca rasa apa? kau rasa penulisan aku serius. tak begitu?

kau yang baca rasa macam nak sangkal semua pendapat aku sebab kau anggap serius. 

jadi pada pendapat aku lagi, semasa kau sedang rancak menulis, melimpah limpah idea nak menulis, maka senyum lah semasa menulis. lol

bukan gila tapi apa salahnya senyum masa menulis. senyuman itu senaman. bertambah seri di muka.

contoh lain, bila kau marah dan kau membebel di twitter contohnya, tweet banyak banyak, walaupun gaya bahasa sopan, tapi orang yang baca, boleh tahu kau marah. contoh lain, kau dalam keadaan berbunga bunga, you know, macam angau lepas sweet sweet dengan couple, then tulis 'terima kasih awak :)'. ayat sopan tapi pembaca boleh baca kau tengah bahagia.

kalau pada tulisan pun kau dah boleh tahu mood seseorang, apatah lagi pada suara percakapan ditelefon, riak muka bila berbicara, gaya bahasa badan bila berdepan. 

sekian, sesi psikologi bersama doktor psiko, Nisa. hiks.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^