follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 8, 2014

Dream Vacation : Day 1 Seoul - Busan, South Korea

assalammualaikum.

17 oktober 2014. jumaat.

setelah berakhirnya Lets Rock Cancer Concert FESKUM pada jam 1.30 pagi, bermulalah cuti mid-sem. Abu, Azim, Syafikah ajak makan di Nabila Corner. balik kolej pukul 3.00 pagi. aku tak siap kemas bag lagi. tidur.

18 oktober 2014. sabtu.

bangun pada jam 11 pagi. masukkan semua benda yang disenaraikan dalam bagpack. baju, seluar, tudung, makanan sumbat dalam satu bag. 3.30 petang, siap-siap gerak dari UM ke Putrajaya. first time naik ERL. jakun sekejap. cuak pun ada sebab seorang diri. takut salah platform, pergi tempat lain pula. tapi, alhamdulillah, 4.30 petang sampai Putrajaya. pukul 5 petang Hidayah pick up aku dekat station Putrajaya.

Hidayah beli sabun mandi, aku beli roti gardenia. stok roti seminggu. duduk rumah Hidayah sekejap je, tapi terkejut sebab adik-beradik dia ramai. lulz. mak Hidayah baik gila. aku tak rasa macam orang luar pun. lepas makan malam, pukul 1030 malam, tidur. set jam, pukul 3 pagi bangun.

19 oktober 2014. ahad.

terjaga pukul 4 pagi. babe, dah terlajak tidur. mandi, siap-siap, pukul 4.50 pagi keluar rumah. mak dengan ayah Hidayah hantar kami pergi KLIA2. pukul 5.40 pagi sampai KLIA2. call dan cari Sheda. Sheda dah bermalam dekat KLIA2 dari pukul 9 malam tadi. check in dekat kaunter. baru tahu tiket flight Hidayah termasuk check in luggage. masing-masing pulak bawa bag lebih 7 kg. memang kena check in. nasib baik sangat.

6.10 pagi, call dan cari Zahid. Zahid check in. and now we are complete.

memperkenalkan watak-watak utama.

Zahid Azahar.
friend since primary school. UTP. Electrical Engineering.

Hidayah Ruslan.
coursemate. UM. Accounting.

Nisa Muhamad.
UM. Accounting.

Sheda Tamchik.
roommate 3rd and 11th college. UM. Biomed Engineering.

 the best part is diorang tak kenal satu sama lain tapi diorang kenal aku. diorang kenal antara satu sama lain setelah aku groupkan dalam chat facebook 'Misi Ke Korea'.

muka excited sebelum departure.

another thing is masing-masing first time pergi oversea. dan aku pertama kali naik kapal terbang la woi! gila tak excited?! cuak gelabah. masa nak check in bag gelabah plus risau bag lebih 7 kg ke tak. siap timbang then tanya lagi orang dekat situ. nampak sangat first time.

pukul 6.15 pagi. solat subuh. sarapan roti butterscotch gardenia, air mineral. cukuplah nak alas perut. pukul 7 pagi. gerak masuk tempat nak departure. dah bye-bye family masing-masing, bermulalah pengembaraan solo.

sebab masing-masing first time, check passport dekat pegawai. then scan bag. then check passport lagi. then check bag lagi. barulah cari gate P8. jalan kaki cari gate paling lama rasanya. jauh nya masyaAllah. then jumpa pramugari pertama, check tiket flight. tunggu sekejap. oleh kerana family aku tak hantar dekat KLIA2, makanya aku mengambil kesempatan untuk call rumah. ye la, takut apa-apa jadikan. tak lama selepas tu dah boleh masuk kapal terbang. serius aku rasa nak jerit sebab excited.


hey tu gambar kapal terbang pertama aku babe! D7 504. indah sungguh pemandangan pada 7.30 pagi. masuk kapal, cari tempat, duduk diam-diam sampai lah kapal gerak. takut gila! berselawat baca ayat kursi berzikir bagai aku. takut nak take off sebab dengar cerita orang, masa take off ni boleh sakit telinga, berdengung kalau teruk boleh sampai sakit kepala.

bila dah take off, hmm biasa je. heh.


beriya aku nak ambil gambar atas awan. cantik woi! macam jalan atas kapas. okay hakikatnya 5 jam setengah atas kapal terbang sangat la bosan. bangun, tidur, bangun, tidur balik. dengar lagu, tertidur then bangun balik. tak boleh jadi, aku bangun bajet-bajet pergi toilet. saja jalan-jalan. dua kali babe pergi toilet.

akhirnya pada jam 3.30 petang waktu Korea, kami tiba di Incheon International Airport. masa ni aku pening-pening lagi tengok jam. sebab jam aku baru pukul 2,30 petang, waktu Malaysia. yup, beza waktu sejam.

turun kapal, jalan sikit, terus naik subway. sampai ke bangunan utama, check passport, ambil cap jari, dua-dua jari telunjuk (kalau Malaysia ambil cap jari ibu jari, Korea, dua-dua jari telunjuk. kau tunjuk 'satu' dekat tangan kanan kiri. macam tu la pelik dia nak ambil cap jari.) ambil bag, isi borang clarification, keluar gate. terlihat ramai yang menunggu depan gate, dengan kertas besar, tertulis nama insan yang ditunggu. here comes our hero.

Irsyad Ibrahim.
Dongyang Mirae University. Mechanical Engineering.

ouh, dia tak bawa sepanduk pun. just lambai-lambai. masa aku nampak Irsyad, rasa nak bersujud bersyukur. tak tahu kenapa. kahkah

'macam mana flight?'

ayat melayu pertama aku dengar dekat tanah Korea. okay, tipu. macam la si Zahid Dayah Sheda tak cakap melayu lepas sampai.

okay sekarang nak buat apa. LAPAAARRRRR. weh 5 jam setengah dalam kapal terbang tanpa makan. kau cuma ambil bau makanan orang lain je dalam flight tu. tapi nak solat juga. so kami pergi solat dulu. jalan-jalan-jalan sampai dekat tangga kecemasan. okay, kita nak buat apa dekat tangga ni? solat.

babe, tak pernah la pula aku solat dekat tangga sebegini rupa. kejutan budaya jap. sebelum siap-siap nak solat, Irsyad dah bagi hadiah. 'Nah, kad T-Money. aku belanja.' nak menangis air mata darah aku rasa. solat jamak zuhur asar dengan khusyuk, penuh kesyukuran. gittuw.

T-Money ni macam Touch N Go kita. tapi kegunaan T-money ni lebih meluas. boleh pakai dekat seluruh Metro (subway/train) dan bas. sebelum keluar, siap-siap topup t-money, dan naik subway.

peta seoul metro.
sila download MetroidHD dekat google play store.

application MetroidHD sangat la memudahkan kau nak ke mana-mana. dan sila suruh lelaki baca peta, kerana perempuan tak akan pandai baca peta. 

memandangkan ketika itu Irsyad masih ada, application tu kita abaikan dulu. dia ajar macam mana nak baca map train. pilih line mana. exit mana. next station apa. tekun belajar babe.


makcik ni orang Korea pertama yang tegur Hidayah. 'how are you?' comel gila. lepas tu bagi buah oren dekat kitorang. tahu-tahu je kami lapar. 

Incheon International Airport-Hongik University-Ewha Woman's University.

5.30 petang. Ewha Woman's University.

satu jam perjalanan. exit 1. jalan 5 minit, sampai satu syurga dunia. banyaaaaaakkkk gila baju kasut aku dah rambang mata. tahan nafsu shopping gila. then sampai la di guesthouse kami, Shin Chon Hotel. a warm welcome. dia tunjuk dekat mana dapur, di basement. bagitahu breakfast makan apa, pukul berapa, kalau balik lepas pukul 12 malam, nak masuk ikut pintu mana, then tunjuk bilik dekat tingkat 4.

letak bag, solat maghrib, then keluar balik pergi makan. denggg dah malam kot time tu. dah pukul 7.30 malam. tapi dah gelap macam pukul 9 malam Malaysia. kau bayang dari pukul 6.30 pagi dekat Malaysia makan roti butterscotch je, sekarang ni pukul 7.30 malam baru boleh makan.

kami makan ini.

alchon albab with mild sauce.

'kogi pae jo se yo' kah! serius lah aku tak tahu nak mengeja. tapi tu la yang Irsyad ajar, kalau nak makan, then nak suruh orang tu jangan campur apa-apa daging. ada lagi yang Irsyad ajar, nak panggil order, nak minta air, tapi dengggg aku tak ingat menda. tak melekat. aku rasa Sheda Zahid Dayah ingat la kot.


nasi, seaweed, telur, crab stick, mild sauce. sebab aku tak makan pedas. diorang yang lain masing-masing ambil little spicy, spicy dengan very spicy. aku relax je makan dengan senyuman. yang makan spicy, very spicy dah berpeluh-peluh kepedasanside dish, ada 2 jenis pickle dan not-so-kimchi reddish aku tak tahu la apa bendaserius sedap. nak cari dekat Malaysia.

8.30 malam. Hongik University.

jalan-jalan. Irsyad kata kalau bernasib baik, ada banyak busker, street artist. bila sampai, memang ramai. awesome la street artist diorang.

first selfie escalator 

emosi pemain gitar ini, sampai ke hati aku.

dia main penuh emosi weh. aku macam faham cerita yang dia sampaikan melalui petikan gitar. amboi sampai gitu sekali!

jalan lagi depan sikit, ada kumpulan yang menari, ada yang menyanyi akustik. hebat. serius.  memang betul-betul berbakat. amboi puji teruk. yang menari tu, dah sebiji macam retis kpop. muka pun sama plastik. muka jambu. tapi comel. standard kpop lah.

malam itu, cuaca agak sejuk. ramai couple. babe, aku jeles. couple pegang tangan macam tak nak lepas! peluk macam sejuk gila. main-main rambut, alahai, sumpah la jeles. rasa forever alone sangat.

hello kitty cafe.

nak masuk, tapi dah tutup, dan Irsyad kata tak ada apa-apa yang menarik. so kita jalan lagi. tengok artis-artis jalanan yang sangat berbakat.

susu pisang aku yang pertama.

benda wajib beli. susu pisang. mula-mula rasa, macam susu vanilla. tapi lain sikit. sedap. then Irsyad ada tunjuk air apa lagi yang boleh dibeli.

foreinger. dekat mana-mana pun nak ambil gambar.




suasana malam pertama di Seoul Korea. indah. balik berpisah dengan Irsyad di subway. esok Irsyad ada midsem exam. kepenatan, sampai di guesthouse, bersiap untuk hari seterusnya.

perbelanjaan hari pertama:

t-money                 10,000 won
makan (alchon)       3,500 won
banana uyu             1,300 won
Total                       14,800 won

1 comment:

D-SIM said...

syoknye berjalan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^