follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Sunday, November 16, 2014

Dream Vacation : Day 3 Seoul - Busan, South Korea.

Assalammualaikum

Hari ketiga. Selasa. 21 Oktober 2014.

Malam tadi tidur lewat. Pukul 2 pagi baru tidur. Akibatnya bangun subuh pukul 6.50 pagi kemudian tersambung tidur hingga jam 8.30 pagi. Seperti biasa, siap-siap, nasib baik dah siap iron tudung malam tadi, just make up sikit.

Turun jam 9 pagi. Zahid dah duduk tunggu dekat tangga dah siap sarapan. Muka bosan menunggu gadis-gadis bersiap. Aku, Sheda dan Hidayah sarapan seperti biasa. Keluar guesthouse hampir jam 10 pagi.

Hujan. Sangat sejuk. Bertambah dingin sebab mood Zahid tak berapa elok. Zahid masih marah sebab kami terbangun lambat. Bila ajak berborak, dia diam. 

K.

Kita senyap dulu. Kita biar mood dia okay sikit nanti. First time aku tengok Zahid marah. Takut okay.

Destinasi pertama.

Namdeamun Market.

Babe, kita shopping hari ini! Hari ini paper exam Irsyad pada jam 4 petang, so dia akan bawa kitaorang pergi pasar, tolong nego harga, bawa pergi kedai paling murah.

Hoehyeon station. Line 4. Exit 5. Jumpa Irsyad disitu. Mula-mula Irsyad bawa pergi kedai yang penuh dengan souvenir macam keychain, bookmark, fridge magnet dan sebagainya

Ouh, sebelum itu kami pergi tukar duit emergency Ringgit Malaysia kepada Won. Irsyad tunjuk kedai dia, kecil je. Dan macam kaunter tiket parking. Bukan kedai. Currency rate 1000 won = rm 3. Murah gila okay. 

Ni lah kedai ahjumma Money Exchange tu. Kecik kan? Macam toilet. Bye.

Then baru boleh shopping. Sampai-sampai je kedai noona souvenir, unnie tu panggil Irsyad, Alisha. Unnie tu dah kenal Irsyad okay. Nampak sangat customer tetap. Tak tahulah mana datang asal usul Alisha tu. Tapi tu la yang unnie tu sebut untuk panggil Irsyad. Dan semasa kami sibuk-sibuk pilih souvenir apa nak bagi dekat anda semua, unnie tu bagi kami yakult. Setiap seorang dapat satu okay. Murah rezeki sangat unnie tu.

Setengah jam lebih juga dekat kedai unnie tu. Next Irsyad bawa kami ke bangunan yang penuh dengan kerongsang dan batu-batu berkilauan. Bersinar-sinar mata aku. Aku ingat shopping keychain je, tak tahu pula ada kerongsang banyak-banyak macam ni. Lari bajet guwa babe.

Sheda dan Hidayah sibuk memilih kerongsang.

1.00 petang.

Lama juga la aku, Sheda dengan Hidayah dekat kedai kerongsang ni. Pilih punya pilih, belilah dua tiga biji kerongsang. And kami girls beli rantai sebagai tanda kami bertiga jalan bersama. Sweet kan? Hiks.

Irsyad bawa kami masuk ke dalam satu bangunan. 'Okay nak shopping apa pula dekat sini?' 'Kita nak solat la.' K.

Dah masuk zuhur rupanya. Solat tepi tingkap bangunan, nampak pemandangan sebahagian Namdaemun Market, depan tangga kecemasan. Agak tersorok dari orang ramai. Cantik tempat solat kita hari ini. Haha.

Next, kami berjalan kaki ke Myeondong. Makan tengah hari yeay!

Diorang masak depan mata. So kau boleh tahu apa yang dia masukkan dalam makanan kau.

Muka lapar. Nama makanan: Marinated Seafood Fried Rice plus Ramen.

Selepas kekenyangan, kami naik bas sehingga ke Yeoido Park, dan Irsyad tinggalkan kami not-so-terkapai-kapai di taman nan indah itu untuk ke kelas.

Muka kekenyangan.

Sekitar Myeongdong. 

Banyak GILA kedai FaceShop, Nature Republic dekat sini. Kalau banyak duit shopping aku, memang dah masuk semua kedai.

Sesampai kami di Yeoido Park, Irsyad bagi direction untuk ke destinasi seterusnya. 'Dari sini, kau terus je, lintas jalan lepas tu masuk kiri. Lepas tu nanti nampak la bangunan tu.'

Kedengaran mudah bukan? Tapi kami sesat. Kawasan ni macam kawasan bangunan pejabat. Berblok-blok juga la. Besar. Bila dah sesat jauh, hujan pula, ditambah dengan sejuk angin, plus dingin mood Zahid, memang sejuk gila babe.

Taman dalam bandar. Sempat ambil no telefon Irsyad ketika ini.

Walaupun dah ada nombor telefon Irsyad, kami tak jumpa public phone. Selalunya ada je, tapi kali ni tak nampak. Tanya jalan pada orang yang bekerja, pakai coat, diorang pula tak tahu cakap english. Jalan sampai entah ke mana, akhirnya jumpa Korean yang boleh cakap English dan kami berada dijalan yang benar untuk ke destinasi kami.

Nampak tak mood Zahid okay sikit?

Masa ni Zahid dah boleh bergelak ketawa dah. Mood okay. Dah tak payah pujuk.

Masa ni hujan agak lebat. Buka payung, payung bengkok kena tiup angin kuat. Bertambah kuat bila bangunan tinggi disekeliling. Hampir 1 jam berjalan kaki, akhirnya kami sampai ke destinasi.

4.30 petang.

63 building.

Kepenatan. Kesejukan.

Lepas beli tiket masuk, kami lepak sekejap. Penat gila weh. Jalan jauh pusing-pusing blok pejabat yang tinggi-tinggi. Kami beli tiket package Big 4 yang terdiri daripada entrance ticket for 63 IMAX theater, 63 Sea World, 63 Sky Art and 63 Wax Museum.

5.40 petang.

IMAX theater. 3D penguin.


Tajuk cerita macam best kan? Nampak pakai spect pun macam smart kan? Siap ada translator ala-ala walkman lagi. Dah macam spy pula rasa. Theater dia memang besar weh. Tapi cuma ada kami 4 orang, dengan abang adik korea yang comel. Capacity untuk 502 orang hanya diisi 6 orang penonton.

Bila cerita start, tajuk cerita King Penguin. Aku ingat cerita cartoon macam Madagascar tu. Rupanya bukan. Dokumentari tentang baka King Penguin. Memang tu nama penguin tu.

6.20 petang.

Sedar-sedar cerita penguin dah habis. Aku tertidur rupanya. Serius bosan sampai tertidur. Sedap gak tidur lepas penat berjalan.

63 Sea World.

Ala-ala Aquaria Klcc. Banyak ikan-ikan dalam akuarium. Berwarna-warni. Ada satu part kau boleh berdiri atas air. Takut siut. Aku membayangkan cermin tu pecah, dan kami jatuh dalam tu. Dah la dalam akuarium tu ikan yu weh.


Nampak kan muka aku takut?

Serius takut. Lepas tu dalam Sea World ni ada juga binatang eksotik, hamster, dan beberapa binatang berbulu kecil yang lain. Ouh, dalam ni pun ada penguin juga.

Dan ada memerang. Part memerang ni menarik sikit. Ada akuarium untuk memerang dan akuarium ikan yang diasingkan tapi ada laluan untuk memerang tu ke akuarium ikan. Kitorang dapat tengok live macam mana memerang tu tangkap ikan untuk makan. Tangkap ikan untuk main-main. Kesian weh tengok ikan tu. Terseksa. Kalau tangkap makan terus tak apa juga. Ni tangkap, makan sikit, lepas tu lepas kan balik. Ikan tu dah nyawa-nyawa ikan dah. Hmm. 

Memerang yang berpindah dari satu akuarium ke akuarium yang lain.

63 Sky Art.

Galeri seni di tingkat 63. Sangat awesome la babe. Aku suka gila tempat tinggi. Galeri seni dia tak menarik sangat pun. Biasalah ada lukisan-lukisan. Tapi aku bukan orang seni.

Shida dan Hidayah bersungguh siapkan art diorang.

Ada satu part ni, nama dia bit-design kot. Asalnya ada tulisan lain, tapi diorang tukar. Nak menunjukkan kitaorang datang dari Malaysia, so we did this. MAS 14 - Malaysia 2014.

Cool kan?

Pemandangan Seoul dari tingkat 63.

Next, 63 Wax Museum.

Actually aku takut masuk museum ni. Dalam otak aku selalu membayangkan patung-patung lilin ni akan hidup dan bergerak. Dekat sini aku paling sikit ambil gambar dan bergaya. Sebab takut.

Jadi pelukis tiba-tiba.

Main piano la pula.

Hidayah tengah sapa Michael Jackson tu.

Aku tengah bawa spaceship ni. 

Actually tak ada apa sangat la dekat 63 building ni. Macam tak payah pergi pun tak apa kot. Dah la sesat-sesat bagai.

8.30 malam.

Maka berjalan pulanglah kami setelah selesai. Cari subway station yang terdekat. Jalan balik tu sebenarnya main jalan je. Redha je, asalkan sampai.

Salah satu jalan yang kami lalu. Macam dalam anime.

Mood Zahid dah okay. Aku agak kagumlah dia boleh bersabar dengan kerenah 3 gadis. Harapnya terus bersabar sampai habis.

9.15 malam.

Sampai di guesthouse. Masing-masing kelaparan sebab sejuk dan penat. Jadi kami makan rameon yang Irsyad bagi tadi dan maggi sebagai makan malam.

Gambar report dekat abah.

Sambil makan sambil bincang perjalanan esok. Sambil tunggu baju siap basuh. Habis makan, tidur awal. Esok perlu bangun awal. Sekian, tamat hari ketiga.

Perbelanjaan:
Shopping keychain        20,000 won
Kerongsang                     18,000 won
Makan                                6,500 won
Tiket 63 Building            38,000 won
Total                                  82,000 won

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^