follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 22, 2014

Dream Vacation : Day 6 Seoul - Busan, South Korea.

Assalammualaikum.

Hari keenam. 24 oktober 2014.

11.00 pagi.

Hari ini kami saja bangun dan keluar lambat. Sebab hari ini hari terakhir di Seoul. Sedih. Sementara menunggu tiket jam 3 petang, kami bersiar-siar dahulu.

Ewha Women's University.

Keluar dari guesthouse, semua kedai-kedai baju, kasut telah dibuka. Rambang mata rasa nak shopping lagi. Tapi tahan nafsu, sebab kita masih ada lagi 3 hari di Korea.

Sekitar kawasan luar University.

Pelajar university di Korea sangat bangga dengan university diorang. Dekat mana-mana pakai jumper uni. Bukan student Ewha je, university lain pun.

Salah satu kedai di kawasan Ewha.

Saja jalan nak tengok university diorang macam mana. Bila masuk, ...

Besar dan cantik gila!

Entrance.

Bila masuk dalam ni, aku membayangkan perbezaan Universiti Malaya dengan Ewha Women's University. Jauh panggang dari api. Dari segi infrastruktur dan taman-taman, Ewha sangaaaaaat lah cantik.

Kanan kiri kitaorang ni tempat study diorang.

Saja ambil gambar dengan student Ewha yang tengah makan dekat tangga.

Dekat sini, kau nak lepak dekat mana-mana pun boleh. Sebab tak panas terik. Kalau dekat Malaysia, kau duduk lepak dekat taman terbuka, habis sunburn. Unless hujan lah.

Taman ni atas bangunan tempat study tadi.


Tambah pula tengah musim luruh, memang cantik sangat lah.


Nampak tak? Bawah tu bangunan, atas tu, kanan kiri taman.

Aku suka ambil gambar ala-ala one direction ni.

Sheda nak tukar universiti.

12.30 tengah hari.

Perut mula lapar. Sebab dari hari pertama nak makan alchon, tak sempat-sempat. Balik je kedai dah tutup. So kami makan untuk kali terakhir. Dekat mana nak cari alchon dekat Malaysia?

Kedai dia kecil je, tapi ramai orang.

Dah habis makan. Maka kami bertolak ke Seoul station untuk naik Mungunghwa Train.

Seni di Seoul Station.

2.00 petang.

Kami sampai awal sejam. Tak tahu nak buat apa. Just duduk dan tunggu.


3.00 petang.

Akhirnya tiba masa untuk kami bertolak. Selamat tinggal Seoul, untuk selamanya. (Harapnya satu hari nanti akan sampai ke sini lagi.)

63 Building.

5 jam perjalanan. Sangat bosan. Bangun tidur bangun tidur balik. Pening kepala aku. Rasanya train ni dah cukup laju, tapi tak sampai-sampai.

Selfie bosan.

Nak cakap laju dia, bila train ni lalu terowong, telinga kau rasa berdesing, sakit. Pressure teruk.

Selfie dah sampai. Dengan kotak ramen nya.

8.30 malam.

Sampai la kami di destinasi.


Busan.

Atmostphere yang agak berbeza. Sampai je kami di Busan, terus check in hotel. Disini masalah pertama bermula. Busan boleh dikatakan kawasan yang ala-ala kampung. Belum habis moden macam Seoul. Penduduk dia ramah orang kampung.

Jadi maksudnya, mereka semua totally zero english. At least dekat Seoul diorang faham, tapi tak tahu nak jawab.

Masa nak check in, berlaku masalah komunikasi. Ingat tak? Irsyad kami tinggalkan di Seoul. Di Busan kena pandai-pandai sendiri. *sepatutnya.*

Aku nak cakap aku dah book 2 bilik untuk 3 hari 2 malam. Dah siap tunjuk screenshot booking number dekat ahjumma tu. Tapi dia tunjuk nama orang lain. Aku cakap english, dia cakap korea. Hah sudah. Macam ayam itik.

Solution, call Irsyad. Minta tolong dia cakapkan dekat ahjumma receptionist tu. Irsyad call hotel, 3 minit, settle. Kami boleh masuk. Sejak dari itu, Irsyad kena on-call 24 jam. Dah macam doktor.

Dah dapat kunci, masuk bilik. Hah kau, ni bilik kami dapat.





Besar gila babe. Cantik pun cantik. Kau boleh main lari-lari dekat dalam ni.

Bawah ni bilik Zahid. Tak adil sikit sebab dia duduk seorang dekat bilik besar. Aku, Sheda dengan Hidayah kongsi tiga orang.



Dah letak-letak barang, semua orang kelaparan. Tak tahu nak makan dekat mana, nak makan apa. Sebab area hotel kitaorang ni macam sunyi sikit. Tak ada tempat makan. Dan rupanya hotel kami ni adalah love hotel. Hotel murah macam dekat Malaysia untuk couple beromen. *heh, maaf korang. salah Nisa main book je dekat booking.com tu*

So end up kami turun, pergi ke convenient store ala-ala 7e. Beli mangkuk, beli banana milk, dan ambil chopstik banyak-banyak. Ouh sebenarnya sepanjang dekat Korea, bila kitorang haus je, beli banana milk. Sebab benda ni ada dekat mana-mana. Dan sedap. Dan tu je benda boleh minum. Lol.


Ini lah makan malam kami untuk hari pertama di Busan. Rameon yang kami beli sekotak dari Irsyad dan banana, melon dan strawberry milk. Kenyang la kami untuk malam itu.

Perbelanjaan:
Makan (alchon)               3,500 won
Seoul-Busan tiket          28,500 won
V-Hotel                            60,000 won
Kos mangkuk dan air     3,000 won
Total                                 95,000 won  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^