follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Wednesday, March 18, 2015

First Trip 2015 : Pulau Pangkor, Perak.

Assalammualaikum.

Dah lebih sebulan berlalu, baru ada masa nak update pasal trip ni. Ni pun update dekat lab fakulti sebab internet laju. Nak harap dekat kolej diraja, hampeh. 

Pada suatu petang yang hening pada 28 Januari 2015, Fatin Nabila Khairuddin telah bertanya kepada saya, 

'Nak ikut tak pergi Pulau Pangkor next week? bajet rm150.'

Asalnya nak fikir dulu satu malam. Tak sempat sampai malam, fatin nak jawapan petang tu juga. Tanpa berfikir panjang, I'm in!

3 Februari 2015.

Lepas abah balik kerja petang tu, aku minta tolong abah hantar sampai Tanjung Karang. Alang-alang abah hantar aku, boleh balik kampung tengok atuk. Bermalam lah Nisa Muhamad di rumah Fatin Nabila untuk satu malam.

4 Februari 2015.
6.30 pagi.

Lepas mandi, solat subuh, kami terus gerak ke rumah kawan-kawan yang lain. Fatin drive. kawan baru 1, Farah Dynas. lulz. kawan baru 2, Wana. Selepas berkenalan dalam kedinginan subuh, meluncur laju kereta Fatin di jalan Tanjung Karang - Sabak - Teluk Intan.

9.20 pagi.

Bergerak berpandukan waze, akhirnya kami tiba di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut. Masuk pengkalan babe! sampai dekat pondok pengawal, ada askar tegur dengan nada yang perli serius.

'Ni nak pergi mana ni?'
'Nak pergi Pangkor bang.'
'haa tu laa, lain kali tanya orang dulu. ni laju je jalan tak nak berhenti. tunjuk ic dulu.'

Deng.
Fatin tertinggal IC dekat UM.

Lepas dah kena ceramah dengan askar laut, akhirnya kami berada di jalan yang betul. 

10.00 pagi.

Tiba di pengkalan jeti Lumut. Terlepas feri pukul 10 pagi. Naik feri pukul 10.30 pagi.

11.10 pagi.

Setelah 30 minit merentas air laut, pening sampai tertidur mati aku dalam feri. tahu-tahu dah sampai. maka bergambarlah kami acah-acah tourist oversea.


Teruja naik van pink. jauh juga jeti pangkor dengan Seagull resort, Teluk Nipah. tak kisahlah. dah check in hotel, baring rehatkan badan sebelum memulakan aktiviti.

2.00 petang.

dah sambung tidur, dah siap solat, marilah kita snorkling!


mula-mula abang Alon bawa pusing-pusing tengok pulau-pulau kecil yang ada dekat sekitar Pulau Pangkor. sekejap je, nak ambil feeling katanya.


korang nampak tak batu bentuk ikan paus?

masing-masing khusyuk dengar abang Alon cerita.

daaaannnnn sampai pun dekat checkpoint snorkling. ada satu je checkpoint dia. tapi kira okay lah. banyak la juga ikan. again, aku dapat roti dari pelancong lain. so kali ni baru betul-betul berani nak bagi ikan makan dengan tangan sendiri. 


oh, fatin dapat tangkap seekor ikan guna tangan. -_-'


haa nampak tak nisa bertudung purple dah pro bersnorkling? kahkahkah. air keruh sikit, tapi puas juga berenang-renang. diorang yang lain pun sekejap je pandai berenang.

dah sejam main anak ikan, eh, main dengan ikan, kami call abang alon, untuk bawa kami balik ke pulau besar. sebelum balik, abang Alon sambung bawa jalan-jalan lagi.


sampai ke pulau giam, abang alon berhenti sekejap. nak bagi peluang kami ambil gambar katanya. 

yang menariknya pulau giam ni, dia ada satu tambak pasir putih yang pada musim tertentu, air dia surut, dan boleh menghubungkan pulau giam dengan pulau pangkor. kita boleh berjalan diatas tambak pasir tu. semulajadi tau! bukan buatan manusia. subhanallah! tapi tempat ni memang cantik.


next, dalam pakej kami ada banana boat. abang alon bagi main dua kali. saat-saat mencemaskan bila Farah hanyut tak dapat berenang ke tepi pantai. aku nak tarik dia, tapi aku yang tertarik ke tengah. Fatin dengan Wana nak tolong, tapi kami dah jauh sangat. Semua tak reti berenang. sampai bercalar-calar Fatin nak selamatkan aku dengan Farah.

setelah kena bebel dengan abang banana boat, akhirnya kami diselamatkan.

muka selepas hanyut main banana boat.

yang tengah tu Abang Alon.
-k aku paling pendek-

balik main air, mandi bersihkan badan, siap-siap nak tengok sunset. rupa-rupanya dekat laluan nak ke hotel, ada rnr untuk burung enggang. ingatkan dekat sarawak je ada burung enggang. tapi pakcik yang terangkan pasal burung enggang tu garang sangat. jadi tak best nak layan lama-lama.
kesian dia kena paksa bagi makan dekat burung enggang dengan pakcik tu.


tak nampak keseluruhan matahari terbenam, tapi sudah memadai. :')

5 Februari 2015.

hari terakhir di pulau pangkor. van bergerak pada jam 11 pagi. sebelum balik, kami pusing-pusing buat kali terakhir dekat Teluk Nipah. sarapan dan shopping baju.


11.15 pagi.

pakcik van pink bawa kami jalan-jalan pusing satu pulau Pangkor. berhenti dekat satu tempat, ambil gambar. macam tahu-tahu je pakcik ni.


mula-mula pakcik bawa kami ke Kilang Memproses Sotong. banyak betul aku borang ikan sotong dekat sini. bajet-bajet segar lah beli terus dari kilang. but then menyesal. heh. sebab dekat jeti, harga dia lagi murah.

then, pakcik bawa kami ke Tokong Fu Lin Kong. ada ikan besar! kura-kura banyak! kesian ada satu kura-kura tu terbalik dan terkapai-kapai tak boleh jalan. :'( tak ada apa sangat dekat tokong tu. agak bersemak macam tak terjaga.

seterusnya kami ke Muzium Pulau Pangkor. macam zaman sekolah pergi muzium. tapi muzium ni kecik je, macam satu bilik. tapi bersih dan ada seorang kakak menceritakan tentang sejarah Pangkor dari zaman perjanjian Pangkor ditandatangani.

ada sejarah menarik pasal puteri pangkor yang hilang sebab sedih suaminya mati dalam perperangan.


akhir sekali, kami ke Kota Belanda. lepas dah dengar cerita dari kakak muzium, boleh la kami relate sikit sejarah yang berlaku dekat Pangkor ni.

semua tempat ni kami lawat sekejap-sekejap je. habis berjalan dalam masa 2 jam. yang penting, pakcik van pink sangat hebat memandu. jalan berbukit-bukit dan kecil. hebat!


2.00 petang.

kembali di jeti Pangkor. shopping ikan sotong buat kali terakhir. sedih dua hari satu malam saja di Pangkor. sobs. T.T

3.00 petang.

kelaparan. cari gerai, beli makanan dan bungkus. makan dekat Teluk Batik. lepas makan, Fatin, Farah dengan Wana hantar aku balik Sg Kapar Indah.

walaupun sekejap sahaja percutian ni, tapi seronok. aku rasa aku sangat memanfaatkan masa di Pulau Pangkor. 

Till we meet again Pangkor!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^