follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Thursday, November 20, 2014

Dream Vacation : Day 4 Seoul - Busan, South Korea.

Assalammualaikum.

Hari keempat. Rabu. 22 oktober 2014.

Hari ini kami bangun awal. Lepas subuh terus siap-siap. Tak nak kena marah dengan Zahid lagi. 

8.00 pagi.

Sarapan. Tak ada orang sebab kami awal sangat turun hari ini. Dan kami terkejut plus terharu sebab Malaysian lain sangat baik hati tinggalkan makanan untuk kami. 

Ada maggi, serunding, tuna dan banyak lagi.

Maka pagi itu kami makan roti, scramble dan serunding. Kenyang!

Hari ni tak hujan, yeay! So naik subway dengan bahagianya.

9.30 pagi.

Lotte World Adventure Park.

Jamsil station, line 2, exit 4. Terus sampai bangunan dia. Beli tiket, dan masuk. Tak ramai orang. Sampai-sampai je terus cari roller coaster. Sheda dah warned awal-awal, kalau dia pening main satu game, dia stop tak nak main.


Dari indoor, sampai ke outdoor, kami tak jumpa mana nak cari roller coaster dia. Bila tanya orang, end up kami naik..

World Monorel.

Yep, this is our first ride. Monorel untuk kanak-kanak pusing satu Lotte World. Mentally prepared nak naik roller coaster yang laju, tiba-tiba naik monorel slow. Hmm.

Lepas tertipu, kami tanya pekerja dekat situ, dekat mana roller coaster sebenar. Tingkat dua, indoor. Jumpa. French Revolution. Roller coaster indoor, tak sampai 2 minit. Tak puas jerit.

Next, kami keluar pergi outdoor. Magic Island. First game..

Selfie jap.

Bungee.

Ala-ala spaceshot Genting. Tapi rendah sikit, tapi still menakutkan. Sheda dah tak main sebab pening main roller coaster dalam bangunan. So dia ambil gambar je. Next game..

Swing Tree.

Lepas naik ni Hidayah dah pening-pening. Aku pun. Duduk relax sekejap. Seterusnya..

Gyro Spin. Nampak tak muka Zahid dengan Hidayah muka bosan?

Masa ni Zahid dengan Hidayah je yang main. Aku dah pening-pening lalat. Duduk ambil gambar teman Sheda sekejap. Plus nampak macam tak mencabar je.

Then jalan-jalan sekejap, jumpa bangunan kecil. Ingatkan muzium ke apa. Sebab dah mula ramai yang beratur. Rupanya bila masuk bawah tanah, roller coaster dalam bangunan lagi. The Comet Express. Haha kesian Sheda, sebab dia pun ikut beratur sama.

Credit picture google.

Next, paling best, Gyro Swing. Swing dia tinggi gila weh. 90°++ aku rasa. Aku duduk menghadap tasik. Rasa macam nak bunuh diri pun ada gak main benda alah ni. Tapi, SERIUS BEST!

Then beratur dah mula panjang. Sebab dah tengah hari. 30 minit juga beratur nak main ..
Atlantis. Roller coaster outdoor.

Akhirnya jumpa juga. Walaupun sekejap je, tapi yang ni lebih awesome daripada dua roller coaster yang kami main sebelumnya.

Habis games dekat luar. Aku kelaparan. Untuk pertama kalinya, aku beli churros. Sedap. Luar rangup bergula, dalam liat macam tepung pulut. Aku suka. Sheda boleh telan. Hidayah so-so je.

Indoor Lotte World.

Lepas makan Sheda baru ada mood nak main. Aku dengan Sheda main sampan dekat sungai, Flume Ride. Hidayah dengan Zahid dating main kapal ala-ala PirateShip, tapi dekat sini nama dia, The Conquistador.

Hidayah teringin nak ambil gambar dengan budak-budak ni. Semua muka pau.

Dah penat main. Tiket untuk sehari, tapi kita main setengah hari je. Okay la juga. Puas la juga main. Sebab petang-petang orang da mula ramai. Tak kuasa la aku nak beratur panjang-panjang.


Sebelum balik, perlulah kita menunaikan kewajipan kepada Tuhan. Nampak tak solat dekat mana? Dekat tangga kecemasan. Cool babe. Bila lagi nak buat macam ni, tak tahulah.

4.00 petang.

Cheonggecheong Stream.

Sungai lama untuk penduduk basuh kain, dimajukan jadi sungai cantik ni. Berhadapan Geongbukgung Palace. Kau boleh bayang tak macam mana kampung berhadapan dengan istana dulu? Macam dalam drama tu.




Air dia jernih. Sesejuk mata memandang, sesegar udara disedut.


Dah alang-alang hari tu tak sempat nak pakai Hanbook, try pergi palace tu balik. Tapi dah tutup sebab dah pukul 5.00 petang. Kecewa juga sebenarnya. Masa ni ada ramai polis berkeliaran. Tak tahu kenapa.

5.30 petang.

Naik subway, kami pergi ke Hongik University. Jalan-jalan sekejap sampai kami jumpa..

Tangga dekat setiap subway. Kurus duduk korea.

Trick Eye and Ice Museum.

Asalnya memang kitorang nak pergi Trick Eye Museum je. Sebab popular juga la kan. Tak tahu pula tiket dia termasuk sekali Ice Museum. Lepas beli tiket, unnie kaunter bawa pergi satu pintu. 

Bila buka pintu, kami masuk, dia tutup pintu. Ada penunjuk temprature dekat situ. -16°c. Sejuk. Gila.



Ice Museum ni kecil je. Dekat dalam dia ada culpture yang dibentuk. Cantik. Tapi agak gelap.





Sekejap je dekat dalam ni. Keluar daripada azab kesejukan. Macam ni agaknya berjalan dalam winter. Next,..

Trick Eye Museum.

Besar juga tempat dia. Ada macam-macam gambar yang kau boleh gayakan. Tengok gambar lah! Malas nak cerita.


Kau pernah ke bawa kuda?

Sheda memperkecilkan aku.

Kesian Sheda tak ada orang layan.

Tolong la selamatkan budak ni.

Sheda artis paling popular.


Tolong la selamatkan budak ni lagi sekali.


Hidayah terapung. Kau mampu?

Dah penat bergaya, kami lapar. Naik subway, sampai ke Sindang. Jumpa Irsyad, dia bawa kami ke restoran ini.

Ramai retis korea makan dekat sini.

Sindang memang famous dengan tteokbokki. Yang ni Hidayah, Zahid dengan Sheda yang mengidam. Dari hari kedua asyik tanya Irsyad pasal tteokbokki ni. Aku tak tahu menda.

Tukang gaul.

Nampak tak? Sheda ajar aku cara makan.

Sedap juga la tteokbokki ni. Kuah macam mee rebus, tapi tteokbokki tu sendiri macam laksam yang dimampatkan. Tapi kenyal-kenyal sikit. Gittuw cara explain. Hahaha

Abc Korea. Lol lupa nama. Haha.
*Patbingsu nama dia. Irsyad dah betulkan.*

Wajib selfie sebelum makan.

Masa dalam restaurant ni, ada dimainkan videoclip lagu-lagu Kpop. Sepanjang kami makan. MASA NI LAH! baru aku tahu Zahid Kpoper tegar. Dude, setiap lagu yang dipasang, tak payah tengok videoclip, dengar intro lagu je, dah tahu siapa penyanyi, tajuk lagu apa. Tak kisah la penyanyi lelaki ke perempuan, solo ke group. Dahsyat Zahid ni. Irsyad yang duduk Korea pun tak tahu semua lagu. Ingatkan masa sekolah rendah je genius. Zahid Kpop. Sekian.

Muka kenyang.

Awal lagi untuk kami balik. Jadi Irsyad bawa kami ke..

Dongdaemun Night Market.

Keluar je kami dari station subway, ada ahjuhsi ni ikut je kitorang. Dia ingat kami sesat agaknya. Irsyad borak-borak dengan dia, dalam bahasa korea of course, dari station jauh sampai ke destinasi kami. Sebab aku tak faham diorang borak apa, so kita ambil gambar lah.


Menarikkan bangunan dia? Nampak moden.

Dekat pasar, kami tolong Sheda belikan spect hitam untuk adik dia. Nice juga la. Malam dan sejuk tak dapat dipisahkan. Tapi aku nampak ice cream.


Cone dia diperbuat daripada jagung. Panjang cone dia macam batang payung. Then dia isi sepanjang cone tu dengan ice cream coklat. Sedap!

Penat dan balik. Esok paling tak sabar. Wuhoo!

Perbelanjaan:
Lotte World                  46,000 won
Churros                           3,000 won
Trick Eye Museum       15,000 won
Makan (tteokbokki)      5,000 won
Ice cream                        3,000 won
Total                                72,000 won

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^