follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 22, 2014

Dream Vacation : Day 8 (Finale) Seoul - Busan, South Korea.

Assalammualaikum.

Hari kelapan. 26 oktober 2014.

Hari ini hari terakhir kami di Busan, Korea. Memang plan nak bangun lambat. Kemas-kemas beg untuk balik ke Malaysia.

11.00 pagi.

Check out hotel.

Lorong belakang hotel.

Lambat lagi nak tunggu check in airport. Jadi, kami letak beg di airport, dan sambung berjalan.

Heaundae Beach.

2.00 petang.

Kenapa jauh jarak masa? Sebab jarak perjalanan dari Gimhae station ke Haeundae station makan masa 40 minit. Pergi balik hampir 2 jam. Ini pun berjalan laju nak ke pantai.

Sampai pantai je, aku rasa nak menjerit. Nyaman nya udaraaaaa!! Air dia jernih, sejuk rasa nak mandi.


Pantai yang terletak dekat dengan bandar. Pantai ni cantik. :')


Duduk, lepak dan makan snack. Baki snack semalam. Berkelah 30 minit.

Muka bahagia.

Again, sebab aku yang beriya nak datang pantai ni. Sampai juga. :')

3.30 petang.

Bergerak balik ke Gimhae International Airport. Sebelum balik, singgah kedai 7e dekat station. Beli susu ini..

Sedap!

4.15 petang.

Gimhae International Airport.

Check in beg, tiket, settle. Ada lagi 10 minit untuk solat asar zuhur.


4.50 petang.

Masuk gate, dan terus ke kapal terbang.


5.00 petang.

Kapal mula bergerak. Sebak. Selamat tinngal Korea. Selamat tinggal Busan. Selamat tinggal Seoul. Selamat tinggal Nami. Bila lagi akan sampai ke sini?


Atas flight, semua orang kelaparan. Lasr makan snack masa berkelah dekat Heaundae Beach. Order makanan dekat pramugari cantik.

8.00 malam.

Makanan baru sampai. Dua jam tunggu makanan. Masing-masing berzikir lapar.
Dah dapat makanan, senyap masing-masing. Zahid tak cukup makan satu, beli Nasi Briyani pula.

Nasi Goreng Air Asia.

Belakang kami ada ahjusshi dengan ahjumma. Diorang nak jalan-jalan dekat Malaysia. Masalahnya, diorang ni excited lebih. Sepanjang perjalanan subhanallah bising sungguh. Sabar je nyah.

Busan-Malaysia

10.20 malam.

KLIA2, Malaysia.

Alhamdulillah selamat sampai di KLIA2. Ketua pramugari mengumumkan ketibaan dan suhu Malaysia.

30°c. I was like, 'whaatt? Kenapa panas sangat malaysia nih?'

Maka berpisahlah kami berempat di airport. Family Sheda hantar aku ke UM. Hidayah pulang ke Putrajaya. Zahid balik Shah Alam.

11.45 malam.

Esok isnin. Kelas aku pukul 8.00 pagi. 60-40 nak pergi.

Perbelanjaan:
Sewa locker bag                 5,000 won
Air hershey                         1,300 won
Nasi goreng                         6,000 won
Total                                     12,300 won

Seminggu di Korea = 630,000 won/rm2000. Cukup!

P/s:

Terima kasih kepada Sheda, Hidayah dan Zahid kerana sudi melayan kerenah Anisa sepanjang di Korea.

Terima kasih banyak-banyak kepada Irsyad sebab sanggup habiskan masa tak berbayar untuk bawa kami berjalan-jalan. Dengan mid-sem exam lagi. Maaf sangat-sangat mencuri masa.

Paling terharu, terima kasih Zahid sebab sabar gilaaaaaaa jalan dengan 3 orang gadis.

Semoga kita semua berjumpa lagi. First and last cop imegration? I dont think so.

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^