follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Wednesday, September 24, 2014

Sudden Vacation: Pulau Perhentian, Terengganu

kalau aku ajak kau pergi pulau perhentian sekarang, kau nak ikut tak? serius. dah hampir sebulan. aku masih ingat dengan jelas bau laut, deruan ombak di tepi pantai. tak pernah terlintas dalam minda aku akan sampai Pulau Perhentian. aku bajet nanti bila habis belajar baru nak pergi. tak pun masa honeymoon ke. rezeki Allah dimana-mana. kau tak boleh jangka. sekian pendahuluan. amaran: post ini sangat panjang.

25 ogos 2014.

pada satu malam yang hening, ketika aku merehatkan diri setelah penat berkenduri kahwin kakak aku, notification berbunyi. jarang-jarang aku dapat mesej daripada manusia ini. 'Nisaa, jommm pulau perhentian minggu ni.' ringkas tapi padat dengan rayuan.

aku seolah-olah terpukau dengan ajakan. mungkin aku penat dan stress, serta memang mendambakan travel yang mampu menenangkan minda sebelum pulang ke kampus. jadi, Pulau Perhentian sememangnya satu ajakan yang sangat menarik pada ketika itu.

walaubagaimana pun, belanjawan yang ada sangat terhad. itu pun 'curi-curi' simpanan untuk travel lain. tak mengapa, untuk pengalaman, aku dah 60-40.

26 ogos 2014.

aku dah mula sibuk cari pakej-pakej murah. plan untuk 3 hari 2 malam. cari dekat mudah.my, google, facebook. seboleh mungkin cari. transportation bagai. nak naik ktm ke bas. ambil semua contact number yang ada dekat setiap iklan. save sebagai pulau perhentian 1, pulau perhentian 2 dan seterusnya sehingga pulau perhentian 11. mesej setiap satu untuk bertanya tentang kekosongan bilik dan maklumat pakej.

akhirnya pulau perhentian 5 membalas mesej. kekosongan bilik pada 28-30 ogos 2014. rm320 seorang, 2 sarapan, 2 lunch, 1 dinner dan 1 bbq, 5 checkpoint snorkling, bilik aircond, tiket bot pergi dan balik. bagi aku pakej ni dah cukup awesome. asalkan aku sampai. so, we are going to pulau perhentian, bertolak dari putra, tomorrow. yes, tomorrow!

27 ogos 2014.

beli tiket bas. putra-kuala besut, 10 malam, 27 ogos, rm45. tiket balik tak beli lagi. hari ini juga, ada makan-makan dengan sahabat-sahabat. asalnya makan-makan ini cancel sebab aku tak ada jumaat, tapi mereka awalkan. terharu. :')

aku pergi juga makan-makan tu sebab it was my first time trying sushi! farah, nana, nani dengan huda nak ajar aku dengan nora makan. hahahahahahaha. sumpah kelakar.


farah explaining about the sushi, the sweet soy sauce, the green tea and etc. hahaha. me and nora too focus, i guess. 


so that was my face. eating my first sushi. kahkah!


thanks to them! siapa yang tak sayang kawan babe.

after having my sushi, aku bergegas balik rumah, packing baju, siap-siap untuk ke putra menaiki ktmb. sampai putra pukul 8 malam, i met my friend there, lapar, makan, then decide bila nak balik kuala lumpur balik. memandangkan pakej stay pulau perhentian sampai 30 ogos, so kami decide balik KL 31 ogos, malam. macam tak ada kena mengenakan? tapi memang balik lambat sehari.

sani express. bas dua tingkat. sumpah jakun. dua kali aku jakun dalam masa satu hari. jakun sushi, jakun bas dua tingkat. duduk tingkat atas pulak. gerak pukul 10 malam, oleh kerana terlalu excited, sampai pukul 230 pagi tak boleh tidur dalam bas. merenung ke luar jendela bas tengah-tengah malam di highway pantai timur-gua musang tu. bapak ah gelap gila jalan. laju pula driver tu bawa.

28 ogos 2014.

8 jam perjalanan putra-kuala besut menaiki bas express. sampai di kuala besut pada jam 6 pagi. bunyi burung layang-layang menyambut kedatangan kami. kedai-kedai masih tutup. solat subuh dan kami menunggu kedatangan remy, orang yang menguruskan pakej aku sepanjang di pulau perhentian.


sementara tunggu remy, cuci mata. andai kamera boleh menangkap apa yang dilihat oleh mata.

5 minit perjalanan dari stesen bas ke jetty kuala besut. pukul 9 pagi anak buah remy sampai. naik ke bot. dan bersedia untuk menuju ke destinasi. yeay! 


cuaca agak mendung.

kau perlu tahu, masa nak ambil gambar ni, aku kena pegang phone aku kuat-kuat! sebab bot ni laju gilaaaaaaaa macam nak terbang semua orang dalam bot. lagi-lagi bila dia langgar ombak. haram jadah. dia tak tahu agaknya aku ni ringan?


teaser.

jam 10 pagi. aku menjejakkan kaki buat pertama kali ke pulau perhentian besar.


agak terkejut. ramai pelancong asing. tak sangka terkenal juga malaysia ni. aku tak rasa macam pulau dekat malaysia. mat saleh, minah saleh berbikini berada di mana-mana, terdampar di pasir mendedahkan kulit di bawah sinaran matahari pagi, tengah hari dan petang. cuci mata yang sebenar. hari ini tiada aktiviti yang dijadualkan. so aku jalan-jalan sepanjang pantai dan qada' tidur. 


bangun tidur, keluar bilik, duduk melepak dekat kerusi meja yang ada. nampak pulak budak ni main. comel gilaaaaa rasa nak cubit-cubit. 


waktu makan paling terbaik. bagi aku makan dia melampau-lampau. dua orang je weh, tapi remy bagi macam makan untuk satu family. paling aku puas hati makanan dia lah.

lepas makan, duduk lepak. dekat chalet remy ni ada bar. bar pulau. orang melayu yang serve. seorang abang. aku kagum tengok abang tu serve arak. pusing-pusing ais dalam cawan, then cara tuang dari botol pun ada gaya. bagi aku pro la, sebab tu first time aku nampak. tapi pada masa yang sama, aku sedih tengok dia. sebab dia melayu, jual dan serve arak. masa tu juga aku kira pendapatan dia.

1 tin tiger rm10. satu cawan (yang berkaki) arak rm20. satu botol arak dalam rm50. 

1 jam tu je, ada dalam 10 orang yang duduk dan minum. lebih dari satu tin. kebetulan malam tu, semua meja cafe remy penuh. penuh dengan pelancong asing and mostly minum arak. ada lebih kurang 10 meja, satu meja 3-4 orang. kau kira lah sendiri berapa dia boleh dapat satu malam.

29 ogos 2014.

pagi masih lagi aktiviti bebas. snorkling aku start pukul 2 petang kata remy. sebab nak bagi laluan solat jumaat. so aku jalan-jalan ambil angin pagi.


sarapan dia awesome. tu yang mampu aku kata. dan aku makan banyak. lepas lunch, kami siap-siap nak ke snorkling. wuhoo!

okay, sebenarnya ini adalah pertama kali aku nak snorkling. dah naik bot, dah sampai ke check point, aku dah gelabah. sumpah gelabah. macam mana aku nak berenang? macam mana nak guna benda dekat mata hidung mulut ni? macam mana nak bernafas? boleh ke terapung? sumpah. macam-macam aku fikir. masa tu la aku panik.


it was me, struggling with 'that' thing. semua orang dah start berenang. weh, tinggal aku sorang! macam mana ni? cemana nih cemana nih?! aku nak bernafas pun tercungap-cungap! serius dah nak menangis dah masa tu. at last, kawan aku tarik aku dan paksa berenang. aku kaku! sebab aku lebih takut lemas daripada terkesima. serius.


dan akhirnya aku berjaya! :')

tapi tu punnnnnnnnn tertelan air masin, masin gila! masa berenang tu aku boleh dengar jantung aku berdegup kuat sebab takut. makin lama berenang, dengan ombak lagi, makin banyak aku tertelan air masin. dah berjaya belajar berenang.

menuju ke checkpoint kedua. tempat penyu. kebetulan masa kami datang, masa untuk penyu makan.


checkpoint ni aku da pro berenang. tapi ramai gilaaa orang. aku lost tak jumpa group aku. dah satu hal, takut lagi.penyu ni lalu bawah kaki aku pulak, lagi laaa aku takut. besar weh penyu ni! naik dari checkpoint ni aku dah mula pening-pening minta bahu.

checkpoint ketiga aku hold dulu. turun lambat sikit sebab pening nak muntah. tapi lama-lama aku jeles tengok group aku main ikan. tak boleh jadi, turun juga.


tu bukan tangan aku, tapi aku pun sempat bagi ikan makan. yeay! masa bagi ikan makan roti ni, aku dah mamai-mamai dah. mamai dalam air. masa suruh naik bot, aku orang last terkapai-kapai dalam air. kawan aku tolak. naik je bot, yeaaahhhh. muntah. sikit. tak puas. tahan muntah. tambah pening.

last checkpoint, shark point. kali ni betul-betul aku tak turun. ombak kuat sangat. aku tak pandai nak berenang. dalam hati aku, cepat laa balik. dah habis session last checkpoint, balik ke jetty. turun bot, keluar semua benda dalam perut babe. kalau aku telan handphone, handphone tu boleh keluar dengan sempurna dari perut aku.

balik bilik, mandi, tidur. dan mengigau teruk. malu k. malu.

bangun tidur aku terus sihat dan kelaparan. makan bbq dan duduk tepi pantai waktu malam. sangat awesome. dah lama aku nak buat benda ni ; duduk lepak tepi pantai waktu malam.

30 ogos 2014.

hari terakhir di perhentian.


lepas sarapan, packing nak balik ke tanah besar. sedih, tapi aku puas. puas menghadap pantai.


so this is our chalet and cafe. bfirst chalet and accomodation. lelaki tua dalam gambar tu sangat kelakar okay. sangat kelakar.


group aku dalam perjalanan pulang. dengan langkah yang perlahan. T.T


that was the last picture of pulau perhentian. 

sampai ke tanah besar pada jam 1 tengah hari. memandangkan tiket balik ke KL aku pada 31 ogos, jadi, aku tunggu bas sp bumi untuk ke kuala terengganu. 230 petang bas sampai. bas tingkap. mean, bas tidak ber-aircond. menurut pakcik bas, dari kuala besut ke kuala terengganu memakan masa 2 jam setengah. tiket bas rm10.80. bila dengar 2 jam setengah, aku dah bercadang untuk tidur.

sedar-sedar dah sampai kuala terengganu pada jam 5 petang. sampai terus makan, cari hotel bajet. satu malam rm60. siap-siap, jalan kaki dari hotel ke stadium, cari kalau-kalau ada sambutan ambang merdeka. tak ada. yang ada bola terengganu lawan kedah. tak nak tengok bola, jalan kaki pergi waterfront kuala terengganu untuk makan malam. jalan kaki hampir 3km juga lah. habis hilang segala lemak aku.

31 ogos 2014.

seorang diri aku berjalan kaki mencari sarapan. jumpa gerai, makan nasi lemak berlauk ikan tongkol seorang diri. datang seorang pakcik, berusaha untuk berborak dengan aku. at last, dia belanja sarapan aku. terima kasih pakcik. *jangan tiru aksi ini. berbahaya*

check out hotel dan kami menuju ke pasar payang.
  

tiada apa yang menarik. sekadar berjalan cuci mata. menunggu bas pulang ke kuala lumpur pada jam 10 malam.

kali ini bas dua tingkat, tapi kami duduk bawah. kurang sikap jakun tapi masih excited. bas bertolak pada jam 1030 malam.

1 september 2014.

tiba di putra pada jam 5 pagi. sedih sebab nak balik meninggalkan manusia ini. solat subuh dan aku bergerak pulang menaiki ktmb pada jam 630 pagi. buat pertama kalinya naik train ktmb subuh-subuh. sejuk. menggigil. mengantuk. penat.

you may contact Remy/Nurul for the best packages. Remy - 0148082782. Nurul - 0137334840.
sekian karangan pengalaman yang paling wow bagi aku.

One big conclusion: dont 'jom' me. I might say yes. Most of the time, the answer is yes.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^