follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, November 1, 2014

Dream Vacation : Preparation Seoul - Busan, South Korea.

Assalammualaikum. permulaan kisah.

28 Julai 2013. Ramadan. lebih kurang jam 6.30 petang.

kami bersahabat dari sekolah rendah. dari darjah satu sehingga darjah enam. Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah, Klang. setiap kali bulan puasa, mesti akan plan berbuka sama-sama atau beraya bersama-sama. pada tahun 2013, kami able untuk berbuka bersama-sama di Setia City Mall.


Ain. Yani. Irsyad. Zahid. gambar di atas sebelum berbuka di Nando's Setia City Mall. masa dan ketika sebelum berbuka ini lah, perbualan ini terjadi.

'jom pergi korea. irsyad ada dekat sana lagi. kita pergi masa winter.'
'bajet berapa? nak pergi bila?'
'kita kumpul duit dulu. dua tahun lagi kita pergi lah.'
'so sekarang 2013, 2015 la kita pergi eh?'
'cuti sem start bulan januari. so memang tengah winter la kan?'
'okay, jom kumpul duit siap-siap.'

siapa sangka, aku ingat borak plan tu main-main. tapi sebab dua tiga orang yang bersemangat, termasuk aku, so plan main-main jadi realiti babe.

enam bulan telah berlalu. Yani tak dapat ikut. tinggal aku, Ain dan Zahid. aku dengan Ain siap ada akaun bank khas untuk ke Korea. entah macam mana, setelah aku bercerita dengan Sheda, roommate semasa di KUAZ, Sheda pun nak ikut sekali.

maka setelah membuka laman web Air Asia setiap hari untuk check harga, dan setelah menolak tambah jumlah budget, kami tak jadi pergi masa winter. kerana kos baju sejuk, masing-masing nak latihan industri, dan juga pemandangan yang bakal disajikan semasa di Korea. siapa tak teringin main salji babe? dah la aku tak pernah merasa musim sejuk. tak mengapalah, asalkan aku ke Korea. Gitu.

pada saat akhir, Ain tak dapat ikut. tinggal aku, Sheda dan Zahid. plan masih diteruskan. aku dan Sheda listkan tempat nak pergi. Zahid check semua harga tiket masuk. pada 4 September 2014, aku book tiket. maka confirm lah kami akan ke Seoul dan Busan, Korea.

tak sampai 2015. pergi tahun ini, tak sabar punya pasal. pergi musim luruh, bukan musim salji.

tarikh tiket: 19 oktober 2014, depart KLIA2 8 am, arrive Icheon International Airport 3.20pm.
tiket balik: 26 oktober 2014, depart Gimhae (Busan) International Airport 5pm, arrive KLIA2 10.20pm.

harga tiket flight pergi balik: rm2999. untuk tiket tiga orang.

semasa berjalan ke Cameron Highland, bercerita dengan Hidayah aku bakal ke Korea, tiket dah beli, tinggal nak pergi je. Hidayah semangat cakap nak ikut. serius dia nak ikut. Serius. sanggup bayar tiket flight mahal sedikit.

makanya, aku, Sheda, Zahid dan Hidayah bakal ke Korea. One Direction tak cukup seorang.

senarai persiapan ke Korea pada musim luruh:
baju tebal
sweater/jumper
knitted top
stokin
sport shoes
wet wipes tissue
body lotion
makanan kering
rain coat/payung
international adaptor

so apa yang aku bawa untuk percutian lapan hari adalah, 5 helai baju jalan (sepatutnya nak bawa kurang pun boleh), sepasang baju tidur, tudung secukup rasa, seluar jeans (satu pakai, satu dalam beg). baju tebal dalam list adalah baju not-so-tebal sebab autumn sejuk tapi tak sesejuk winter. pandai-pandai la bajet untuk 8-15 darjah celcius punya cuaca.

bagi aku sport shoes sangat digalakkan as kau akan banyak berjalan kaki dekat Korea. nak naik turun tangga tukar transit subway lagi. ahjumma oppa nunna kat sana pun mostly pakai kasut. tak nampak la pula diorang pakai selipar jamban kat mana-mana. wipes tissue sila bawa ke hulu ke hilir. sebab kau tak akan jumpa air dalam tandas. ada pun dekat sinki. unless kau bawa botol kosong, isi air dekat sinki.

body lotion untuk mengelakkan kulit kering. lip balm pula untuk bibir kering. makanan, bawa la maggi ke, roti gardenia, serunding, nasi impit, rendang instant ke, bawa lah. rain coat/payung ni terpulang. kalau guesthouse tak sediakan payung, redah lah hujan dalam sejuk.

dah siap sibuk-sibuk kemas beg, tempat tidur dekat Busan belum settle lagi. FESKUM tengah berlangsung. seminggu terakhir sebelum berangkat. tukar duit Ringgit ke Won siap-siap. aku tukar rm2000. currency rate masa tu 1000 won = rm3.18. so dapat 630 000 won. macam kaya. beribu-ribu duit aku.

paling penting:
passport
boarding pass

sekarang, bersedia untuk menjelajah dunia.

1 comment:

Shazwani Ramly said...

Bestnya nisa. Please cepat update lagi. Nak baca, tak sabar ni hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^