follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Tuesday, November 11, 2014

Dream Vacation : Day 2 Seoul - Busan, South Korea.

assalammualaikum. hari kedua di Seoul, Korea.

6.30 pagi.

bangun subuh. sejuk. bilik gelap. seronok kalau sambung tidur. tak boleh. kita dekat Korea nak berjalan, bukan untuk tidur. itu prinsip aku. katanyaaaaaa

7.30 pagi.

dah siap mandi. nak iron tudung. tak payah bawa phone lah. iron tudung je. sekejap je. Dayah dah ada dekat bawah iron baju. Sheda tengah siap-siap. aku keluar bilik, bawa sehelai tudung purple untuk di iron. tunggu lif. pintu lif terbuka. masuk. tekan butang '2'. lif turun. sampai tingkat 2. nee noo nee noo nee noo. 

pintu lif tak terbuka, dan alarm berbunyi. dah kenapa. aku seorang diri ni weh. tekan button untuk buka banyak kali. pintu lif still tak terbuka. weh weh wehhhhhh. dua minit tak boleh terima kenyataan. aku terperangkap dalam lif! ulang alik dalam lif. apa aku nak buat ni. phone tak bawa. tekan button loceng. sreet sreet. haa ada orang balas. *speaking in korean language* hmm dah macam mana aku nak cakap ni. tekan loceng kali kedua, masih sama. orang korea cakap bahasa korea.

blur. serius blur. tiba-tiba aku takut. aku jalan-jalan dalam lif. 7 kaki lebar, 5 kaki panjang saiz lif tu. aku sempat kira. duduk sekejap. aaaaaa macam mana ni. ketuk-ketuk kepala. menyesal tak bawa phone. bangun balik. ketuk-ketuk pintu lif. ketuk sekuat hati. 'Help! Help!' ada ke orang dengar ni. aku cuba tekan button buka lagi sekali. banyak kali. tak buka juga pintu. ada suis apa entah dekat bawah nombor tu. aku cuba off kantak jadi apa. cuma siren je yang mati. aku on kan balik, siren hidup balik. tapi pintu still tak terbuka.

ketuk pintu lagi kuat-kuat. aku dah tak tahu berapa lama aku dalam ni. aku takut aku lambat. risau diorang cari aku. dah rasa nak menangis. 'HELP! HELP!' dengar bunyi kasut orang jalan. 'Help me. Help.' entah berapa kali ulang pun aku tak tahu. bunyi kasut hilang. aaaaa kenapa orang tu tak nak tolong! terduduk balik. bangun jalan-jalan dalam lif kecik tu. cuba bernafas dengan normal. 'baru first day dekat Korea weh. dah terperangkap dalam lif. dekat Malaysia tak nak pulak terperangkap. kenapa dekat sini?' monolog dalaman.


Ya Allah, tolong la aku. baru nak minta tolong pada Tuhan. sebab aku rasa dah lama dalam tu, dan mula rasa takut gelabah cuak nervous fobia panic risau malu kelakar semua ada. ketuk-ketuk pintu lagi. 'anybody there?' ada suara perempuan bertanya. 'YES YES! I AM TRAPPED HERE. PLS HELP ME.' 'wait, somebody will help you.' 'ok.' aku dah tak tahu nak cakap apa. just mengharapkan dia betul-betul tolong aku. 


lama aku tunggu. tak tahu berapa minit, tapi aku rasa lama. aku ketuk pintu lagi. alaaa, mana orang tadi pergi. tak lama lepas tu, ada orang ketuk dari luar. 'are you okay?' suara tadi bertanya. 'yes i am okay. but pls help me.' aku tak tahu la berapa kali aku merayu. 'the person incharge is here. he will save you.' 'really? thank you!' aku dah tak sabar. pintu terbuka sedikit. secara manual. aku cari siapa yang buka. tak nampak. makin lama pintu makin besar

kelihatan seorang wanita berusia bersama anak perempuannya. 'are you alone?' 'yes i am alone. thank you! thank you because saving me. thank you so much.' *aku rasa nak peluk diorang.* 'your welcome. next time you just use the stairs.' 'ya i will. i will' keluar dari lif, turun ke basement, buat muka macam tak ada apa-apa. iron tudung purple aku yang satu itu.

serius lah. kenapa dekat sini nak terperangkap dalam lif? pengalaman sangat.

9.00 pagi.

hujan. agak lebat. pinjam payung guesthouse. gagahkan diri keluar jalan. Korean semua bergegas pergi kerja pergi kelas. sejuk gila angin yang meniup. ditambah hujan. 9 darjah celcius. slow-slow cari next station subway. selamat sampai di destinasi pertama.

Gwanghamun Square. (line 5: Gwanghamun station)

tugu King Sejong menyambut kedatangan kami. hujan gerimis lebat. angin sejuk menusuk ke tulang sum-sum. gittuw. tapi serius sejuk. jalan dalam keadaan gerimis. tempat ni banyak cerita pasal sejarah. ambil gambar sikit-sikit. sebab tempat ni betul-betul dekat tengah-tengah jalan. orang Korea yang dalam kereta tunggu traffic light boleh tahu kau pelancong.

abang polis bantuan korea tolong ambilkan gambar

gigih abang polis. hujan-hujan, still juga berdiri tegak depan tugu. alang-alang berdiri tegak tak buat apa-apa, Hidayah minta tolong dia ambilkan gambar kami.

Jalan-jalan, tengok-tengok apa yang ada, then kami jalan ke hadapan sedikit. Menuju ke..

Gyeongbukgung Palace.


Dekat pintu masuk je hampir sejam ambil gambar. Masa ni masih gerimis mengundang. Jalan 20 langkah, then berhenti sekejap, ambil gambar lagi. Tak ambil gambar sendiri, tolong ambilkan gambar orang.

Sampai tak sedar sebenarnya boleh pakai Hanbook free dekat pintu masuk. Satu benda yang aku rasa rugiiiiiiiii gila.


Okay jalan depan sikit, jumpa singgahsana. Actually macam dewan Raja la. Kalau tengok dekat drama-drama korea, diorang meeting dengan raja dekat sini. Tak boleh nak masuk dalam. Even tangan kau lebih tingkap pun, alarm berbunyi. Heh. 


Pandangan daripada tepi bangunan. Bagi aku, hmm cantik. Kau rasa?


Bangunan dalam. Bila masuk kawasan istana, ada banyak bilik-bilik macam ni. Tak sure la bilik apa. Bilik gundik agaknya. Maybe juga bilik bacaan. Tak sure.


Actually ada banyak pintu-pintu kecil macam ni. Istana ni ada banyak part. Besar gila. Like seriously, BESAR. Nama pun istana, ye dak?


Then taman dia pun besaaaarrrr. Cantik pula tu. Bila jalan, penat weh. Aku terbayang raja dia dulu jalan-jalan taman naik kuda. Menikmati pemandangan musim luruh. Wah.

Payung sebagai prop. Cantik juga idea Hidayah ni.

Nampak tempat cantik je, berhenti sekejap then ambil gambar.


Dalam istana ni ada dua tasik. Bersih air. Di jaga. Ada ikan besar-besar. Dekat rumah kau ada? Actually dekat belakang tu ada gunung. Sangat cantik. Tapi tertutup dengan kabus.

Pokok pendek + orang pendek = comel.

Motif utama ambil gambar dekat pokok ni sebab dia rendang. Pendek dan merimbun daun. Dan belum kuning.


Akhirnya setelah dua jam dalam istana yang besar, kami keluar juga. Itu pun tak habis pusing lagi. Besar sangat weh. Kebetulan masa kami keluar, ada upacara tukar askar. Aku tak sure la ni askar betul ke askar pelakon.


Masa ni, diorang baru tukar shift. So aku dengan Hidayah ambil kesempatan ambil gambar. Theeeeennn tetiba dia ketuk-ketuk senjata dia tu ke lantai. Macam nak bagi amaran yang kami tak boleh ambil gambar dengan dia. But then orang yang jaga diorang ni, okay je kata, tak pe tak pe. Heh kerek.

12.00 tengah hari.

Bukchon Hanok Village. 15 minit berjalan kaki dari Gyeongbukgung Palace.


Actually nothing much sangat dekat area ni. Just rumah lama yang dijaga rapi. Cantik la. Tapi bagi aku dah tak nampak tradisional. Sebab diorang buat baru tapi reka bentuk tradisional. Haa faham tak?

Hiasan yang bagi aku creepy.


Penduduk diorang memang suka melukis dekat dinding agaknya. Nasib baik cantik. Seni juga la. Cerita dia, yang lukis ni bukan orang muda. Makcik makcik weh! Diorang yang hias dinding-dinding ni. Makcik aku tak reti agaknya. Buat kek roti tahu la.

Sebab tak ada benda sangat, sekejap je kami dekat Bukchon Hanok Village ni. Lagi pun dah penat jalan dekat istana, so rumah biasa ni tak ada apa lah sangat. Bhahahahahaha *evil laugh*

Cartoon comel yang ada dekat setiap tiang lampu. 

Aku mudah terhibur.

Jalan kaki, lintas jalan, naik turun tangga, tukar subway, sesat-sesat bagai, tiba-tiba aku sampai sini.

Namsangol Hanok Village.


Beza Bukchon dengan Namsangol Hanok Village ni, Bukchon dalam rumah tu memang ada orang duduk. Memang rumah sebenar lah. Namsangol ni, hiasan je. I mean rumah kosong la. Tapi masih rumah tradisional.

Tambahan pula, Namsangol Hanok Village ni ada muzium-muzium dia. Ada hall untuk pameran. Ada stage untuk persembahan. Memang untuk pelancong lah.


Perigi. Cuba bayang macam mana diorang mandi.

Haruslah ada baldi, isi air bawa pergi toilet. Apa lagi yang kau fikir?

Bahagian dalam rumah. Luas juga la. Anak-anak aku boleh main lari-lari.


Persembahan tarian tradisional.

Banyak kali aku cakap dengan diorang, persembahan diorang nampak 'suci' je. Aku tak tahu nak describe 'suci' macam mana. Maybe sebab putih, lembut je kot tarian dia. Entah.

Ketika ini, Irsyad dah datang. Baru habis exam. Solat jamak zuhur asar. Dekat wakaf dalam Namsangol Hanok Village. Wakaf terbuka. Nasib baik tak ramai orang. Ouh, dalam village ni ada juga taman besar. Tapi kitorang tak pusing pun sebab sama je kot? Haha

4.00 petang.

Irsyad bawa tunggu bas. 45 minit perjalanan, maka sampai lah kami di...

Namsan Tower.

Babe, berkabus gilaaa tak nampak menda. Jarak penglihatan cuma 10 langkah. Gittuw. Tapi memang tebal gila. Plus kau kena mendaki 45°. Kau bayang, dah penat-penat jalan tiba-tiba kena mendaki. Yang si Irsyad ni pun bukan nak bagitahu yang kitorang kena mendaki bagai.

Ini adalah kerana Namsan Tower ni terletak atas Gunung Selatan. Namsan = South mountain. Itu yang sempat aku baca lah. Thats why kami kena mendaki.

Love tree. 

Ada love wall. Semua ada tempat khas untuk kuncikan cinta kau dengan partner kau. Aku rasa semua orang tahu tempat ni. Penuh gila babe. Mangga sebesar alam pun ada. Tapi dah berkarat-karat. Adakah itu bermaksud hubungan cinta mereka tidak se-sweet dahulu?

Namsan Tower. Disaji bersama kabus.

Petang ni weh. Berkabus macam pagi. Memang tak nampak hujung pangkal menara. Agak sedih. Tapi tak mengapa. Sebab dekat sini kitorang jadi naga. Cakap mulut berasap-asap weh! Kah! Teruja baq ang! Rasa awesome gila. Jakun jap.

Irsyad memutuskan percintaan antara dua insan dengan percubaan membuka mangga.

Dan ada couple yang clash. Tak tahu la akan clash atau bakal clash. Sebab ada 3 ke 4 buah mangga yang berjaya dibuka oleh Irsyad. Then kitorang guna mangga yang dah terbuka tu, untuk tulis nama kitorang pula, dan mangga dekat love wall tu. Nampak tak permainan dia?

Hidayah tulis nama five of us.

Selesai sesi bergambar, kami naik Namsan Tower. Staff dia bagitahu awal-awal kabus tebal, so jarak penglihatan tak best. Tapi tak apa, aku nak juga naik. Paling aku suka lif dia. Okay, lif dia tak menakutkan macam masa aku terperangkap dalam lif tu. Bumbung lif dia ada 3D video. Video tersebut ditayangkan semasa lif naik dan turun. So tak ada la kau bosan masa tunggu lif naik.

Pemandangan dari observation deck. Rasa macam jalan atas awan.

Dah puas main kabus, dalam sejuk-sejuk tu aku teringin nak makan ice cream. Dan kami lapar. Naik bas, turun Gunung Namsan, dalam 45 minit juga. Kami sampai di..

Itaewon.

Masjid Itaewon.

Memandangkan dah maghrib, jadi kami solat jamak maghrib isyak di masjid terbesar di Seoul. Cantik. Tenang. Sunyi. Lain perasaan dia.

Lepas solat, lapar. Jadi kami makan di Mr. Kebab.


Pasha Chicken Kebab. Dap nyaaa. Rindu.

Dah kenyang sebenarnya. Tapi aku teringin makan ice cream dari Namsan Tower lagi. Jadi aku mengambil keputusan untuk beli ice cream. Siapa sangka, aku dipermainkan sebelum boleh ambil ice cream tu. Siut abang turki.

Cerita dia aku tak tahu pun memang rutin abang ice cream turki ni akan mempermainkan kau sebelum dia bagi ice cream tu. Masalahnya diorang ni dah tahu, tapi tak bagitahu aku. Dah tu aku jadi bahan gelak je. Siut juga diorang ni.

Innocent side of me.

Dah dapat ice cream, kita jalan lagi. Naik subway dari Itaewon, sampai ke Dongjak station. Exit 1. Hampir sampai ke..

Banpo Bridge.

8.30 malam.

Keluar dari Dongjak station, mula-mula jalan kaki dalam 1.5 km. Sampai satu jambatan. Batu penanda tulis, jalan lagi 20 minit baru sampai ke Banpo Bridge.

Ouh ya, 20 minit jalan kaki orang Korea, tak sama dengan jalan kaki orang Malaysia. Diorang jalan laju gila. 20 minit diorang, maybe 35 minit kita.

Jadi kami berjalanlah di taman itu pada waktu malam. Ramai Korean yang jogging, main basikal, bersenam dekat taman tu. Taman dia agak besar. Kami jalan disepanjang sungai Han. Jadi tempat tu sejuk, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Tambahan waktu malam. Extra sejuk. Tapi sebab kami jalan kaki, agak jauh la juga, jadi panas.

Setelah 45 minit jalan kaki, rupanya kami sesat. Hampir sampai, tapi tak sampai. Suppose boleh nampak dari jauh rainbow performance dari Banpo Bridge tu, tapi tak ada. Memang bukan rezeki agaknya.

Jadi at the end, kami duduk di hujung taman, melepak tepi sungai waktu malam.

Pemandangan yang kami nikmati pada ketika itu. *wah*

Oleh kerana bosan sangat, Hidayah ajak main baling batu. Siapa paling jauh baling batu ke sungai. Hidayah baling agak jauh. Maybe sebab dia pemain bola jaring um. Zahid Irsyad tercabar. Masa ni lah keluar segala theory, segala function formula engineering diorang. -.-"

Dah penat baling batu, dah sakit tangan semua, maka berjalan baliklah kami. Berpisah dengan Irsyad semasa pertukaran line subway.

Di guesthouse, bersambung perbincangan untuk jadual perjalanan hari esok.

Perbelanjaan:
Gyeongbukgung Palace             3000 won
Air mineral                                  1000 won
Namsan Tower                            9000 won
Facemask                                     5,000 won
T-Money                                       20,000 won
Mr Kebab & Ice cream     11,000 won
Total                                              49,000 won

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^