follower. :)

Assalammualaikum :) Welc0me t0 my bl0g. Aku suka p0st entry mengikut apa yg terlintas kat dalam 0tak aku. And of course semua cerita pasal diri aku. Aku suka pasang background music kat bl0g aku dan selalu tukar2 ikut mo0d. WARNING ; PUBLIC DIARY.

Tuesday, June 16, 2015

Solo Ranger: Kuching, Sarawak

Assalammualaikum.

Isnin, 18 May 2015. 1230.

Lepas habis kelas, duduk lepak dekat makmal komputer. Tangan gatal tengok tiket flight murah. Tampat yang aku dah lama nak pergi: Kuching, Sarawak.

Aku teringin nak pergi sana sebab nak tengok hutan-hutan dia. Tapi, hmm.

Airasia kl-kuching rm110. Malindo air kl-kuching rm80.

Aku rasa aku tengah banyak duit masa tu. Tanpa fikir panjang, aku terus beli. Jumpa Abu. Ajak Abu. Abu tak nak. Malindo Air Kl-Kuching Kuching-Kl rm190.

Buka agoda.com. Jumpa bilik single rm90 untuk dua malam. Done.

Selasa, 19 May 2015. 1430.

Habis kelas, terus kemas beg, simpan passport. Lrt kerinchi-kl sentral-erl-klia2. Rm30.

Naik erl belum excited lagi. Bila dah sampai klia aku dah mula nervous excited seram sejuk.

1600. Klia2.

Blur tapi gagahkan diri. Ikut orang ramai gerak pergi mana. Tak tahu nak check in dekat mana, sebab ini second time naik flight, first time domestic flight. Tanya information kaunter.

1700.

Settle check in. Tunggu dekat departure hall. AWAL gila aku sampai. Flight pukul 1830. Bijak.

Masuk flight, *hmm, sopan la pramugari malindo ni. Pakai kebaya putih. Cantik.* Lepas tu sedih, tak sampai nak letak beg dekat atas. Hmm. Bila dah duduk, sedih lagi. Screen depan aku tak hidup. Tengok-tengok tak ada button on pun.

*hmm maybe sebab aku beli tiket murah kot. So tak boleh tengok movie. Sobs'*

Dah setengah jam sedih screen tak hidup, rupanya nak hidupkan screen kena double touch screen. Noob. Tu pun lepas tengok bangla depan main screen. Hidup aku kembali ceria.

Beriya tengok movie cina bapak kelakar tahan gelak dalam perut. Bila pramugari jalan nak bagi snack, *omg seksinya. Kain terbelah sampai peha. Baru je cakap sopan tadi.*

Selepas 1 jam 30 minit. Flight dah sampai ruang udara Sarawak. Telinga aku jadi SAKIT gila. Sampai ke tengkuk leher sampai ke kepala sakit. Gegendang telinga berdenyut beb. Nak cakap sakit tu. Rasa macam nak nangis, tapi hidup sorang2 kena tabah. Tahan sakit berdengung berdesing sampai flight landed.

2130. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Here comes my hero of the day. Ain Syafiq. Not hero la, driver. Even sampai sekarang telinga aku masih pekak sebelah kiri. Check in hotel The Room. Keluar balik pergi makan.

Syafiq bawa aku pergi restaurant Nusantara *if im not mistaken. forgot oledy*, makan nasi gorang apa entah tak ingat dengan tea 3 layer ada nama sarawak dia tapi kenyang.

Lepas makan, turunkan nasi dekat Waterfront Kuching. Lepak tengok busker. My favorite, ada violin. Cair aku dekat situ juga.

Penat. Balik bilik. Tidur.

Rabu. 20 May 2015. 0900.

Perut aku dah mula berbunyi. Siap-siap turun 7e. Sedih lagi sekali. Aku lupa Sarawak tak ada Gardenia. Dutch Lady pun. As a subtitute, aku beli je roti yang ada. Bapak keras.

1100.

Agak lambat as a traveller untuk memulakan perjalanan. Tapi tak apa lah. Saya ikut driver datang khas dari UNIMAS. Sarapan pagi @ brunch ayam penyet panggang. Sedap. Tapi perut guwa dah masuk angin beb. Roti keras tak mampu nak hadam. Mabuk sekejap.

1230. Pantai Damai.

Panas terik baq ang. Tapi aku gagahkan diri. Nak tengok pantai, tenangkan diri dari belenggu assignment. Tapi, pantai surut. Hm.

1300. Kampung Budaya.

Rm30 student price. Harga asal rm60 gila mahal. Semua rumah-rumah orang suku Sarawak. Sumpah menarik. Kau mampu nak duduk rumah berbuluh-buluh tinggi bapak?

Mula-mula kami masuk rumah bujang. Pakcik tu kata macam pos pengawal. Nak jaga kampung. Ada tengkorak dalam tu. Sebab nak jaga keselamatan. Wuuu.

Persembahan semua tak dapat tengok, sebab pekerja dia semua tengah rehat. -.-

Lepas dah naik turun segala tangga batang kayu tanpa pemegang tangga, duduk rehat jap makan ais krim. Panas tok!

1400. Pantai err *lupa nama.

Nothing there. Hujan panas. Tak boleh nak lepak. Plus driver Syafiq ada urusan.

1500. Bilik.

Plan asal nak buat assignment. *ye aku bawa laptop untuk siapkan assignment yg due date jumaat tu.* Tapi sebab penat tertidur sampai pukul 6 petang.

1830.

Mandi dan bersiap. Aku cuba benda baru. Berpandukan google maps, jalan kaki sampai ke destinasi. Selepas 20 minit berjalan kaki, jumpa Waterfront balik. The scenery's superb. Aku paling suka sunset.

1930. Little India.

Kedai semua tutup beb. Aku terpinga-pinga maghrib tu dekat Little India. Nasib baik ada mall.

Merdeka Place Mall.

Bosan. Sama je macam mall dekat kl, tapi kecik. Besar lagi Jaya One. Acah-acah nak borak dengan orang sarawak. Tanya atm dekat mana. Hamik kau. Besar kecik mata aku nak faham direction dia bagi.

2030.

Nak balik jalan kaki, gila. Dah gelap. Jalan tadi dah la tak ada lampu. Naik teksi. Borak dengan abang teksi tak sampai 5 minit pun, hamik kau. Tambang dia rm15. Sama macam aku pergi um-kl sentral pergi balik. Makiciked.

2100.

Makan dekat kedai Nusantara tu lagi. Try sikit Laksa Sarawak. Air sirap. Sedap beb. Sedap. Rm8.

'Seorang ja ka?'
'Aah, sorang. Hee.'

Jalan kaki sampai bilik, buat assignment sikit. Pengsan.

Khamis. 21 May 2015. 1100.

Aku dah siap-siap beli koko krunch dekat 7e untuk sarapan dan layan drama dekat laptop. Make up sikit dan kita sambung jalan kaki ke tempat semalam.

1130. Little India.

Hm, tak ada apa pun dekat sini rupanya. Tak jumpa pun souvenir. Masuk Merdeka Place balik, lunch kfc.

1230. Main Bazar, Kuching.

Rambang mata weh batik songket. Dari hujung kedai sampai ke hujung semua aku masuk survey. Siap patah balik cari kedai yang murah.

1330.

Syafiq dengan Atiha datang menyelamatkan aku dari mati keseorangan. Tapi diorang bawa aku pergi Merdeka Place balik. -.-'

Farihah datang. Buat reunion A2P6 jap.

1500. Mira Cake House.

Nak pergi kedai kek ni masyaallah. Kene merentas sungai beb. Thrill gila rasa. Naik bot 50 sen untuk ke seberang.

Hari biasa pun kedai kek lapis ni ramai orang. Aku dah la tak tahu bab-bab kek lapis. Main ambil je perisa entah pape. Asalkan orang um-kl merasa.

1630. UNIMAS.

Saja la nak jalan tengok universiti orang macam mana. Bapak besar 3 kali lebih besar dari um. Aku rasa kerdil sekarang.

Syafiq bagi pinjam kereta. Atiha bawa aku pergi Fakulti Art and Design. Kebetulan ada pameran fyp. Memang terbaik la projek diorang. Kreatif gila.

Masuk library UNIMAS. cias ke apa entah nama dia. Ramai gila students. Penuh library. Bila aku masuk, semua dekat student lodge tu pandang aku. Nampak sangat ke dak kl?

Pusing lagi, pergi Pavilion, jambatan Cinta. *i thought only um got Bukit Cinta. Unimas also got jambatan cinta. Lol.* Ramai orang dating dekat jambatan tu. They said. Atiha bawa pergi tasik. Sejarah tasik kisah mistik dan anjing menjadi topik perbualan.

Oh, aku terserempak dengan Shahmi Baha. Ydp kms batch aku. Amboi kacak sungguh. Nak maghrib tu, aku tumpang bilik Atiha.

2000.

Driver Syafiq call suruh gerak balik. Sepanjang perjalanan pergi airport aku senyap. Sedih. Rasa sekejap je dekat Kuching. Tak banyak jalan. Sedih.

2030.

Sampai disini saja perpisahan saya. Terima kasih Syafiq kerana menjadi driver yang baik.

2110.

Letak beg kek lapis semua dekat drawer atas. Nasib baik pramugari tinggi. Dia tolong aku letak beg. *cita cita nak jadi pramugari terkubur. Terlalu comel untuk jadi pramugari.*

Sebelum take off, orang sebelah aku ajak borak. Nervous lettuw. Tetiba dia ajak aku intern dekat company dia. Engineer cina. Company dekat Puchong. Suka betul dia bila dapat tahu aku dari um.

Malas nak tengok movie. Aku tidur.

2300. Klia2.

Alhamdulillah selamat landing. Security check done. Sampai tempat erl, terlepas erl.

Jumaat. 22 May 2015. 0030.
Kl Sentral.

Sahabat Abu dan Syafikah sudah menunggu. Bawa pergi makan.

0200. D722, kk12, um.

Perjalanan ini banyak mengajar aku. Do and dont.

Jangan jalan seorang diri. Jangan last minute plan. Jangan berharap dalam cinta.

Do. Explore. Seek for experiences. Learn other culture. Research pasal tempat nak travel. Do your assignments and complete it before due date.

Yes, all alone. And tak dapat tengok hutan pun. :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

enjoy! ^.^