follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Wednesday, April 29, 2015

Trip Paling Masam 2 Hari 3 Malam : Singapore

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, baru-baru ini semasa cuti pertengahan semester, aku sempat berjalan di Temasik, Singapore. saja lah nak tengok tempat orang macam mana. Negara yang asalnya sebahagian daripada Malaysia, tapi lebih maju dari Malaysia. 

cadangan trip ni telah lama diutarakan. walaubagaimanapun, rancangannya berubah-ubah dek kerana bilangan manusia yang nak ikut. lulz. asalnya tiga orang, namun akhirnya pada hari kejadian, ada SEMBILAN orang semuanya. NISA, HIDAYAH, IDA, MIRA, NADIA, FARAH DIRA, AZIM, APIZ, ZAIM. 

percutian 3 malam 2 hari.

11 april 2015. 9 malam.

bergerak dari kolej ke lrt kerinchi - kl sentral - tbs. bas jam 11.59 malam. bas sejuk gila babeng tak boleh tidur aku layan k-drama healer 2 episod.

12 april 2015. 3.30 pagi.

tiba di stesen bas Larkin. kepala pening sebab mengantuk tak boleh tidur kesejukan. makan roti bakar dekat kopitiam sebab lapar. call Ghazrin Budget Hotel nak check in. tapi bilik full! **cencored**

**jadah dia masa aku call minggu lepas, dia kata tak payah book. confirm ada bilik. ni aku dengan kawan-kawan aku nak check in, tak ada bilik pulak. memang aku nak mencarut dengan ghazrin ni dah la aku mengantuk lepas tu receptionist dia layan call nak marah-marah. dah lepas ni kalau pergi JB tak payah pergi ghazrin budget hotel ni. orang nak book hotel tapi kata tak payah. hisy geram gila aku.**

buka trivago, jumpa Hotel Sentral satu malam rm 89. book dua bilik. tapi check in pukul 2 petang. *aihh mana nak letak bag* 9 kepala fikir, akhirnya kami decided letak bag dekat loker JB Sentral. 

5.00 pagi.

surau stesen bas Larkin baru dibuka. tidur dekat surau sampai subuh. tak mandi, TAK MANDI, tukar baju, solat.

7.00 pagi.

sarapan. dan naik bas SDS170 larkin - kranji (rm2.20) ke JB sentral untuk letak bag.

8.00 pagi.

sampai di imegresen JB. tapi kami nak pergi JB sentral. K. salah tempat. minta izin polis bantuan nak cross jalan sehala. polis bantuan kerek tak bagi padahal abang imegresen bagi je so kami kena jalan kaki pusing satu bangunan nak ke JB sentral padahal boleh cross dekat je. sigh.

simpan bag dalam loker besar dekat JB sentral, rm20. 

patah balik pergi imegresen JB, scan passport. masa aku scan, sistem rosak pula. dah risau macam mana ni boleh masuk singapore ke tak? kang nanti jadi pendatang asing tanpa izin pulak. gelabah ayam. tanya dengan abang imegresen tadi, dia kata, "tak apa. masuk je. nak gi singapore je kan? bukan nak keluar gi tempat lain." so aku pun, 'ok'.

turun cari balik bas SBS170. sampai imegresen singapore pula. turun bas lagi sekali, beratur untuk cop passport. kena isi borang kecil. ada 9 orang, semua tak bawa pen. dekat situ pun tak sediakan pen. dah gelabah ayam lagi sekali tunggu 15 minit baru ada officer bagi pinjamkan pen. sigh. again.

settle beratur dan cop passport, turun cari bas SBS170, SELAMAT DATANG KE SINGAPURA.

first thing first yang aku nampak bila masuk singapura lepas turun jambatan, dalam semak-samun, ada baaaaaaanyak kelompok kedai gunting rambut illegal. bangla. myanmar. DALAM SEMAK. BANYAK. ada seorang barber, dan 2 3 orang pelanggan. ada lebih 10 kelompok. terkejut guwe.

11.00 pagi.

tiba di stesen MRT Kranji. beli token untuk 9 orang ke Ang Mo Kio. (S$2.40) orang singapore semua berlari-lari aku tak tahu lah kejar apa. sampai di Ang Mo Kio, kami beli 1-Day Singapore Tourist Pass S$20. (S$10 tambang, S$10 deposit. can be claim. dengan pass ni kau boleh naik semua public transport tanpa bayar tambang. sebab kau dah bayar S$10. just touch and go. hiks.

then kami sambung perjalanan ke Orchard Road. setakat ini, tahap keramaian manusia dalam MRT masih boleh dihadapi lagi. macam dekat LRT Malaysia.

11.40 pagi.

Orchard Road. 

penat berdiri 40 minit dalam MRT dan berjalan dan berlari dan bersesak-sesak uhh

sebab masing-masing muka penat dari subuh tadi tak rehat, maka duduk la kami bersepah-sepah di tangga-tangga tepi jalan tu. foreigner sungguh. kebetulan depan kitorang ada uncle jual ice cream roti. aku beriya nak beli sebab Raudzotul Jannah cakap sedap gila.

S$1.20. riffle rasberry. sedap! memang sedap.

memang sedap lah, sebab masa tu dah lapar plus penat lagi. habis makan sambung jalan.


dekat sini semuaaaaaa butik-butik mahal macam gucci, rolex, coach, louis vuitton, topman dan pelbagai lagi. sambil jalan-jalan, aku terdengar ada mat saleh ni cakap, 'KL is cheaper.' kembang kempis hidung aku.

yang tak mampu beli, mampu tengok dan duduk ambil air cond sajalah.

alang-alang dah sampai, kami masuk pusing-pusing la juga dekat H&M yang besar tu. pusing-pusing dalam tu je mampu. tapi dekat sini, sepanjang jalan laaa dok wefie. teruk betul tourist ni.

next destination was chinatown. untuk ke sana, perlu tukar line dekat stesen Dhoby Ghaut.

Masyaallah sisteeerrrr penuh ya rabbi!  RAMAI gila umat manusia bersesak-sesak. bukan orang singapore. ramai myanmar, indon, thailand, bangla. yang perempuan-perempuan semua pakai tak cukup kain sebab panas. lepas tu berpeluh-peluh. naik tren macam sardin. melekat bau peluh babe. euw.

12.45 tengah hari. chinatown.

aku rasa, chinatown ni syurga beli belah aku. nak compare dekat orchard road memang beza langit bumi. ada baaaaaaaanyak souvenir dan aku cume beli souvenir untuk diri aku. hiks. ada banyak keychain je dekat sana. korang mesti bosan kalau aku bagi keychain. nak buat apa keychain banyak-banyak. kunci ada dua je. kunci bilik, kunci motor. kunci hati saya? eh

tengah busy fikir nak bagi korang apa

end up, aku tak bagi apa-apa! AHAHAHAHA. tak menarik la souvenir dia. hmm. maaf deh.




ada la baju I LOVE SG, 2 helai S$5. murah. tapi kain nipis. yang sedap sikit kain dia, sehelai  S$12.90. so aku beli satu tshirt premium untuk diri sendiri. kah!


seterusnya, Little India.

again, kami kena harungi lautan manusia dalam tren. masuk tren, duduk diam-diam, bila nak turun tak payah bergerak, orang dah tolak kau. *aku rasa sebab kitorang pergi hari ahad. diorang-diorang ni cuti kot.* sigh.


tadi dah pergi kawasan cina, sekarang masuk kawasan idia pula. ayah aku kata minyak wangi murah dekat Mustapha center. tapi aku tak jumpa sebab kawan-kawan aku semua dah penat. semua nak cari surau je sekarang.

dah macam apa dah muka.

2.30 petang.

Masjid Abdul Gafoor. solat jamak. asalnya berkumpul semula pukul 3 petang. tapiii bila dah semua tertidur sebab penat, hujan pulak, 3.30 petang baru keluar masjid.

muka bahagia selepas bangun tidur.
*jangan tiru aksi ini*

4 petang.

jalan dan terus berjalan.

setiap kali tunggu traffic light, tourists wajib wefie. jakun.

akhirnya sampai di Bugis street! orang kata dekat sini pun shopping murah. banyaaaaaakk kedai baju,souvenirs pun ada. tapi, dekat chinatown lagi murah. nasib baik dah beli siap-siap.



kami ada baca satu blog, dia kata dekat Bugis Street ni ada kedai jual air buah popular. bila nampak je, aku minta semua orang berhenti. aku nak beli!

aku beli air peach. sedap! sedap gila. S$1 je! ada yang beli avocado, ada yang beli anggur, fresh orange. aku sarankan beli air pelik-pelik yang tak ada di Malaysia. baru rasa jalan-jalan oversea. walaupun singapore je.

next,

Arab Street.

misi utama datang sini, farah dira nak bawa makan sedap. dalam perjalanan menuju makan sedap, kami nampak..

baby mat saleh

apa azim nak buat dengan baby ni -.-"

selfie -.-" kbye


patung pak arab pun jadi nak bergambar. kata tourists.

makaaaa kami sampai juga akhirnya di Zam Zam Singapore. betul-betul depan Masjid Sultan. tapi Masjid tengah renovate.

aku makan murtabak ayam, kacau nasi briyani kambing sikit, murtabak kambing sikit, nasi briyani ayam sikit. kenyang. memang sedap. licin! aku makan kongsi-kongsi tapi kenyang. so aku just bayar S$4. even kalau kau makan sendiri pun, baru S$6.80. tapi portion dia banyak weh. aku memang kena kongsi.

muka kenyang, muka bahagia.


tunggu traffic light lama sangat.

dua destinasi terakhir, stesen MRT Raffle Place. cadangnya nak pergi Garden by the Bay dengan Merlion Park. 

aku rasa kami salah stesen. tapi, hmm lantak lah. jalan-jalan-jalan, dah nampak bangunan Marina Bay dari jauh. tapi aku naaaaaaaaaak sangat pergi Garden by the Bay. tanya orang dekat situ, dia pun tak tahu. jadi kami tak pergi. sedih gila.

sebelum sampai ke Merlion Park, ada banyak bangunan tinggi gila. cantik. macam lego.

cuba bayang kalau runtuh. macam lego.

cantik kan? aku macam kagum kejap.

6.00 petang.

akhirnya sampai di Merlion Park! rupa-rupanya ada satu je kepala singa tu. aku ingat banyak.

lepas dah penat bergambar dengan singa, kapal atas bangunan, maka terduduklah kami kepenatan. tunggu sampai pukul 8 malam sebab aku NAK JUGAK tengok pertunjukan lampu dekat Marina Bay tu.


tunggu sampai 2 jam, sampai tertidur-tidur bagai,



8.00 malam,

pertunjukan lampu bermula. tapi,

hampeh. bosan.

gambar wajib dengan kepala singa.

8.30 malam.

bergerak balik. 42 minit dari Rafle Place ke Kranji. masa ni terkejar-kejar sebab ingatkan token loker bertahan selama 12 jam je. kami ni dah berjalan lebih 12 jam. cuak gila babeng, tapi dalam tren dah tertidur pengsan dah masing-masing, aku sambung layan k-drama healer 1 episod.

9.20 malam.

stesen Kranji. kami nak claim deposit Tourist pass, tapi kaunter dah tutup! nasib baik akak kaunter baik dia nak dahulukan duit dia. DAN nasib baik aku simpan resit! kalau tak, terbang melayang S$10 setiap seorang. banyak wo!

14 April 2015.
Universal Studio Singapore!

5 pagi dah bangun babe. Sebab van ambil dekat hotel pukul 6.30 pagi. Tapi onggedekgedek sampai pukul 7 pagi baru kami gerak. Masing-masing sarapan roti je. 

7.30 pagi.

Gerak dari tune hotel danga bay, disebabkan hari isnin, orang nak pergi kerja, masyaallah sesak jem gilaaa lah dekat imegresen tu weh. 9.30 pagi baru boleh masuk imegresen cop passport. Grr. Memang sedap la tidur dalam bas.

11.00 pagi.

Sampai USS. kejutan budaya. Bapak ramai nak beli tiket pun nampak gayanya kena beratur 2-3 jam. Nasib baik kami dah beli tiket online. Terus masuk.

First thing first, aku bawa semua orang pergi main transfomers. Kahkah masing-masing dah excited takut. Tapi bila dah satu jam setengah tunggu, hmm memang hilanglah segala excited takut gelabah bagai. 

Tapi seriuslah 3D Transfomers tu best. Rollercoaster dalam bangunan. Nampak real juga la tengok autobot tu gaduh-gaduh. 


Next, rollercoaster dalam bangunan juga. Tapi versi Mumia. Yang ni pun, hmm sejam juga la tunggu. Pun dah hilang excited. Tapi, laju la juga.


Time ni aku dah membebel-bebel sebab kenapa even weekdays pun ramai gila orang. 

Lepas tu masuk madagascar, nak main outdoor rollercoaster pula. Tapi kena beratur juga hampir 1 jam, ha ha, terima kasih je la. Aku main benda lain yang macam dekat funfair tu.


Far Far Awaayy

Rollercoaster puss in buts

Aku dah tak ingat aku main apa dah lepas tu, sebab semua game dia tak mencabar langsung. Decoration je superb. Ada la movie ala-ala shrek 15 minit 4D. Comel la juga ada labah-labah dekat kaki.

Yang aku ingat ada duduk atas jalan sebab nak tengok dance dekat fast furious 7 gallery. Cool la juga.

Fast and furious 7 gallery.

Jalan tema Hollywood

Rasa macam dekat amerika syarikat la kekononnya. Belanja dekat uss, rm200 tiket masuk + bas + van. S$26 loker simpan barang. S$5.90 souvenir.

7 malam.

Gerak balik. Sampai tune hotel danga bay pukul 9 malam. Ugh. Minta dengan abang van nak makan dulu dekat Sekinchan Ikan Bakar depan hotel. Lapar gila seharian tak makan.

11 malam.

Naik bas dari stesen bas Larkin. Pakcik bas garang gila lambat 2 minit pun kena hon.

3.00 pagi.

Sampai dekat TBS. SEJUK GILA tak tahu nak buat apa nak tidur mana. Last-last duduk lantai dekat penjuru mana entah sampai surau buka tidur dekat surau.

6.30 pagi.

Balik um. Penat gila tak mandi dari pagi semalam. Masam gila. Dengan peluh-peluh main dekat uss lagi. Lari-lari cop imegresen.

Cukuplah sekali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^