follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Thursday, November 20, 2014

Dream Vacation : Day 5 Seoul - Busan, South Korea.

Assalammualaikum.

Hari kelima. 23 oktober 2014.

Hari ini Irsyad exam paper English. Like a boss. Tak payah study. English je kot. Kau paling pandai dekat Korea paper english. Dia akan teman kami sampai ke next destination, and Irsyad suruh keluar guesthouse pukul 10.

As you wish, pukul 10.30 pagi kami jumpa dekat..

Namdaemun Market.

Ye, kami tak habis shopping lagi. Masa mula-mula pergi, kedai jual baju tutup, hari ni baru dia buka. So hari ini kita beli baju I Love Korea, baju Running Man. 

Menarik dekat Namdaemun Market ni, peniaga dia dah biasa dengan orang Malaysia agaknya. Cara dia nak panggil customer,

'Hey, abang kachak. Masuk. Murah murah.'
'Adik comel, mari masuk. Baju murah.'

With accent korean of course.

Sheda muka bahagia nak shopping.

Zahid tengok apa tu?

'Tiga sepuluh ribu' 'cantik-cantik' 'es-se (saiz s) merah'

Next, kami datang lagi kedai noona Alisya. ada keychain yang tak cukup nak bagi korang.

Gaduh nak beli keychain apa.

Noona comel! Baik, ramah, murah rezeki.

11.30 pagi.

Kami menuju ke Yongsan station. Naik ITX 1 jam perjalanan untuk ke..

Nami Island!

Gapyeong station.

1.00 petang.

Tunggu bas untuk ke jeti. Ramai sangat umat manusia. 30 minit kemudian sampai ke jeti.

Masa nak beli tiket lagi laaaa Masyaallah ramai gila. Dengan rombongannya lagi. Nak beli tiket kena beratur panjang. Feri penuh.

Ada cara lain nak ke Nami Island dari jeti. Flying Fox. Peh, awesome weh. Kalau aku kaya, aku naik flying fox je pergi Nami.

Tinggi dan jauh flying fox dia.

Akhirnya dapat juga tiket. Nak naik feri pun kena beratur lagi. Sekejap je naik feri. Dalam 10 minit. Then sampai ke pulau.



Sampai-sampai je terus solat. Irsyad tunjuk surau dan balik. Exam pukul 4. Lepas solat, kami survive cari makan tengah hari.

Beef kimchi.

Satu-satunya restoran halal (rasanya) dekat Nami. So kami berani nak makan sebab ada surat tanda halal dari islamic korean association.

Restoran ni cantik!

Dah kenyang, kami jalan-jalan sekitar Nami. Ramainya orang. Tetapi Nami masih cantik dengan pemandangan musim luruh. Automatik bermain lagu Sonata Musim Salju dalam otak aku.



Ada sewa basikal. Aku paksa semua orang sewa sekali. Couple bicycle. Sewa satu jam. Padan muka semua orang.

Pusing satu pulau naik basikal. Nampak tempat cantik je, berhenti ambil gambar. Kebetulan cahaya petang tu cantik sangat! Memang bukan ciptaan manusia. Sangat perfect.


Sudikah anda?

My first maple leaf. :')


Gambar dari atas basikal.

Oleh kerana aku duduk belakang, tak memerlukan usaha sangat untuk kayuh, jadi aku ambil gambar sekitar pulau. Padan muka Zahid kena kayuh.




Acah-acah nak lompat tapi tak jadi. Muka entah pape.

Dah penat cubaan melompat.

Camera trick tak jadi. Kahkah.


Jalan pusing satu pulau tanpa sedar, lama juga kami dekat sini. Tak nak balik. Serius.

6.00 petang.

Dah mula malam, orang dah ramai balik. Jadi kami pun balik lah.



Semalam aku cakap dengan Irsyad aku teringin nak makan seafood. Okay dia bawa. Lepas balik Nami Island, kami makan ikan bakar. Irsyad kata kedai tutup pukul 9. Kelam kabut nak pergi kedai makan tu.

Sampai ke Yeongsan pukul 7.30 malam. Dari Yeongsan nak ke destinasi, 30 minit. Sampai Sinchon station, sesat pula nak cari kedai makan tu. Nak call Irsyad, tak jumpa public phone.

9.00 malam.

Cari wifi sampai jumpa, at last dapat juga contact Irsyad. Paling penat jalan kaki terkejar-kejar aku rasa. Sampai juga ke kedai makan.

Sotong dia sedap!

Dah dapat makanan, masing-masing kepenatan, senyap je semua. Fokus gila makan. Dan pertama kali juga aku makan sotong mentah. Erk.

Abaikan muka Sheda. Kahkahkah!

Lepas makan, kami berjalan-jalan sekitar Sinchon. Ada busker, ada pertunjukan basikal yang telah di modified, kalau kau berjaya naik dan kayuh basikal tu, kau dapat teddy bear besar gila sama besar dengan aku besar lagi.


Siapa sangka, malam ini malam terakhir kami di Seoul. How time flies. Rasa macam nak stay lebih lama dekat Seoul, padahal dah extend hari kot, tapi masih tak puas.


'Dah sampai sana bagitahu aku.' Kata Irsyad dengan nada sebak. Lol.

Berpisah dengan Irsyad di Sinchon. Semoga kita berjumpa lagi Irsyad. *kah! Macam dah tak jumpa langsung dah.* Tapi aku sedih sebenarnya time ni. T.T

Sampai guesthouse, kemas-kemas untuk perjalanan esok yang panjang.

Perbelanjaan:
Shopping                           40,000 won
ITX to Nami (return)         9,600 won
Entrance tiket Nami        10,000 won (sepatutnya 8,000)
Makan di Nami                  9,800 won
Basikal di Nami                  5,000 won
Makan (seafood)                 7,000 won
Total                                      71,400 won


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^