follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 22, 2014

Dream Vacation : Day 7 Seoul - Busan, South Korea.

Assalammualaikum.

Hari ketujuh. 25 Oktober 2014.

8.30 pagi.

Bangun tanpa sarapan, iron tudung guna hairdryer. Bermula perjalanan kami ke...

Gamcheon Cultural Village.

Dari Myeongyun station ke Toseong station. Selepas itu kami naik bas sehingga ke puncak Gamcheon Cultural Village. Tinggi tempat ni rupanya. Macam biasa lah, pemandu bas dia, naik tempat tinggi pun laju gila.

Ouh, macam mana kami tahu jalan tanpa Irsyad? Google.


Muka aku sangat bahagia.

Ye lah, sebab aku yang beriya nak datang Busan, nak pergi tengok sendiri kampung warna-warni ni. Akhirnya sampai juga. Yeay!




Tengah jalan-jalan, tiba-tiba ada noona tanya. 'Can i take your picture?' Sambil tunjuk ke arah kami semua. Dia nak ambil gambar kami beramai-ramai. Guna dslr besar dia. Bukan sekali snap, banyak kali okay. Banyak kali. 

Malu sebab banyak kali sangat ambil gambar.

Lepas dia ambil gambar, dia minta email Sheda. Dia kata dia akan email gambar tu dekat Sheda. Rupanya dia memang photographer. Dan dia ada beg National Geographic. Mungkin kah gambar kami akan keluar di ensiklopedia national geographic? Hmm.

Duta banana milk.

Nampak tak? Minum banana milk sebab lapar sebenarnya. Sarapan aku untuk hari itu.

Budak kecik yang sangatlah comel.

Seterusnya, bila dah sedar tak ada apa-apa dekat sini sebenarnya, maka kami berjalan pulang.

Sheda tahan teksi. Pakcik teksi tu sangat pandai speaking. Rupanya dia pernah duduk dan kerja dekat Terengganu 10 tahun yang lepas. Zahid, Sheda dengan Hidayah galak berborak dengan pakcik teksi.

Tanya macam-macam. Dan ahjusshi tu cerita macam-macam. Aku mampu gelak je. Semangat budak-budak ni jumpa ahjusshi yang boleh speaking. Dan ahjusshi tu pesan, kena pergi awal ke Gwanggali Beach, sebab nanti ramai.

5 minit naik teksi dan kami sampai ke..

Jagalchi Fish Market.

Tempat ni pun aku juga yang nak pergi. Tak tahu nak cari apa. Aku cuma nak tengok je. Dan orang kata seafood dekat sini sedap.


Nampak fresh weh ikan-ikan dia. Sotong besar-besar bak ang. Ketam jenis king crab. Sebesar kepala aku.


Kitorang dah masuk dah satu kedai seafood untuk makan tengah hari. Sebab aku dah mula lapar. Tapi mereka-mereka ini tak nak makan. So keluar balik. End up kami pergi ke Busan Station, cari Lotteria.

Makan tengah hari.

Macam mc donald la juga. Makan shrimp burger. Boleh laa.

Lepas makan, dah tak tahu nak pergi mana. Jalan ke depan sikit nampak..

China town.

Masuk dan jalan-jalan. Tak ada apa. Kedai souvenir pun macam hidup segan mati tak mahu. Kalau malam, hidup la kot tempat ni.


Muka bosan.

Sebab dah tak tahu nak buat apa, jalan-jalan kami jumpa public phone. Keluarkan duit syiling. Call Irsyad. Ye, call Irsyad.

'Hello. Anyyeongsayo!'
'Hello. Sape ni?'
'Haha Irsyad! Boriiiiinnnggggggg.'
'Hahahahahahaha'

Mengadu macam-macam dekat Irsyad. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak pergi mana. Tak tahu nak makan apa. Irsyad gelakkan je dari tadi. 5 minit call.

Abaikan muka Zahid.

Next, kami ke Dusil Station. 40 minit perjalanan.



Nampak tak muka penat?

Islamic Center, Masjid Al-Falah.

Sebab sejuk di luar, kami duduk rehat dan solat di sini. Sunyi. Tenang je rasa. Sebelum masuk, jumpa orang Malaysia. Aaaa rasa nak peluk diorang! Haha.



2.30 petang.

Kami keluar masjid, dan bergerak ke next destination. Kami ikut nasihat ahjusshi tu untuk gerak awal. Takut ramai orang. 40 minit perjalanan.

Gwanggali Beach.

Kebetulan dan kami sangat beruntung. Sebab masa kitaorang datang ada festival.

10th Busan International Fireworks Festival.

Disepanjang laluan untuk ke pantai, ada banyak gerai-gerai kecil jual makanan. Serius lapar. Masuk convenient store lagi. Beli banana milk *lagi* dengan snack yang halal dimakan. *search di FB Halal Korea*


Mula-mula sampai tak ramai sangat. Ada banyak tempat kosong kami nak duduk. Tapi tak ada lapik. Beli lapik dekat ahjumma. Cop tempat, dan lepak tepi pantai. Sejuk babe.


Makin lama, makin ramai orang. Seboleh mungkin orang yang baru sampai nak duduk menyelit. Yang couple tak payah cerita lah. Sweet banget baring-baring atas peha bagai.


Tunggu punya tunggu, lambat gila nak tunggu malam. Kau bayangkan dari pukul 4 petang sampai 6 petang, termenung tengok orang dan ambil gambar. Dan tertanya-tanya, Irsyad ada awek ke tak eh?

6.00 petang.

Dah mula gelap. Tiba-tiba meletup satu bunga api. Satu je. Saja buat orang excited nak tunggu.


7.00 malam.

Meletup lagi satu bunga api. Kali ini lebih besar dari sejam sebelum. Lagi laaahh tak sabar nak tunggu hoi! Masa ni aku rasa nak marah je dah. Lama kot tunggu.

Diamond Bridge.

8.00 malam.

Totally gelap. Hanya diterangi cahaya lampu bangunan dan bintang-bintang yang berkerlipan. Wah!


8.15 malam.

Bermulalah Fireworks Festival! Wuhoo!



Sangat awesome weh! Satu bunga api tu memenuhi langit malam yang gelap. Jadi terang benderang. Bukan satu color je, berwarna warni! Aaa aku teruja gila! Sepanjang show 1 jam aku senyum sorang-sorang kot. Sebab aku suka gila benda ni. Fireworks paling awesome dalam hidup aku.



Paling teruja tengok bunga api bentuk love.

Aku cuba upload dari gallery video sendiri, tapi tak boleh. So korang tengok dari youtube la eh. Sama awesome. Aku tengok balik pun meremang bulu tengkuk.




9.30 malam.

10th Busan International Fireworks Festival berakhir. Pejam celik, rupanya malam ini adalah malam terakhir kami di Korea. Argh! Tak nak balik!

Namun begitu, aku rasa, fireworks festival adalah penutup vacation yang terbaik sepanjang kami seminggu di Korea. Tak menyesal walaupun tunggu lama dan kesejukkan.

11.00 malam.

Sampai di hotel kelaparan. Makan maggi dan banana milk. Masing-masing kepenatan.

Perbelanjaan:
T-money                            15,000 won
Banana milk dan snack    8,000 won
Lotteria                                6,000 won
Teksi                                     1,000 won
Call Irsyad                          1,500 won
Lapik duduk                       2,500 won
Total                                    34,000 won

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^