follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Monday, October 6, 2014

well planned trip : Cameron Highland, Pahang

suatu petang yang hening pada semester 4, selepas kami habis kelas. sedang makan di cafe dip n dip, bangsar. 'next plan?' 'jom makan subway pula.' 'jom burgerbyte!' 'jom pergi cameron?' 'JOMMM!' *beramai-ramai*

jadi, disitulah permulaan idea perjalanan kami ke Cameron Highland. kahkahkah. aku memang suka idea tiba-tiba. setelah habis final exam, setelah habis cuti tiga bulan, JPA masuk awal, maka kami meneruskan rancangan kami. 

pada minggu pertama semester 5, 7 september 2014.

notification whatsapp group berbunyi. 'jadi ke nak pergi cameron?' 'kita pergi sabtu ahad la.' 'jom jom. jumaat tak ada kelas lagi.' 'jom pergi minggu ni.'  JOM. 

jadi aku mula sibuk cari kereta sewa. yang bakal memenuhkan kereta secara confirm adalah Fatin Nabila, Idayu Abdullah, Saiyidah Mardi dan aku. kurang seorang. Mira Shawl tak dapat ikut pada minit-minit yang terakhir. jadi ada masa 5 hari nak penuhkan korum. kami decide untuk tanya mereka-mereka yang single. syarat utama, SINGLE. kahkahkah!

tanya Sahira, dia busy kapten kolej. tanya Bella, tak boleh sebab dia ada Hakim. tanya Hidayah Ruslan, 'dayah, jom pergi cameron hujung minggu ni.' 'JOM WEH! JOM JOM. AKU MEMANG NAK PERGI CAMERON.' tak sampai satu saat Hidayah bersetuju.

8 september 2014.

Fatin gigih kira bajet perbelanjaan. ala-ala backpacker.

kereta sewa utk 2 hari (myvi auto)   rm150
hotel                                                  rm160
minyak dan tol                                  rm150
total                                                   RM460

maksudnya seorang hanya perlu keluar duit rm92. makan dan shopping bajet sendiri. dan aku bajet untuk diri aku rm150 untuk dua hari satu malam.

9 september 2014.

sepanjang hari aku dengan fatin sibuk cari kereta sewa termurah untuk dua hari. cari dekat mudah.my, google, facebook page. simpan semua contact number yang ada dekat iklan. kereta sewa 1, kereta sewa 2 sampailah kereta sewa 8. last-last Eri juga yang paling murah.

Eri adalah student UM, part timer dengan PakSu Mie, owner company kereta sewa. aku memang dah guna perkhidmatan dia sejak semester 4 lagi. memang paling murah. cari la mana-mana pun. diorang tak kenakan deposit, kereta okay cuma kotor gila badan luar kereta, charge sewa paling murah lah!

myvi auto, satu setengah hari      rm165.

12 september 2014, jumaat.

tiba hari yang ditunggu-tunggu, asalnya kami nak bertolak sebelum subuh, tapiiiiiiiiiiiiiii Dr. Chan buat kelas ganti company law pula. so tukar plan, kami pergi lepas kelas habis pukul 12 tengah hari. habis kelas, aku tunggu Eri datang hantar kereta dekat Fakulti. aku ambil Ida dekat 12th. ambil fatin dengan Ayu dekat 7th. Hidayah dekat 9th. ye, aku pemandu.

ye selfie ini diambil semasa kereta sedang bergerak.

and the adventure begins! pukul 1.15 petang kami keluar dari UM dan masuk highway plus. dalam kereta, sekejap bising, borak-borak, sekejap senyap. tiba-tiba senyap. aku tahu lah semua orang tidur. dipertengahan highway, hujan lebat gila! berhenti di RnR Gombak. jalan lagi. then berhenti lagi di RnR Tapah. beli rojak buah.

keluar tol Tapah, maka bermula lah cabaran yang sebenar. jalan berliku-liku. korang tengok la sendiri jalan dia macam mana. klik sini. lebih kurang 60km jalan belok-belok. tu sampai ke Tanah Rata, kitorang up lagi sampai Brinchang, ada la dalam 70km. 3 jam perjalanan berliku-liku. dengan lori besar, bas lagi. nak memotong kereta sangat mencabar weyh! diorang kata aku nampak cool, padahaaaaaaaaal aku gelabah gila.

6.00 petang.

5 jam perjalanan. aku lupa pula masa kitorang pergi ni, orang awam baru start cuti sekolah. kami sampai di Brinchang. sampai-sampai je Fatin dengan Ayu bergegas cari hotel. tanya hotel termurah

Brinchang Hotel. 1 queen 1 single bed. rm140. 

berehat sebentar, lepas maghrib keluar balik untuk cari makan dekat Pasar Malam Brinchang. air petang tu sumpah sejuk! buat ice bucket challange pun boleh.

8.00 malam.

sejuk gila cuaca. berasap-asap mulut aku macam duduk europe. asalnya keluar pergi pasar nak cari makanan je. tapi.. hmm.. boleh tahan hebat shopping mereka-mereka ni.




champion shopping.

one direction. kahkah

end up, ni side dinner kami. lol
.
heavy dinner, nasi lemak, nasi goreng ayam, kuew tiow goreng, mee goreng. add on, cendawan goreng, jagung rebus, ubi rebus. desert, strawberi coklat. serius meriah. hasil tangkapan shopping, coklatstrawberi, keychain, bantalapaLagiEntahDiorangBeliBanyakGila!

pergi pasar pukul 8, balik pasar pukul 1030 malam. makan malam, mandi air sejuk gila babeng, tidur. semua kepenatan.

13 september 2014.

8 pagi.

siap-siap pergi sarapan dan check out hotel.



9.30 pagi.

lepas dah kenyang, kami pergi Pasar Pagi pula. pasar pagi ni betul-betul dekat puncak Cameron i guess.



nak tunjuk they bought more and more strawberries. tambah lagi bantal. teh cameron. jagung rebus lagi. ubi rebus lagi. aku beli madu

11 pagi

next kitorang pergi Lavender Garden. cantik sangat! aku bila sampai-sampai je, sedut udara banyak kali. fresh sangaaattt! ada banyak bunga. aku sukaaa!





elok sangat bunga-bunga segar ni untuk pandangan mata aku.

1.30 tengah hari.

next kitorang pusing-pusing tak tahu nak pergi mana. hahaha. end up kami sampai di..


jalan nak masuk tempat ni lagi teruk dari jalan tapah-brinchang. jalan kecil untuk satu kereta. belok-belok plak. hampir-hampir cermin sisi kereta terlanggar batu. bukan hampir, memang tercalar sikit. hahaha. tapi pemandangan dia memang terbaik la.


sampai sini dah tengah hari sebenarnya. masing-masing kelaparan. bila dah sampai teh boh center ni, ada cafe, tapi cafe dia full. tak ada tempat nak makan. so kami tahan lapar untuk turun balik pergi tempat sarapan pagi tadi.

3 petang.

lepas lunch, kami cari Abang Strawberi Farm. kenapa? sebab masa Ayu shopping dekat pasar malam tadi, ada abang tu bagi name card, kata dia ada farm strawberi yang boleh petik sendiri, 1 kilo rm40. murah. cari punya cari. tak jumpa. bila dah jumpa, dah sampai dekat Abang Strawberi, dah nak petik dah ni, masing-masing semangat. tengok-tengok farm kecik, buah strawberi tak ada pun. hampeh.

so aku bawa la diorang pergi Strawberi Farm yang aku pernah pergi dulu. bersebelahan Time Tunnel Muzium. 1.2 kilo  rm60.



penat juga nak berjalan satu Farm ni. besar 6 kali ganda dari Abang Strawbery Farm. singgah kali terakhir di tapak pasar malam Brinchang. diorang ada nak beli barang lagi. Hidayah beli sayur. yang lain-lain beli extra strawberi, keychain.

4.30 petang.

kami bertolak pulang. bye-bye Cameron. tapi jalan berliku-liku masa pergi, perlu ditempuh sekali lagi. kali ini semua orang senyap dalam kereta. maksudnya, semua orang tidur kecuali Fatin, co-driver. Hidayah dah 3 4 kali muntah dek kerana aku bawa kereta laju belok-belok. maaf Hidayah.

6 petang.

kami sampai di kaki gunung dan tiada lagi jalan belok-belok. yeay! berhenti RnR Tapah.kami bertukar driver. Fatin bawa kereta sampai la ke KL.

8 malam.

tiba di kuala lumpur. oleh kerana kami mempunyai duit lebih dari budget awal, kami dinner di Murni Discovery SS2. yeay lagi.

10 malam.

hantar semua orang balik kolej. dan aku selamat parking myvi auto di kawasan letak kereta kolej 12.

sekian pengembaraan Cameron Highland, Pahang di hujung minggu.

oh ya, kami pergi ke Cameron Highland dengan izin family masing-masing. hiks.

1 comment:

Soo PheyChing said...

Nak tanya,sewa kereta myvi tu sewa kat Cameron Highland or sewa dari luar and drive to Cameron Highlands?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^