follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Saturday, April 18, 2015

Tahap Bahaya

assalammualaikum.

sejak kebelakangan ni, hidup aku agak sukar. agak busy. bermula sejak awal semester 6 ni lagi. awal semester 6 hari tu, aku decided untuk mulakan pelbagai agenda. memang niat aku nak busykan diri. selepas sedar, desprately searching a good, soleh and funny husband is no longer my priority. aku dah lama buat bisnes topup, masih diteruskan. tapi modal makin membesar. masa study week semester 5, aku mula kerja di kedai runcit kolej kediaman ke 12. semester ni sambung kerja tetap hujung minggu jumaat sabtu dan ahad. pada semester 6, aku mula buat satu bisnes baru, as a dropshipper for housing/casing phone. dan menjual monster chocolate cruchy. as time goes, alhamdulillah. tapi agak  serabut. tak terurus masa dengan assignment. *semoga aku tabah hingga ke akhir!* tambah pula naik cuti sem ni, dengan profesional paper, CIMA. may Allah ease.

sampai satu saat, aku rasa lelaki ni....hmm....selepas pelbagai perkara berlaku. semakin bertambah anggapan buruk aku terhadap lelaki. semakin tak percaya. dan, yang paling membimbangkan, aku tak rasa dah nak cari seorang suami dan berkahwin. aku rasa aku dah boleh hidup berdikari dengan bekerja, *aku dah mula bekerja sekarang*. aku rasa aku dah boleh hidup tanpa lelaki. lelaki hanya merimaskan, menyakitkan hati, dan mengecewakan.

pada anggapan aku, seorang lelaki akan mengongkong. aku akan buat apa yang aku rasa aku nak buat. aku nak hidup bebas. aku tak dapat bayang macam mana nanti aku nak keluar shopping tapi nanti suami aku tak bagi. aku tak dapat bayang ada orang halang aku daripada apa yang aku nak buat. aku masih belum bersedia untuk mempunyai seorang anak. aku tak bersedia nak menjaga dan mendidik anak kecil. aku tak dapat bayang 24 jam aku akan merungut dan marah budak kecil sebab dia tak faham apa yang aku suruh. aku tak dapat bayang bila tangan aku naik dekat pipi budak kecil bila aku dah tak sabar dengan kenakalan dia.

aku rasa tahap tidak bersedia dan perasaan terlalu berdikari sangat bahaya. am i on a right track?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^